KL dah start lengang. Sebenarnya aku gerak kul 6 pagi, sekali dengan Aim gi keje. Sampai Puchong dalam kul 7 lebih gak la. Adik aku & anak sedara aku akan balik sekali. Sepanjang perjalanan balik Johor ni,takde sapa yang nak amek gambar so takde la gambar untuk ratapan korang.
Ni bukan gambar kat Lebuhraya ye,ni jalan dekat UIA tu ha.. Korang anggap je la gambar ni ada kaitan dengan catatn aku ni. Aku drive sorang je balik ni sebab adik ipar aku tak balik raya. Member tu bakal melelehkan air mata la pagi2 raya dok sorang2 kat Puchong. Ye la,anak bini dia aku bawak balik Johor sekali..hahahahaaaa

Aku berenti sekali je kat R&R Ayer Keroh. Masa tu dah ngantok gile. Punya la ramai orang berenti kat situ. Aku park keta, adik aku bawak anak dia gi mandi jap, aku pun lelap. Celik2 aku dah rasa segar, tengok2 jam baru 15 minit je aku tido.
Gedebuk gedebak aku sampai Kota Tinggi lebih kurang kul 3. Masa tu mak tengah shopping. Aku pun ikut je la. Ha,ratap la gambar2 mak aku shopping kat pasar, beli ayam, daging, sayur, buah dan lain2..
Tahun ni mak aku belanja banyak gak la, mungkin sebab semua adik beradik aku balik. Banyak2 pun, 6 ekor ayam, beberapa kilo daging dan sayur2 sikit. Ha, ni ayam yang mak aku beli. Tokey ayam tu senyum je aku snap gambar ayam togel dia nih..
Hah, macam kenal je budak ni..Ni la anak sedara aku yang kedua, Muhammad Zairi tapi kalau sebut nama dia mesti jadi Yayi..Dia happy ikut kitorang petang tu. Apa taknye, dah la tak puasa, beli buah,dia bedal dulu, beli kuih, dia bedal dulu..hahahaaha

So habis berbelanja ni kitorang kena gerak cepat2 balik untuk berbuka. Malam ada aktivi lain lak..Tunggu la aku sambung cite ni ek..
No comments:
Post a Comment