Friday, December 4, 2009

Profile Fotoshoot iCon Johor

Bismillahhirrohmannirrohim

Dengan besar hati aku nak bagitau korang, iCon dapat tawaran dari Gitu2 Production,Suhan Picture & sebuah majalah model Asia untuk mengetengahkan bakat2 baru dikalangan iConians. Sehubungan dengan itu, ketiga2 pihak ni meminta supaya disiapkan profile iConians yang berminat untuk diserahkan kepada mereka dalam masa terdekat ni.

iConians Johor yang nak buat profil boleh datang ke sesi Profile Fotoshoot seperti maklumat berikut:

Tarikh: 5 Disember 2009 (Sabtu)
Masa: 2 petang
Tempat berkumpul : Jotic

Profile2 ini akan disiapkan dalam tempoh seminggu untuk diserahkan kepada pihak berkenaan. Oleh itu, hanya mereka yang hadir saja akan diberi keutamaan. Harap Maklum.

Perjalanan Yang Melelahkan

BismillahhirrohmannirrohimAku mohon, kita sama2 melihat diri kita, kemudian perhatikan gambar2 ni semua. Aku mohon, kita insafi siapa kita, dari mana kita datang & kemana kita akan pergi selepas ni. Aku mohon, janganlah bila kita dewasa dengan kelebihan yang diberi Allah, kita menjadi manusia sombong & angkuh kepada Pencipta kita.
Itulah rupa kita ketika terlalu lemah, namun ketika itu kita gagah berlawan & bersaing hingga akhirnya kita menjadi juara yang lahir ke dunia. Aku mohon, kita sama2 menginsafi, bahawa kita datang tanpa ada apa2 & kita akan pulang juga tanpa apa2.

Selamat Hari Jumaat

BismillahhirrohmannirrohimMudah2an senyuman dipagi Jumaat ini mampu menyembuhkan kedukaan dihati kita. Kepada Allah berserah..

Wednesday, December 2, 2009

Casting Untuk iCon Kelantan

Bismillahhirrohmannirrohim

Untuk korang yang dok kat Kelantan, sampai masanya untuk korang menunjukkan bakat korang. Kalau korang minat berlakon, cuba ujibakat korang seperti maklumat dibawah:

Tarikh: 8 Disember 2009
Masa: 10 Pagi
Tempat: Perkarangan Stadium Kota Bharu
Hubungi: Naim - 0136422443

Buktikan kemampuan korang. Ini antara projek yang iCon usahakan untuk membantu korang menggilap bakat korang. Datang, jangan tak datang ek..

Sepanjang Disember 2009

Bismillahhirrohmannirrohim

Sepanjang Disember ni jadual aku dah penuh. Ini baru ada iCon Johor, iCon Penang & iCon KL je ni..Ntah camne la bila iCon ada kat seluruh negara. So ni aktiviti aku sepanjang Disember ni.

5 Disember 09
Profile Fotoshoot, 2 Petang, Jotic

6 Disember 2009
iCon J-Robik, 7 Pagi, Dataran Bandaraya Johor Bahru

13 Disember 2009
Bengkel Vokal Pop iCon, 9.30 Pagi, JA Residence Hotel, JB

17-20 Disember 2009
Meeting & Gathering iCon Penang, Sekitar Pulau Pinang

25 Disember 2009
iCon Santai @ N9, Sekitar Nilai, Seremban & Telok Kemang

26 Disember 2009
iCon Celebration, 5 Petang, Pantai PD

Setakat ni, itu la plannya..Korang doakan la semua berjalan lancar ye.

Azam 2009

Bismillahhirrohmanirrohim

Akhirnya sampai gak kita ke akhir tahun 2009. Bila aku cek semula, ya Allah banyaknya perancangan yang tak dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2009. Tapi biasanya camtu la kita ye tak. Yang buat aku nak gelak bila teringan lawak kawan aku bila masuk tahun baru:

"Azam aku tahun ni, nak tunaikan azam aku tahun lepas"..hahaha..apa la..

