Thursday, October 9, 2008

..mari bercerita..

Angah, mumu, dikwan, ain, fiona, dik shah & adik, meh sini abg nak cerita..

Dulu, ada 2 orang sahabat yang sangat2 akrab. Makan bersama, kerja bersama, main bersama, susah payah bersama, ketawa menangis bersama & macam2 lagi la yang mereka buat sama2 untuk menunjukkan betapa akrabnya mereka ni. Orang sekarang cakap "kamcing" la..
Sorang gemuk pendek, kita panggil dia A.. Sorang lagi kurus tinggi, kita panggil dia B. Satu ketika A & B jalan2 sambil berborak. Entah apa yang diborakkannya, abg pun tak tau. Sekejap dorang ketawa, sekejap dorang berkejar2, sekejap dorang terdiam...
Tiba2..jeng..jeng..jeng.. muncul sorang lelaki tua. Orang tua tu muncul betul2 depan A & B sampai mereka terkejut sakan. Lelaki tua tu pun berkata kepada B:

"Anak, meh sini kejap. Pakcik nak bagitau sesuatu."
"Apa dia pakcik? cakap je la." sahut B sambil memandang kepada A.
"Ye la pakcik, cakap je la..hehehee" A pula memandang B sambil tersengih.
"Emm..awak takde kena mengena. Pakcik nak cakap dengan B kejap" balas pakcik tua tu. A pun menarik muka sambil menjuihkan bibirnye. Dengan berat hati B pun melangkah kepada pakcik tu & meninggalkan A dengan confuse.
Agak jauh dari situ, pakcik tua tu pun bagitau kepada B:
"Beras berasal dari padi" kata pakcik tu sambil menjeling kepada A yang memandang dari jauh penuh curiga.
"Hah?" jerit B terkejut.
"Beras berasal dari padi" ulang pakcik tua tu sambil menambah,
"Jangan bagitau kawan kau tu ye.."
"emm.." balas B sambil meninggalkan orang tua tu dengan muka tak puas hati. Apa yang dia nak sebenarnya?

Adik: Lepas tu bang, lepas tu bang..
Angah tarik telinga adik.. adik menjerit kecik,
"Angah, sakit la.." adik tepis tangan angah..
Mumu, fiona & ain ketawa terkekeh2.. Dikwan & dik shah pun sama.
Aku: Jap adik, abang sambung ye..hehehee..

B sampai kepada A.
"Apa dia bagitau engkau? Lain macam je.." soal A curiga.
"Ntah apa2. Dia cakap beras berasal dari padi. Pastu dia cakap jangan bagitau ngkau" balas B selamba.
"jom gi sana" lalu B pun menarik tangan A. A dengan kasar menepis tangan B & berkata
"Cakap la betul2 apa dia bagitau kau?". B terkejut.
"Betul la,dia cakap beras berasal dari padi. Watpe aku nak tipu ngkau?"
"Huh,tak kan la dia cakap itu je. Tak masuk akal langsung." A tarik muka masam dan merungut.
"Yang ngkau ni kenapa? Dia tak cakap apa2 pun la. Dia cakap itu je." B mula meninggikan suara.

Bermula dari situ,timbul la bibit2 curiga dihati A kepada B. Hubungan mereka menjadi dingin & renggang. A tetap tak puas hati pada B. Ada je masalah sikit, mereka mula mengungkit. Lama2 hubungan dingin menjadi tegang.. Dari jauh, pakcik tua ketawa gembira. Bukan susah nak putuskan hubungan 2 saudara.

Angah: Apa abg cite ni, angah tak faham la..
Mumu: Ye la abg, apa abg cite ni..?
Dikwan: Tu la,abg cite korang main2 je kan dik shah.. (adik shah angguk)
Angah: Bistu dikwan faham ke? (dikwan geleng)

Heheheeee...adik2 aku ni memang sengal. Tiba2 ain angkat tangan nak bertanya.

Ain: Abg terangkan la maksudnye..ain pun tak faham la.. (yang lain semua mengangguk2 kepala)
Aku: Ok, abg sambung..adik2 dengar baik2 k. (mereka angguk lagi)

Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya di syurga terdapat pilar-pilar dari yakut, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seumpama mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya? " Beliau menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai karena Allah, orang-orang yang duduk bersama karena Allah dan orang-orang yang bersua karena Allah." (Riwayat Al-Bazzar, dilemahkan oleh Al-Albani dalam At-Targhib dan di-hasan-kan oleh para pen-tahqiq At-Targhib).


Adik2 ingat,syaitan suka ke kita dapat rahmat dari Allah? Mestilah syaitan tak suka kan. Jadi mereka akan hantar tentera mereka untuk rosakkan hubungan kita semua. Buat kita jadi benci satu sama lain, marah satu sama lain & prasangka satu sama lain.Orang luar akan kacau kita, cakap macam2 tentang hubungan persaudaraan kita tapi kita jangan mudah terpengaruh. Kita pertahankan family kita,sebab baik buruk pun, itu family kita.
Cara syaitan mudah je kan. Tapi kalau kita berkasih sayang kerana Allah atas dasar persaudaraan, syaitan akan benggang kerana tak dapat hasut kita. Adik2 faham tak..?

Angah & dik shah garu kepala.. Ain, mumu & fiona senyum tawar sambil angguk2.. dikwan pandang adik. Adik pandang keliling.. Entah paham ke tidak adik2 aku ni..hehehehe

Aku: Ok, sekarang kita akan pegi makan kat Air Buah Gelas Besar. Abang belanja..

Hooraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayy... jerit mereka serentak. Muka masing2 ceria, bangun & berlari2 menuju kereta wira biru. Dalam kereta wira tu,adik2 aku berhimpit beramai2.. masing2 tak sabar nak makan..Aku cuma mampu senyum & berdoa;

"Ya Allah, Kau pelihara lah ukhuwwah & kasih sayang kami adik beradik. Amin"

No comments: