Tiba2 otak aku menjadi terlalu kecik untuk memikirkannya..
Apa yang buat aku sedih resah & gelisah dua tiga hari kebelakangan ni ialah berita yang aku akan bertukar ke Johor Bahru. Memang la aku yang mintak atas alasan menjaga mak yang keseorangan kat rumah tu, tapi bila dah sampai masanya, hati aku berbelah bagi.
Antara gembira dapat tunaikan hajat mak & sedih meninggalkan Kuala Lumpur dan isi perutnya. Aku jatuh & aku bangun semula, merangkak & berpapah, kat Kuala Lumpur ni la. Bak kata pepatah, "patah sayap bertongkat paruh, namun tetap ku terbang jua".
Aku bina semula hidup aku di sini. Aku kenal & belajar erti hidup & persaudaraan disini. Pendek kata, (panjang tak kata), aku "berkursus bina hidup" selama setahun setengah kat Kuala Lumpur ni dan mungkin dah sampai masanya aku berhijrah semula ke kampung halaman aku.
Mende ni selagi takde hitam putih, aku malas nak kecoh2. Tapi Isnin aritu, boss aku call ke Putrajaya & tanye tentang permohonan aku. Orang Putrajaya tu cakap, "confirm".. Confirm maknanya sah, dapat, lulus & aku akan pindah.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
No comments:
Post a Comment