Tuesday, February 9, 2010

Pengumuman

Bismillahhirrohmannirrohim

Maaf aku terlambat mengumumkan berita ni. Harap iConians SELURUH NEGARA ambil perhatian.

Bermula 4 Februari 2010, Wanshah BUKAN lagi Pengarah iCon Muzik dan tiada kena mengena dengan sebarang urusan iCon. Perancangan dan projek bersama WS Studio sebelum ini juga diBATALkan dan akan diteruskan oleh iCon sendiri. Tiada sebarang urusan rasmi boleh dibuat oleh WS Studio atau Wanshah sendiri dengan mana2 cawangan iCon, group iCon, iCon2 Negeri & iConians tanpa mendapat kebenaran dari NADI termasuklah urusan mempromosi produk iCon, menggunakan bakat2 iCon, menganjurkan sebarang aktiviti menggunakan nama, logo atau label iCon.

Pengumuman ini dibuat semata2 bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan menimbulkan pertikaian dimasa akan datang.

Sebarang perlanggaran terma ini akan membolehkan iCon mengambil langkah yang difikirkan wajar bergantung kepada pertimbangan NADI & Pengasas.

Harap Maklum.

p/s: iCon mengucapkan selamat maju jaya kepada Wanshah dalam apa juga yang dilakukan. Semoga usaha gigih beliau selama ni membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar selama ini.

9 comments:

Anonymous said...

yeaaah bro, dats cool man.... tnpe nye, kami mampu bergerak, tanpa nye, kami mampu berjaye... hahahaha...... icon pon boleh dpt lagi terbaik dari yg sebelumnye...insyallah, keep2 it up icon, go ..go ..go...

Djebat said...

er..jap..jap..x elok ckp camtu..
jasa & usaha beliau sblm ni amat kita hargai & kita kenang..
cuma maybe bkn jodoh kita dgn dia kot..

Anonymous said...

sikit lagi ye bro... "ape jase beliau?? if nak org respek,, respek org dlu, xley suke2 jek...kite pn msing2 ade ati perut... lg pun icon msih baru & bru nak mencebur kan diri dlm ape2 bidang... so, if ade yg terase, harap maaf lah, kami dah xdpt tahan lagi....better ilang & senyap dari ICON.... kami xrugi ape2 pun.... :|

Djebat said...

Anonymous ni aku rotan gak kang..
xmo la gado2..

Kasih Alyza said...

uuiishhh, jgn membangkitan kemarahan.. yg lps biar kan berlalu..

walau x byk jasa dan msh baru bersama iCon, tp kita ttp kenang jasa wanshah...

ada nya iCon adalah tuk meramaikan lg bakat2 baru, so agar usaha kita ni nnt akan berjaya spt yg pengasas impikan, Amin :)

wanshah said...

yahh..go.go.go icon....buktikan yg korang mampu...jgn ckp je,...buat buat buat go go go go....aku ske semangat korang ni....go go go...

Anonymous said...

Lain kali yg mana abg rasa abg suka, lantik je... xyah bwk masuk meeting... icon2 lain pun ada hak nak tau n kenal sape yg nk jd pengarah, atau sape2 dlm icon. nilah jadinye.. jdkan pengajaran... iconians pn ada hak dalam memutuskan sapa peneraju n yg akan memimpin icon2... tq

daniel said...

lah ni kenapa plak nie macam ada yang x kena jer...huhuhuhuhu gaduh..? slah faham..? hmmm BTW thanx to Abg wanshah coz dah bg cooperation dalam iCon...

Djebat said...

Lain kali yg mana abg rasa abg suka, lantik je... xyah bwk masuk meeting... icon2 lain pun ada hak nak tau n kenal sape yg nk jd pengarah, atau sape2 dlm icon. nilah jadinye.. jdkan pengajaran... iconians pn ada hak dalam memutuskan sapa peneraju n yg akan memimpin icon2... tq

Ini kenyataan orang yang tak faham peranan dia dalam iCon. Konon2 diberi sikit kedudukan & kuasa, dia nak tentukan apa je & semua dalam iCon dia boleh terlibat.

Sebenarnya, mainkan dulu peranan yang dipertanggungjawabkan baru la nak campur usrusan lain. Kalau peranan yang diberi pun tak boleh nak jalankan, tak payah sibuk2 keje aku buat perlantikan.

Untuk ingatan semua, aku lantik bukan sebab aku suka. NADI yang dilantik pun bukan atas kapasiti dia sangat tapi sebab buat masa ni iCon takde orang lain, jadi tak payah la berlagak dengan kedudukan.

Aku nak tanya, NADI sebelum ni dilantik dalam mesyuarat, tak jadi ke mende camni? Jadi jugak kan?

Aku buat perlantikan atas kapasiti masing2. Cuma kena ingat, iCon From Zero To Hero. Aku tak kisah kalau orang yang Zero tu tak mampu nak gerakkan keje dia, tapi sabar la..dia nak jadi Hero bukan keje senang. Amek masa lama.

Kes wanshah bukan satu kegagalan. Wanshah dilantik atas kapasiti & pengalaman dia. Cuma maybe sebab dia tak start from Zero. Dia orang yang dah ada kedudukan, maka dia tak dapat nak kerjasama dengan orang2 yang Zero.

Bila korang tak faham situasi tapi korang nak bercakap jugak, maka terserlah lah pada semua orang yang korang tak tau apa yang berlaku. Jadi, nasihat aku, jangan cakap ikut suka mulut je ek..

Setiap perlantikan ada tempoh 3 bulan untuk buktikan keupayaan dia. Kalau tak berjaya jugak, aku bagi 3 bulan lagi. Tak buat apa2 projek pun takpe, asalkan aku tau perkembangan dia. Camne pulak yang dah dilantik tapi tak bergerak2..?

Aku tak salahkan korang kalau korang tak faham tapi tak payah la bercakap supaya orang tak tau yang korang sebenarnya tak faham. Cek diri dulu, baru cek orang lain. Buat keje dulu baru sibukkan keje orang lain.

Lain kali, tak tau, tanya..