Friday, August 28, 2009

Apa Komen Anda

Bismillahhirrohmannirrohim

Maklumat ini terpaksa dikeluarkan sekali lagi. Bila aku buat n3 berkaitan iCon yang melibatkan perkara dasar, adalah amat besar harapan aku iConians membacanya & memberi maklumbalas. Untuk n3 yang sama sebelum ni, hanya Kasih sahaja yang respon dan tak ada sebarang bantahan atau pandangan, jadi adalah tidak adil ada pihak yang bercakap belakang, marah dan sebagainya.

Aku harap, iConians bagi respon untuk isu Yuran kali ini sebab walaupun telah diputuskan dalam mesyuarat Nadi, pandangan ahli masih akan tetap didengar. Jadi sila komen.

Telah juga diputuskan di dalam mesyuarat kedua Nadi iCon semalam, kutipan yuran diputuskan seperti berikut:


Seumur Hidup: RM100 (bayaran kali pertama)
Renew: RM50 (bayaran tahun kedua dan seterusnya)

Keputusan ini akan dimasukkan ke dalam draf perlembagaan dan kutipan HANYA akan dimulakan pada 1 Disember 2009. Sehingga tarikh tersebut TIADA sebarang yuran akan dikutip dari mana2 pihak kecuali bayaran penyertaan program dan aktiviti.

Jadi, bermula sekarang KUMPULlah wang anda. Jangan sampai masa bising2 kata yuran iCon mahal. Percayalah, bak kata Amy Search, "berbaloi baloi"..

Nota Kaki
Tolak bulan Ogos ni, ada lagi 4 bulan untuk iConians kumpul duit. Sebulan RM25 bagi setengah pihak mahal dan bagi setengah pihak yang lain tak ada masalah. Jadi sila komen & beri pandangan MEMBINA anda k.

Jangan Lupa

Bismillahhirrohmannirrohim..

30 Ogos 2009 bakal mencatat sejarah tersendiri buat iCon. Selain menjalankan 3 projek serentak, pada masa yang sama projek yang sama dibuat di 2 tempat yang berjauhan, JB & Penang melibatkan seluruh iConias. InsyaAllah mencatat jumlah teramai setakat ni. Dengan usia iCon baru mencecah 9 bulan, ini antara pencapaian terbaik iCon.

Kepada iConians Penang, sila rujuk blog iCon Penang & kepada iConians Johor, maklumat projek tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 Ogos 2009 (Ahad)
Masa berkumpul: 12 Tengahari
Tempat berkumpul: Shell depan Kip Mart Tampoi.
Pakaian iCon Merdeka - Santai yang menggambarkan semangat merdeka + Bendera Malaysia
Pakaian Fotoshoot Raya: Baju Melayu & Baju Kurung raya (tahun lepas punya pun tak salah)

Ada tak lagi yang aku tertinggal ek..?

Silap Info

Bismillahhirrohmannirrohim..

Jam 7.24 pagi ketika kereta aku tersadai sebab tayar pecah depan Balai Polis Sentral, aku terima sms dari sorang kawan lama. Sms berbunyi:

"Alfatihah utk ustaz ismail kamus yg bru mnemui Allah sbntar td(5.00pg)..satu khlgan bsr buat agama dan negara. Alfatihah..smg Allah,m'cucuri rhmat kpdny.Tlg fwd sms."

Terkejut aku dengan berita tu & serta merta pelbagai kenangan muncul dalam fikiran aku. Aku jadi terkilan kerana hak beliau sebagai seorang ulamak tersohor untuk berdakwah terhalang oleh kuasa pemerintah dan tidak terbela hingga kini. Dengan sebab itu, ramai generasi kini tak kenal siapa Ustaz Ismail Kamus. Segera aku sampaikan pada sahabat2 aku tentang kehilangan tersebut.

Tak lama lepas tu, bertubi2 sms masuk lagi ke dalam handphone aku minta kepastian sampai habis bateri. Cis.. bila disemak semula, aku dapat satu mesej yang betul2 meyakinkan:

"Ustaz hidup lagi la, dia buat umrah kat mekah sekarang. Info dari PAS Kedah"

Laaa..jadi siapa yang meninggal? Kepada korang semua yang sempat terima sms aku, aku mintak maaf & sama2 la kita doakan Ustaz Ismail Kamus panjang umur & sentiasa dalam peliharaan Allah. Wallahua'lam..

