Tuesday, October 13, 2009

Perjumpaan iCon Melaka

Bismillahhirrohmannirrohim

Seperti yang dijanjikan, aku merancang untuk berkunjung ke Melaka seperti maklumat berikut:

Tarikh: 18 Oktober 2009 (Ahad)
Bertolak: 9 Pagi
Tempat: Dataran Pahlawan (tertakluk kepada perubahan)
Agenda:
1. Lawatan Kerja ke sekitar Melaka
2. Bertemu & Ramah Mesra dengan iConians Melaka
3. Pembentukan organisasi MT iCon Melaka
4. Majlis Raya bersama Tuan Yang Terutama & Ketua Menteri Melaka (Daniel & Aleph akan nyanyi di pentas utama)

Aku harap ramai iConians Johor yang dapat turut sama meramaikan perjumpaan ini nanti. Jadi siapa yang nak ikot, sila confirmkan pada aku selewat2nya pada Jumaat 16 Oktober 2009.

Jadi kepada iConians Melaka, harap dapat berkumpul beramai2 di Dataran Pahlawan untuk menyambut kunjungan sahabat2 iConians Johor k. Bawak sekali kawan2 korang yang masih belum diiConkan.

p/s: tolong la jangan tanya soalan2 berikut:
1. Berapa ramai yang pegi bang? (mana aku tau, belum ada yang respon lagi)
2. Siapa lagi yang pegi? (aku tak tau la, lom ada yang respon, faham?)
3. Pegi sana kena bayar apa2 tak bang? (harap maklum la, kita bukan ada penaja pun kan..)
4. Kita nak tido mana bang? (kita balik malam tu jugak. Hello, esoknya isnin, ramai yang keje ok)
5. Kita pegi jalan2 kat Melaka ke bang? (sedangkan aku dah bagi agenda kat atas tu kan)
dan soalan2 yang sewaktu dengannya..

3 comments:

aizul marcello said...

hahahahahaha..

tergelak sakan baca ntry nih!~ hahah

Kasih Alyza said...

bgs, bertambah lg iCon di Malaysia nie, alhamdullilah...

Herry Qusyairy said...

Mari kita iCon kan semua warga Malaysia!!!