Monday, October 6, 2008

Minuman Percuma

Selepas menyambut hari raya di kuala lumpur saya pun ingin melangkah pulang ke ipoh dengan menaiki bas. Semasa didalam bas, sebelum bas bergerak, ada seorang mamat menawarkan minuman kepada penumpang bas. Dia membawa bersamanya lebih kurang 20 kotak minuman untuk di tawarkan kepada penumpang bas sementara itu terdapat lebih kurang 40 penumpang bas berada didalam bas. Mamat yang membawa minuman kotak itu pun terus memberi minuman tersebut kepada penumpang bas dan penumpang bas seolah olah merebut untuk mendapat minuman itu dan menyangka bahawa 20 kotak minuman tersebut amat terhad kepada 40 penumpang.Selepas itu SiMamat itu terus kehadapan bas. Sedetik kemudian keluarlah ungkapan dari SiMamat tersebut."Masuk tandas pun kena bayar, mana ada percuma dalam dunia ini" Lalu Simamat itu meminta RM2-00 untuk setiap kotak minuman yang diberi pada penumpang tadi.Kalau kita beli di luar harga minuman tersebut hanya sekitar RM1-00 ke RM1-20.

Persoalannya: -
1) Adakah perbuatan Simamat tadi merupakan penginayaan terhadap penumpang bas?
2) Adakah perbuatan SiMamat tadi salah satu teknik permasaran yang amat berkesan?
3) Adakah penumpang bas tersebut bersetuju dengan harga yang ditawarkan?
4) Apakah pandangan penumpang bas terhadap siMamat tadi?

Jika SiMamat tersebut dapat memasarkan minuman tersebut sekitar 20 buah bas sehari jadi pendapatan SiMamak tu sekitar RM400 sehari dan purata bulanan RM12,000-00.

Pandangan saya:-
1) Teknik pemasarannya amat berkesan
2) Overhead cost yang paling murah (percuma)
3) SiMamat bijak mengambil kesempatan
4) Bagi penumpang bas, pandangan mereka "??????"


ps: ini bukan cite aku,tapi aku pun penah kena macam ni..komen la..

No comments: