Wednesday, February 17, 2010

17 Februari 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Hari ni orang keje,aku cuti. Aku ada misi. Aku ada kerja yang penting untuk iCon. Kalau aku keje, aku takkan dapat buat mende ni semua. Tapi korang tau kan? Kita merancang, Allah pun meracang, tapi peracangan Allah Maha Sempurna.

Macam2 perkara yang diluar kawalan & perancangan aku terjadi hari ni. Ada yang aku boleh share, ada yang aku terpaksa simpan sendiri. Wa masa ni aku tak cukup masa nak share dengan korang. Aku harap, nanti aku dapat share gak apa yang aku lalui sepanjang hari ni..

Antaranya, apa yang tak aku rancang:

1. Bertemu dengan Ustaz yang mengajar aku masa form 5 dulu. Sekarang dia pengetua Kolej 1 UTM Skudai & dalam masa sama dia ada link dengan Foto Kreatif UTM.. SubhanAllah.. Aku memang berusaha untuk dapat saluran masuk ke UTM ni, tiba2 Allah mudah kan..

2. Ada orang call aku. Dia bagitau dia dapat info tentang iCon dari sorang fotografer Lensa & nak tau lagi tentang iCon. Dia ajak jumpa, so aku set masa pukul 6 petang untuk jumpa dia. Sekali jumpa, masyaAllah, banyaknya bantuan yang Allah bagi pada aku untuk mudahkan urusan pengurusan bisnes yang aku nak buat. Bukan setakat tu, segala lubang & sumber dia bagi kat aku. Allah, hebatnya Kau..

3. Aku nak dapatka info tentang Pembiayaan Mikro. Tiba2 kat bank tu, ya Allah, junior aku yang uruskan sebab sekarang dia Pegawai Eksekutif Jabatan Mikro Kewangan & dia bantu aku dari A-Z untuk dapatkan pembiayaan tu.

4. Aku terus dapatkan quotation dari beberapa kedai foto untuk barangan foto yang aku perlu. SubhanAllah, ada 1 kedai yang baru di bukak, siap bagi free consultation pada aku, detailkan & sesuaikan dengan keperluan aku sampaikan dengan sejumlah duit, aku boleh dapat macam2 barang yang aku tak pernah terfikir.

p/s: Adam, Kechik & sapa2 yang minat tentang foto, bila korang datang JB aku bawak korang kat tempat ni..hohoho

So, pendek kata segala urusan aku sepanjang hari ni Allah mudahkan & bagi jalan untuk segala yang tak pernah aku terfikir atau aku rancang. Memang tak pernah.

Dengan segala bantuan yang Allah bagi ni, aku sasarkan bulan Mac atau April, akan ada satu perkembangan positif untuk iConian. Kalau ada, Alhamdulillah, kalau takde, aku akan usaha lagi. Kalau korang terus bersama iCon, kita akan sama2 rasa..

Tuesday, February 16, 2010

Aduyai, Lupa Nak Bagitau

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku mintak maaf sangat2 kat korang. Server opis aku ya ampuuuuuuuuuuuuun.. aku rasa terlalu slow & 2 hari terakhir sebelum cuti Raya Cina, langsung takleh on. So aku tak sempat nak bagitau korang aku bercuti panjang. Bermula 13 Februari sampai la 21 Februari.

Macam yang korang sedia maklum, bila aku cuti, aku cuma mengharapkan CC atau mana2 sumber untuk on9. Selain tu, belum ada rezki lagi aku nak on9 secara bebas memandangkan aku takde laptop. Nanti la bila aku kaya..hehehe..

Korang, banyak mende aku kena update nanti, trip ke Desaru, Majlis kawen Along Cham, boling dan lain2. Aku harap ada kesempatan untuk aku wat n3 lagi lepas ni. Aku doakan korang sentiasa happy k. Salam..

Tuesday, February 9, 2010

Pengumuman

Bismillahhirrohmannirrohim

Maaf aku terlambat mengumumkan berita ni. Harap iConians SELURUH NEGARA ambil perhatian.

Bermula 4 Februari 2010, Wanshah BUKAN lagi Pengarah iCon Muzik dan tiada kena mengena dengan sebarang urusan iCon. Perancangan dan projek bersama WS Studio sebelum ini juga diBATALkan dan akan diteruskan oleh iCon sendiri. Tiada sebarang urusan rasmi boleh dibuat oleh WS Studio atau Wanshah sendiri dengan mana2 cawangan iCon, group iCon, iCon2 Negeri & iConians tanpa mendapat kebenaran dari NADI termasuklah urusan mempromosi produk iCon, menggunakan bakat2 iCon, menganjurkan sebarang aktiviti menggunakan nama, logo atau label iCon.