Antara yang belum dapat aku capai tahun 2009 ni ialah cita2 aku nak jadi kaya. Bukan nak jadi jutawan,tapi nak kaya raya. kalau la aku buat azam ni tahun 2008, aku rasa tahun 2009 ni aku dapat jadi kaya tapi sebab ni azam tahun 2009, bunga2 nak kaya tu ada, tapi lom kaya2 gak lagi..hahaha.. Memandangkan tahun 2008 aku anggap sebagai tahun kebangkitan semula, Alhamdulillah la, semua masih dalam apa yang dirancang, cuma agak terlambat setahun.

Antara faktor yang aku percaya jadi penghalang untuk aku capai cita2 aku ialah masalah hutang yang aku cite kat korang. Banyak perkara tertangguh sebab orang tak tunaikan janji untuk bayar hutang aku tu. Sebenarnya itu 4 situasi je yang aku cerita tapi sebenarnya banyak lagi, yang aku kira2 orang hutang aku hampir2 RM20,000 juga la yang belum berjaya aku kutip. So moralnya, tahun 2010, sapa2 nak pinjam duit aku, agak2 la, aku akan jadi kedekut sikit, sori ek..hahahaha

So, kalau ada keajaiban dari Allah, akhir tahun 2009 ni aku kaya dengan simpanan mencecah setengaj juta. Tapi macam mustahil je. Apa kata aku forward plan tu ke 2010, hahaha.. Korang jangan bagitau orang lain tau, azam aku tahun 2010 aku nak jadi jutawan & aku nak kawen. Gelak..? gelak la..gelak la..hahahahaa..Dah puas gelak,jangan lupa doakn aku banyak2 k..

Tuesday, December 1, 2009

CHANNEL SUPERSTAR 2009

Bismillahhirrohmannirrohim

Mula2 aku dapat info, Pertandingan Akhir Channel Superstar 2009 kat Giant Plentong ni pukul 10 pagi. Aku sms pada iConians supaya datang beramai2 untuk memberi sokongan kepada iConians yang ke final. Aku berkejar dari Kota Tinggi sebab nak kejar masa. Alih2 dapat lagi info, pukul 12 tengahari. Sampai Giant Plentong jam dah kul 12 tengahari tapi apa pun tak mula lagi. Akhirnya lebih kurang kul 1 baru la finalis pertama iaitu iCon Surf dipanggil menyanyi.

Malas nak cite banyak, korang ratap la gambar2 ni.
Liya turut datang memberi sokongan kepada kawan2 dia yang turut serta tersenarai ke final.
Ini Mawi Super World. Dia claim dia abang Mawi. Rasanya satu JB kenal Mawi Super World ni.
Sori la gambar ni tak disusun ikot giliran. Ha, dah puas ratap gambar kan, aku nak cite kat korang. Bukak kritik tapi untuk kita ambik iktibar. Beberapa kejutan yang aku anggap sejarah dalam penganjuran pertandingan ni dicatat oleh penganjur. Aku senaraikan je la, malas nak taip karangan.

1. Terdapat seramai 80 "finalis" pada pertandingan akhir ni. Tak pernah aku jumpa.
2. Finalis2 ni nyanyi separuh je dari lagu yang dipilih. Tiba2 ada jugak yang dapat nyanyi sampai habis.
3. Bila diumumkan pengacara paling sensasi, semua mengharapkan sensasinya, sekali yang muncul sorang gadis dengan pakaian seksi & terjerit2, pastu paksa2 penonton tepuk yangan..ya Allah..
4. Aku tak dapat teruskan sebab aku balik kul 6 petang sebab dah terlalu bosan.

Iktibarnya, perkara besar ke, kecik ke dalam penganjuran sesuatu event tu, kne diambil berat oleh smua pihak terbabit. Jangan sekadar melepaskan batuk ditangga. Wei, mana nak jumpa finalis 80 orang wei..ni pertandingan koir ke apa?