Wednesday, March 4, 2009

Patut ke..?

Tak abis lagi kisah HotFM Big Jam aritu. Aku just nak kongsi dengan korang satu situasi yang biasa kita lihat melanda peniaga kita & menghampakan kita.

Macam aku cakap, sifu aku datang JB straight away dari Penang kan? So aku pun maklum dia penat, letih & mengantuk. Aku ajak la dia minum2 kat salah satu gerai kat Danga tu. Masa kami masuk kedai tu cuma ada 1 meja yang bersepah & belum dikemaskan lagi. Tak kisah la sebab kami faham orang ramai.

2 minit berlalu, datang sorang awek, mungkin anak tokey kedai, dengan muka masam mencuka & tiba2 nak kira sisa hidangan atas meja tu. Kami dengan nada gurau senda kata la, "order pun lom amek lagi kak..hehehehe" & dia pun berlalu dengan muka malu. Tak lama kami dengar dia membebel2 memberitahu pekerjanya bahawa orang yang duduk kat meja itu dah blah tanpa bayar apa yang dorang makan..(ish3..apa la punya perangai). Pekerja kedai tu pun bersihkan la meja tu & amek order minum.

Sepuluh minit kemudian, awek tu datang lagi, masih dengan muka mencuka. "Minum gerai sebelah, kalau duduk sini kena order makan".. Kenapa marah kami? Cakap la elok2..emm..malas nak gado2, Zul & Shafri order la Nasi Ayam Penyet (ejaannye memang camni, jangan pandai2 komen ok..). Yang lain hilang selera tengok perangai awek tu.

20 minit berselang, awek tu datang lagi dengan 2 pinggan Nasi Ayam Penyet yang diorder. Nak tau apa berlaku? Dia campak je pinggan2 tu atas meja. Takde la campak sungguh2 tapi perbuatannya tu nampak sangat BIADAP. Apa salah kitorang yang dia nak layan camtu ek..? Aku dah mula panas. Apa tak nye, malu la dengan sifu aku tu. Sib baik dia cakap kat KL pun ramai yang BIADAP macam awek tu.

Korang tau apa dalam pinggan tu? Sib baik aku tak teringat nak amek gambar, kalau tak korang pon sakit hati. Semangkuk kecik nasi putih, ayam goreng yang di"penyet"kan, 4 potong kacang panjang, sebentuk kobis, sekeping timun & sambal belacan. Itu Nasi Ayam Penyet? itu nasi putih berlauk ayam goreng & sedikit ulam..adoyai...

Boleh tahan lagi, aku tengok Zul & Shafri terkial2 nak habiskan nasi tu. Masa kitorang nak blah tu aku tak perasan lagi. Bila dah jauh dari kedai tu baru Zul bagitau, sepinggan Nasi Ayam Penyet tu RM8..Ha? RM8 je..?

Korang fikir la, dengan layanan macam CHI, perangai macam LAHA, & nasi yang alahai, kite kena bayar RM8..Murah kan..? Selamat datang ke gerai Nasi Ayam Penyet Dangan Bay. lalalala

2 comments:

Kasih Alyza said...

ptt nya u 'penyet' kan jer minah tu jd cam ayam penyet ha muahahaha..

mmg xder budi bahasa dan sopan santun la minah tu... eeiiii memalukan kaum jer huhuhu...

Jamal said...

Alamak kesian lah kau bro.. malunya aku dengan tetamu dari KL tu.. harap-harap sifu boleh ngerti.. kita doakan awek tu dapat hidayah allah sebelum dia mati..