Pengumuman ini dibuat semata2 bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan menimbulkan pertikaian dimasa akan datang.

Sebarang perlanggaran terma ini akan membolehkan iCon mengambil langkah yang difikirkan wajar bergantung kepada pertimbangan NADI & Pengasas.

Harap Maklum.

p/s: iCon mengucapkan selamat maju jaya kepada Wanshah dalam apa juga yang dilakukan. Semoga usaha gigih beliau selama ni membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar selama ini.

Cadangan

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku dapat beberapa cadangan tentang nama2 cabang iCon. buat masa ni kita ada iCon Model, iCon Talent, iCon Foto, iCon Design, iCon Dance, iCon Travel, iCon Nature, iCon Niaga, iCon Event, iCon Sports, iCon Extreme, iCon Prihatin, iCon Muzik & iCon Arts.

Kalau korang perasan, nama2 cabang iCon ni bercampur antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu,ada cadangan supaya diselaraskan nama2 cabang iCon ini. Memandangkan iCon menuju profesionalisme (baru menuju, bukan dah pro. Kalau aku tak terangkan kang ada je yang mengata)& orientasi bisnes, nama2 cabang iCon ni dicadangkan ditukar kepada bahasa inggeris keseluruhannya.

Selain itu, ada juga dicadangkan supaya dijumudkan sahaja cabang yang tidak hidup seperti iCon Travel dan digantikan dengan iCon Riders. Walau bagaimana pun, cadangan ini akan dibawa ke dalam mesyuarat NADI iCon dan sebelum itu, aku mintak korang semua bagi cadangan yang sesuai. Thanks..

Picnic Santai @ Desaru

BismillahhirrohmannirrohimAda antara korang yang dah tau tentang projek hujung minggu ni, ada yang belum tau, so, bagi korang yang dah tau, sila la sampai2kan pada kawan2 korang yang lom tau lagi ek. Projek picnic santai ni bertujuan merapatkan hubungan sesama iConians & mereka yang baru nak berkenalan dengan iCon. So, samada korang iConians atau bukan, sila2kan la join picnic santai ni.

Tarikh: 13 Februari 2010
Tempat: Desaru, Kota Tinggi
iConcept: Hitam-Merah

Tentatif:
9.00 pagi - Berkumpul di Tesco Tebrau. (bagi yang dari Kota Tinggi, Pontian & Kulai boleh terus ke Kota Tinggi, berkumpul di Plaza Kota Tinggi)
9.15 pagi - Bertolak ke Kota Tinggi
10.30 pagi - Dijangka sampai Felda Semenchu
- Minum pagi ditaja oleh Cikgu Jamal & isteri
- Model Mini Showcase Fotoshoot & Catwalk
12.30 petang - Bergerak ke Desaru
2.00 petang - Ice breaking, Ada Apa Sama iCon, mandi manda.
- Wet fotoshoot (hehehe..)

Projek ni berbentuk potluck. Masing2 bawak makanan untuk lebih kurang 10 orang. Sampai sana kita kumpulkan & makan sama2. Aku bawak perut je la..hahaha

Korang jangan lak buat2 lupa. Bawak la tikar ke, payung ke, apa2 je la yang biasa orang bawak gi picnic. Korang yang tak ikot iConcept akan diDENDA..muaahahahaha..

So, kita jumpa 13 Februari ni ek. Nak lagi meriah? Tak nak segan sebab korang baru dengan iCon? Bawak je kawan2 korang, family korang & sapa2 je yang korang nak bawak. iCon mengamalkan keterbukaan.

p/s: kenderaan tidak disediakan. Korang kawtim la sesama korang ek.

Monday, February 8, 2010

Tahniah iCon Model

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, selangkah demi selangkah orang nampak apa yang dicapai oleh iCon Model. Dari pengarahnya sampai la kepada bakat2 barunya, sudah muak makan kutukan dari mereka2 yang hebat. Tapi bak kata Dato' Siti, "Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati dek Keji".

