Kat Johor ada yang panggil marhaban, ada yang panggil bara'an, bergantung kat mana benda ni disebut dan siapa yang menyebutnya. Walau pun camtu,mendenye adalah sama dan niat pun sama. Sekumpulan orang akan berkunjung dari rumah ke rumah berselawat, doa dan bermaaf2an dengan tuan rumah.
Kat tempat aku ni kali pertama dibuat pada pagi raya lepas sembahyang raya. Sebelum ni marhaban ni di buat seminggu atau 2 minggu raya sebab ramai yang balik kampung sebab anak2 masih kecik & dorang ada kampung lagi. Tapi sejak kebelakangan ni, kampung aku dh jadi kampung tempat anak2 berkumpul sebab anak2 dah besar & dorang kebanyakannye dah takde kampung dah.
Maybe sebab pertama kali,marhaban ni kurang meriah la. Tetamu setakat dihidangkan dengan kuih,ketupat dan lauk pauk je. Tetamu pun bukannya makan sangat. Bayangkan, blok aku je ada 25 rumah yang nak dikunjungi. Rumah pertama boleh la kami pulun makan,dah sampai rumah yang hujung2, masing2 dah mengah..hahaha
Ha,ratap la gambar2 marhaban kat rumah aku. Gambar kat rumah orang lain takde sebab aku tak ikut..huhuhuu...
Ha,ratap la gambar2 marhaban kat rumah aku. Gambar kat rumah orang lain takde sebab aku tak ikut..huhuhuu...
No comments:
Post a Comment