Tuesday, October 28, 2008

Dari KL ke JB

28 Oktober 2008
Mahkamah Kuala Lumpur
Aku ingat lagi, 6 April 2007 kali pertama aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur bersendirian. Jauh aku memandu, banyak tempat aku tinggal menumpang & last sekali aku kekal duduk menyewa dengan kazen aku, Aim. Ramai orang aku kenal & sehingga kini yang paling rapat, korang semua pun tau kan. Macam2 benda yang aku buat termasuk la yang terkini aku join entertainment.
Esok aku akan meninggalkan Kuala Lumpur, balik ke johor, mungkin untuk selama2nya. Aku akan mula bertugas di JB bermula awal bulan November. Banyak senyum yang terukir menyambut aku pulang namun banyak juga air mata yang gugur melepaskan ku pergi. Namun kita semua kena redha, pertemuan itu mutlak & perpisahan itu pasti.
Kenangan bersama korang semua akan tetap aku abadikan dalam hati,kalau tidak pun dalam blog ni. Mana la tau nanti aku hilang ingatan ke kan, log ni boleh r jadi rujukan.hehehe
Aku mintak maaf, banyak benda yang aku tak setel lagi, ramai orang aku tak jumpa lagi, banyak hutang aku tak bayar lagi & yang paling aku sedih, aku dapat tau adik aku kena slip disc. Kenapa saat2 akhir camni? Aku tak sempat nak jaga dia, tapi dia selalu ingatkan aku supaya kuat, jangan sedih2, takde apa2, dia ok..adoyai..
Mana mungkin aku boleh terima apa yang dia cakap tu bila setiap kali aku tengok dia menahan sakit, hati aku yang risau. Tapi aku pun taknak dia sedih. Aku nak dia terima, dia kena kuat, kami kena positif. Dia akan tinggal kat sini tanpa aku.
Aku mintak adik selalu ingat apa yang aku pesan semalam:
"Always do right things. Apa pun yang adik buat belakang abang abg takkan tau. Apa orang cakap tentang adik abang tak peduli sebab abang percaya adik. Cuma hargailah kepercayaan yang abang bagi tu & adik tau camne nak balas balik kan?"
Esok pagi2 aku akan mulakan perjalanan. Aku harap korang doakan aku k. Apa pun yang aku pernah buat kat korang aku mintak maaf. aku bukan yang terbaik tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk jadi yang terbaik. Korang yang tinggal kena teruskan hidup cam biasa. Korang kat KL ni ramai, tapi aku.. Aku sorang2 je kat sana, menghadapi semua yang serba baru sorang2.
Adik & angah ada kata, lepas ni blog ni dah takde lagi cerita pasal dorang, takde lagi cerita Kuala Lumpur, tapi pada aku, kita akan ikut aliran masa. Aku kat johor,aku pun tak tau apa akan berlaku. Aku sorang yang sangat hargai hubungan, so korang jangan risau.
Aku tak nak janji apa2, tapi aku harap jangan tangisi pemergian aku. Aku bukan pergi ke mana2 pun, Johor je. korang still boleh call @ sms aku. Aku hargai setiap yang korang penah beri kat aku. Aku akan simpan sampai bila2. Aku tak nak letak gambar dalam n3 ni bukan sebab aku tak hargai korang. Aku just tak nak letak. Aku harap korang ok.
Ok la, kita tengok apa lak cerita aku kat Johor nanti. Korang jaga la diri bebaik, ingat pesan aku yang baik, yang tak elok tu pandai2 la korang tapis. Harapan aku yang terbesar, teruskanlah persaudaraan korang. Jangan bila aku takde korang gado, tak berhubung, berpecah..adoyai..
Untuk pembaca blog aku ni, aku akan bercuti mulai esok hingga la aku lapor diri kat JB 3 November nanti. So mb takde n3 sepanjang masa tu k.
K la semua, aku pun takmo sedih2 dah..Korang memang best sampai bila2. Assalamualaikum.

6 comments:

Kasih Alyza said...

u lupa 1 perkara kan... bkn u seorg diri tu di johor tp i juga keseorangan selama ni di penang...

i sentiasa harapkan u jagakan adik2 i di kl tu... dan sekarang akhirnya tggl lah adik2 di kl manakala abg di jb dan akak di penang...

sob sobbbb sedih nie... :(

desire said...

slmt bertugas di tmpt baru..ingat..:di mana bumi dipijak..di situ langit dijunjung..

adamLUBA said...

hurrmm, xper tinggal xsemestinya lupakan..betul? hurmm, johor..nanti ada pesta layang-layang gitau..mahu pergi..waaaa! pasir gudang lama xgi..hehehe..

Djebat said...

aaaaha, betul tu adam..
nnt abg roger adam k.

adifDAS said...

huhuhu
sedey nya
mcm nk nangis baca
alallalala
johor lg best

abdullahjones said...

:)