Orang pernah kutuk dorang depan2 aku, "apa la, badan camni nak jadi model?". Telinga aku pernah dengar macam2 orang kata Pengarah iCon Model. Hello, tanya la berapa umur Murni yang diberi tanggungjawab sebagai Pengarah. Bandingkan pulak dengan umur korang & pencapaian korang. Pada masa korang umur 18 macam dia sekarang, korang dah jadi pengarah ke?
Begitu juga Shafri. Bukan saja keyakinan diri dia orang gugat, malah saiz badan dia yang kecik tu pun orang pertikai. Macam mana nak jadi model kalau badan kurus kering? Tapi aku pesan kat dia, jangan mengalah & belasah je. Dulu nak bergaya pun tak pandai, lebih setahun lepas tu, dia finalis New Model Search. Yang penting dia tau apa makna MODEL tu..
Aku cuma nak korang tau, iCon mencari mereka yang berbakat & minat. iCon cuma cari mereka yang kosong. iCon tak cari model yang dah ada nama. iCon tak cari penyanyi yang popular untuk jadi ahli. iCon juga tak cari pelakon yang selalu keluar TV. Ibarat "from ZERO to Hero" iCon cuba usahakan dari bawah supaya ada peluang untuk mereka menggilap bakat yang ada.
Aku bukan ada latar belakang modeling, nyanyi atau berlakon. Aku kosong, tapi kerana aku nak tengok mereka berjaya, aku cuba belajar & cari peluang. Akhirnya, inilah hasilnya yang korang tengok hari ni. Biar la apa orang nak kata, kita dapat tengok pencapaian demi pencapaian yang dibuat oleh iConians. Biar perlahan, tapi satu demi satu nampak hasilnya. Aku bangga sey dengan korang.
Sebab semua ni la, aku lebih suka mereka yang diam, setahun macam tak nampak buat apa2, macam takde apa2 sumbangan kepada iCon, tapi hakikatnya mereka memberi sesuatu kepada iCon. Mereka membawa nama iCon naik ke atas sedikit demi sedikit.
Daripada orang yang gah dengan pengalaman, bangga dengan pencapaian, akhirnya mereka ini hanya mendedahkan kelemahan semata2. Orang tanya aku, aku kenal ramai artis2 tanah air, (memang la, dorang tak kenal aku pun..hahaha), kenapa tak ambik artis2 ni join iCon macam yang syarikat2 MLM buat untuk popularkan iCon ni? Aku tanya balik, iCon perlu popular ke?
Kalau la aku ambik orang2 yang dah ada nama, pertama, hilang iConcept From Zero To Hero tu. Keduanya, mereka yang ada nama ni selalunya demand. Seolah2 kita bergantung pada dia untuk naik & maju kedepan. Seolah2 iCon takkan hidup & akan berkubur tanpa dia. Sebab tu la, iCon takde orang ternama menjadi ahlinya kecuali atas permintaan mereka sendiri.
Setiap orang ada hak untuk menjadi ikon kepada orang lain. Sebab tu lah aku selalu tekankan, menjadi ahli iCon, korang kena berusaha untuk menjadi iCon kepada orang lain. Maknanya orang tengok kita, ada rasa suka & hormat. Bukan kita minta dihormati sebab penghormatan bukanlah sesuatu yang kita minta, tapi lahir dari hati orang lain yang kita hormati jua. Penghormatan itu lah yang cuba kita lahirkan dan serlahkan dari peribadi.
Dari seorang yang tak dipandang, kita sama2 usahakan dan kita sama2 naikkan iCon. Dulu aku pernah sebut, kalau korang ingat iCon ni persatuan dalam myspace semata2, sampai situ je la penglibatan korang. Itu je la yang korang nampak. Kalau korang rasa korang ada kelebihan dan keistimewaan untuk korang bangga2kan, terus lah berbangga.
Kalau korang rasa nak gunakan iCon untuk naikkan nama korang, korang takkan dapat sebab iCon takde apa2 untuk korang gunakan, tapi kalau korang rasa iCon ini platform untuk korang sama2 naik, kita akan naik sama2. Akhir kata, tahniah kepada Danial, Shafri & Murni kerana mengharumkan nama iCon. Kepada kawan2 baru yang nak bersama2 kami, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Ujibakat iCon Muzik

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku mohon berjuta2 kemaafan dari korang. Projek yang awalnya dijangka pada 23 Januari 2010 tu terpaksa ditangguhkan kerana kemangkatan baginda Sultan Johor. Kemudian di tunda ke 6 Februari 2010.

Namun kita hanya merancang, Allah lah yang menentukan. Perancangan kita disangkakan hebat, rupa2nya kehebatan perancangan Allah tak mampu kita lawan. Kegagalan iCon melaksanakan projek tersebut bukanlah satu kegagalan total. Pada aku, itu ilmu & pengalaman yang kita kutip untuk mantapkan iCon.

Sebagaimana yang dirancang awal, kita usahakan juga untuk meneruskannya pada masa akan datang kerana iCon bukan seorang individu tapi iCon sebuah gerakan. Pemimpin datang, pemimpin pergi tapi iCon tetap terus hidup dan bergerak.

Sekali lagi aku mohon maaf.

1st Edition iCon T-Shirt

Bismillahhirrohmannirrohim

Alhamdulillah, akhirnya T-Shirt iCon Edisi Pertama dapat jugak dikeluarkan. Sori la aku terlambat wat post tentang ni. Dengan usaha TheRedGuy Lab, iCon akan diangkat menjadi 1 jenama InsyaAllah.T-Shirt edisi pertama ni, pertama kali diperagakan dikhalayak ramai di Final New Model Search 7 Februari 2010 di Giant Plentong. Edisi pertama ini akan HANYA dicetak sebanyak 100 helai dan tempahan boleh dibuat terus dari aku, 0127597151.
Kepada korang yang bertanya "bila nak buat baju iCon", ini jawapannya & kepada korang yang membeli dan menyokong, terima kasih yang tak terhingga.

p/s: Apen bagitau aku, model yang peragakan baju iCon tu sempoi..haha

Al Fatihah

Bismillahhirrohmannirrohim

Kul 9.06 malam Salleh sms aku:
Bro.doakn ayh sy slmt..sush nafas..dia dlm wad sy duk jge dia.jntong dia poblem

Kul 11.08 malam sms Salleh masuk lagi:
Skit tnat bro.50 50.mak, adk suma ada sni.bserah pd thn.x thu ni bro.tgah bce yasin

Kul 2.06 pagi Salleh call aku maklumkan ayah dia dah meninggal kul 1.45 pagi.

Aku dapat tau, kul 10 jenazah akan dikebumikan. Aku terus ajak Afiq ziarah arwah. Arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru.

Mari kita sama2 mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yang dikasihi & diredhaiNya.

Al Fatihah

Monday, February 1, 2010

Pembubaran MT iCon KL

Bismillahhirrohmannirrohim

Sabtu dan Ahad lepas, Wanshah mewakili aku telah pergi ke KL & Shah Alam untuk melihat situasi di sana & membantu segala keperluan iCon KL. Dalam masa sama, beliau meninjau persiapan untuk Ujibakat iCon Muzik di KL & Shah Alam. Aku minta bantuan Shah untuk membincangkan tentang pembubaran & perlantikan baru MT iCon KL.

Dalam pertemuan di Doom KLCC jam 2 petang, aku dimaklumkan hanya Kos Sarani, Dean & Fadol sahaja yang hadir manakala pada perjumpaan sebelah malamnya di Shah Alam, hanya Mumu sahaja yang ada. Ini secara tak langsung menunjukkan isu komitmen MT iCon KL ini telah sampai kemuncaknya apabila mereka yang dilantik sudah tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan iCon KL.

Memandangkan masing2 sibuk dengan komitmen belajar & kerja, aku rasa tidak perlu lagi dibebankan mereka dengan iCon dan dengan berat hati aku lepaskan mereka untuk tanggungjawab mereka yang lebih penting.

Dengan berat hati aku mengumumkan pembubaran MT iCon KL dan dengan ini diisytiharkan semua jawatan dikosongkan kecuali Pengarah iCon Design & Pengarah iCon Model yang akan meneruskan tugas seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, semua jawatan lain adalah kosong dan boleh diisi oleh iConians yang berminat dan akan dipertimbangkan oleh NADI. Sebarang permohonan untuk membentuk semula MT iCon KL yang baru perlu dikemukakan kepada aku sendiri di talian 0127597151.

Serentak dengan itu, bermula hari ini, pandangan yang ditulis di dalam blog iCon KL tidak lagi menjadi pandangan rasmi iCon sehingga dimaklumkan kelak. Tidak ada seorang pun dibenarkan menyalahgunakan blog iCon KL sebagai ruang membuat sebarang perbincangan.

Sekiranya tiada mana2 pihak yang mampu untuk mengisi kekosongan tersebut, iConians KL akan diselaraskan oleh NADI.

Dikesempatan ini aku ucapkan jutaan terima kasih kepada MT2 iCon KL yang selama ini bersusah payah menganjurkan beberapa projek & aktiviti & mengusahakan perjumpaan dengan semua iConians. iConians KL & mana2 mantan MT boleh terus merujuk kepada aku untuk sebarang perkembangan.

Harap maklum.

Audition Muzikal UDA & DARA

Bismillahhirrohmannirrohim

Audition for MUZIKAL UDA & DARA:
Main cast and ensemble casting will be held on 5,6, & 7 FEB 2010 AT STOR TEATER, DBP
First Day: 5th FEB 2010 (Fri) 3.00pm - 6.00pm
2nd Day: 6th FEB 2010 (Sat) 10.00am-1.00pm & 2.00pm-6.00pm
3rd Day: 7th FEB 2010 (Sun) 10.00am-1.00pm & 2.oopm-6.00pm

Note:
-Please bring your portfolio and a hea......dshot photos.
-Please wear comfortable cloth as you will be require to perform a dance routine.

Thanks to Atie, iCon KL