18 Oktober 2008,
Butik Sutera Nan Sehelai,
Selayang Indah, Selayang.
Pengalaman pertama aku dapat bila diberi kepercayaan untuk mengambil gambar dibutik pengantin. Aku sebenarnya takut nak wat fotoshoot untuk orang kawin tapi Aim nak jugak aku ambik gambar dia kawin bulan depan. So bila Ain ajak wat fotoshoot pegantin untuk final projek dia,aku tanya adik karat dia setuju tak jadi model. Adik bagi green light je aku pun amek peluang ni. So jangan la ada sapa2 yang sentap tengok "gambar kawen" dorang ni sebab ni cuma untuk tolong ain & asah bakat aku jek.
Aku tak tau nak komen keje aku sendiri tapi pada aku, nampak sangat amaturnya. Aku pun tak puas hati, tak tau la orang lain. Tentang pose2 pengantin tu aku tak risau sangat sebab aku banyak buat rujukan. Adik & ain pun pandai bergaya.Tambah lak lagi dengan baju2 dari Butik Sutera Nan Sehelai yang cantik & potongan moden ni, aku nampak dua2 model ni ada bakat memperagakan baju2 tu.
Sebenarnya aku lebih suka kalau dorang buat outdoor. Sayangnya Ain deal dengan pihak butik untuk shoot dalam butik tu je.
Setakat ni,aku tak puas hati dengan keje aku tu. Aku kena banyak belajar lagi. Tapi sapa2 yang berani nak merosakkan gambar perkahwinan dorang, bagitau la aku. Aku charge harga amatur je..hahahahahaa
Credit to: Butik Sutera Nan Shelai (019-2232226)
No comments:
Post a Comment