Thursday, August 27, 2009

Sendal Gusi 2

Bismillahhirrohmannirrohim

Kisah tahi gajah

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak
cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a)
Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.


Berpeluh juga BEB.

Aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu.. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar..... Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "
lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu... bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi.... tok kadi mula senyum....

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana .... taik gajah... besar betul... nak2 bila gajah makan durian.

1000 senyuman belum tentu menawan,

1 jelingan sudah bisa menimbil kan rasa benci,

membina persahabatan pasti akan makan masa yang lama,

meruntuhkan hanya sekelip mata...

Semoga ranadhan membawa keberkatan kepada semua...

selamat bersahur dan selamat berpuasa.

Wednesday, August 26, 2009

Sendal Gusi

Bismillahhirrohmannirrohim..

Ada kisah seorang budak yang ditawarkan belajar di UiTM untuk wat Diploma tapi selelas 5 tahun extend. akhirnya bapak dia dah xsanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya belajar.,terpaksala dia bawak balik kampong anak dia tu.


Sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang, bapak dia wat dek jer..
(Bengang dan malu kat sedara mara)
Si anak dah rasa xsedap ati, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia. Dia kat UiTM, dia gain something la dgn pekembangan teknologi.....so dia ckp dgn bapak dia.

Anak : Pak, tau x,kat UiTM sekarang dah ada teknologi maju. skarang dorang buleh wat mesin sosej yang canggih, masuh jer daging lembu dalam mesin pastu kuar jadi sosej....

Bapak : Tu teknologi dah lapuk, kat Penang ni lg advance, Aku 25 tahun dulu, masukkan sosej, sekarang dah kluar lembu sekor..menyusahkan plak tu...

Si anak pon terncengang dgn jawapan ayah dia tu..

p/s: laser ok mulut ayah dia..AWAS!

iCon Support Lareva

Bismillahhirrohmannirrohim..
Sebuah persatuan yang boleh dianggap senior & menjadi rujukan kepada iCon ialah LAREVA. InsyaAllah pada masa akan datang kita akan anjurkan pelbagai projek bersama dengan LAREVA untuk bertukar2 pandangan & ilmu.

Buat LAREVA, teruskan usaha & iCon sentiasa menyokong.

Tinjauan Pendapat

Bismillahhirrohmannirrohim..

Minggu lepas dalam blog ni aku buat survey:

Perlukah iCon mempunyai sistem dimana ahli yang membawa masuk ahli mendapat duit seperti program affiliate?

Memandangkan ada yang add myspace aku dengan niat dan tujuan untuk mengajak aku join program affiliate, ajak orang join & dapat duit, maka aku buat survey, perlukah iCon ada sistem seperti itu. Keputusan yang diterima adalah seperti berikut:

Voters: 61 orang
Perlu: 23 orang (37%)
Tak Perlu: 38 orang (62%)

Analisis:
Kalau ikutkan kiraan, jumlah 2/3 perlu dicapai untuk membuat keputusan dimana 2/3 adalah sama dengan 66% undian sedangkan majoriti yang mengundi "tidak perlu" hanya 62% undian, kurang 4% undian lagi menjadikannya sohih. Kalau di Parlimen, memang keputusan tidak boleh dibuat sekali pun kekurangan 4% undi sahaja.

Tinjauan:
Ramai berpendapat, sekiranya iCon memperkenalkan sistem affiliate, tujuan orang menyertai iCon hanyalah semata2 untuk duit dan tidak lagi mendukung matlamat asal penubuhannya. ini akan menjadikan iCon mempunyai bilangan ahli yang ramai dan duit yang banyak TETAPI kosong rohnya.

Kesimpulan:
Mengambil kira keputusan majoriti yang dizahirkan dalam undian, aku fikir iCon tak perlu mencari ahli dengan cara tersebut. Ada benarnya, iConians akan hilang jati diri & buta matlamat kerana semata2 mengejar duit yang ditawarkan. Tapi sama2lah kita berdoa agar iCon satu hari nanti dapat menghargai warganya dengan satu penganugerahan berprestij. Terima kasih yang terlibat mengundi. Salam..

Tuesday, August 25, 2009

Lokasi Event iCon

Bismillahhirrohmannirrohim..

Korang semua maklum kan yang hujung minggu ni, 30 Ogos 2009 akan diadakan 3 projek serentak iaitu iCon Merdeka, Fotoshoot Raya & Majlis Berbuka Puasa yang akan insyaAllah menghimpunkan seberapa ramai warga iCon Johor & dalam masa yang sama, iCon Penang juga akan mengadakan projek yang sama juga.
Beberapa orang dari iCon Kulai, iCon Kota Tinggi, iCon Batu Pahat & iCon Pontian dah bagi komitmen untuk turut serta. Lepas ziarah Ila kat HSA, kami terus ke lokasi akan berlangsungnya projek tersebut. MasyaAllah, sangat cantik. Aku tak pandai nak terangkan jalannya tapi aku mintak kepada mereka yang telibat agar berkumpul di Shell depan Kip Mart Tampoi Tepat jam 12 tengahari dan dari situ kita akan bergerak beramai2.
Aku amat berharap sangat agar iConians yang terlibat untuk menepati masa. Tolong la jangan aniaya kawan2 lain yang sampai awal, terpaksa menunggu korang dalam keadaan kita semua berpuasa. Apa pun, kita jumpa di sana 30 Ogos ni k.

Ila Sakit

Bismillahhirrohmannirrohim..
24 Ogos 2009 aku dapat mesej dari Ila, salah sorang iConians yang sangat aktif. Dia bagitau dia sakit kaki & ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA). Aku sampaikan khabar tersebut kepada semua iConians yang termampu aku sms.

Tengahari tu aku, Afiq & Fairus menziarahi Ila dan kami dapati keadaannya sangat ceria, macam orang tak sakit..hahaha. Lebih setengah jam kami di situ, rasa macam tak nak balik bila tengok jururawat pelatih yang cun2 belaka.

25 Ogos 2009 dengan semangat berkobar2 untuk berjumpa jururawat pelatih semalam, sekali lagi aku & Afiq ajak Ali, Fila & Wafi melawat Ila. Niat nak tengak jururawat, hahaha.. Ila nampak agak pucat tapi masih lagi ceria cam semalam. Kabarnya Aeril datang juga semalam & masa kitorang nak balik tu, dapat kabar Daniel dlm perjalanan.

Sebenarnya aku bersyukur, sedikit sebanyak iCon Prihatin dah berjalan dalam diam, dalam keadaan kekangan kewangan, tapi Alhamdullillah mampu memberi sedikit sumbangan kepada iConians. Ini yang aku harapkan berterusan dalam iCon, insyaAllah.

Thursday, August 20, 2009

Projek Baek

Bismillahhirrohmannirrohim..

N3 kali ni takde kena mengena dengan iCon. Sebab ni blog aku, suka hati aku la kan, nak masukkan apa2 n3..hahahaha.. Ini pun aku petik dari blog member aku.

Salam Semua!
Jika sebelum ini Kad Loyalti @ Kad Kesetiaan seperti Real Rewards, Bonuslink, Mesra untuk minyak petrol & JCard untuk shopping membolehkan kita mengumpul MATA PERIBADI dari setiap pembelian kita di tempat-tempat tertentu dan melayakkan kita menukarkan MATA PERIBADI dengan barangan seperti Payung, Botol Air @ baucer pembelian untuk kita gunakan kembali membeli barangan di tempat tersebut!

Tapi mungkin kita tak dapat Tunai! Betul Tak?

Mahukah Anda berbelanja di GIANT dan mengisi minyak petrol di PETRONAS dan dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan Lumayan! Tunai!

Berita Baik! Syarikat SVR International dengan kerjasama Koperasi Pelindung Malaysia Berhad (KOPMA) telah melancarkan Kad Loyalti yang sungguh istimewa yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob pada 25hb Julai 2009 Di Kuantan sempena Hari Pengguna SeMalaysia.

Kad Loyalti SVR boleh anda miliki dengan hanya RM168.00! Anda akan mendapat 3 kad sekaligus iaitu:
1.Kad Bio-Energy (untuk kesihatan)
2.Kad Gold SVR ( kegunaan membeli-belah)
3.GiftCard Petronas (dengan kredit RM50.00)


Dengan kad-kad loyalti ini, anda bukan saja boleh mengumpul MATA PERIBADI dan mendapatkan TUNAI..malah MATA TERKUMPUL dari perbelanjaan seluruh rakan2 anda yang anda perkenalkan pada Kad-kad loyalti ini pun...anda boleh menjana pendapatan lumayan! Jika anda mendapat RM1 sekalipun dari seorang rakan anda sebulan..jika dibawah kumpulan anda mempunyai 10,000 ahli..itu saja sudah RM10,000 sebulan!

Siapa yang tidak mengisi minyak? Siapa yang tidak berbelanja untuk kegunaan harian?
Tentu sahaja semua orang mengisi minyak dan berbelanja..Jadi sudah pasti anda boleh menjana pendapatan Lumayan..sikit atau banyak bergantung pada anda sendiri...!

Sila Klik
www.svr2u.com untuk mengetahui maklumat !
Sila cal @ sms @ YM @ email saya jika perlukan keterangan yang lebih lanjut.

Tempah tempat anda sekarang kerana program baru be
rjalan tidak sampai sebulan! Limpahan downline untuk anda..!!

Yang berminat boleh call aku 0127597151 / 0197866969
YM:- ijpompei
Email :
ijpompei@yahoo.com

Program ini adalah usaha sama antara Koperasi Pelindung Malaysia Berhad dan Persatuan Pelindung Pengguna Malaysia . telah Dilancarkan pada 25 Julai 2009 di Hari pengguna Kuantan Pahang Oleh Menteri Dato Ismail Sabri . sehingga hari ini terdapat 9000 orang ahli !jangan lepaskan peluang Menjadi Pengguna yang Bijak !

Salam Ramadhan

Bismillahhirrohmannirrohim..

Korang, esok aku dah cuti. Jadi seperti biasa aku tak dapat on9 bila aku di kampung. Aku nak amek kesempatan ni untuk ucap

Selamat Berpuasa
Kepada korang semua. Aku nak masuk Ramadhan ni dengan diri yang suci dan bersih, jadi aku mohon ampun dan maaf pada korang sebab sepanjang aku memblogging (erk..ada ke perkataan ni) memang aku banyak melakukan kesilapan.

iConians yang tak uzur jangan ponteng2 puasa ye. Aktiviti iCon akan berjalan seperti yang dirancangkan, insyaAllah.

Selamat Pengantin Baru Mai

Bismillahhirrohmannirrohim..
Selamat Pengantin Baru kepada Mai & Mr. K, doa kami mudah2an berpanjangan ke akhir hayat.

Wednesday, August 19, 2009

3 dalam 1

Bismillahhirrohmannirrohim..

Dan satu lagi keputusan dicapai. 3 projek akan dibuat serentak, pada hari yang sama seperti maklumat berikut:

iCon Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2009, Ahad
Masa: 12 Tengahari
Rumah Limas Mutiara Rini, Johor Bahru

Fotoshoot Raya iCon JB
Tarikh: 30 Ogos 2009, Ahad
Masa: 3 Petang
Rumah Limas Mutiara Rini, Johor Bahru

Majlis Berbuka Puasa iCon JB
Tarikh: 30 Ogos 2009, Ahad
Masa: Waktu berbuka
Rumah Timbalan Presiden Mutiara Rini, Johor Bahru

Bayaran RM15 seorang, kanak2 bawah 12 tahun PERCUMA
Bankin ke dalam akaun Maybank
Hafilah Bte Hanafi - 1512 7606 3327

sebelum 26 Ogos 2009
dan sms nama, tarikh & masa pembayaran dibuat kepada Fiela - 0172065484.
Anda wajib bawa bukti pembayaran semasa mendaftar.


Diharap jangan ada yang ketinggalan.

YURAN

Bismillahhirrohmannirrohim..

Telah juga diputuskan di dalam mesyuarat kedua Nadi iCon semalam, kutipan yuran diputuskan seperti berikut:

Seumur Hidup: RM100 (bayaran kali pertama)
Renew: RM50 (bayaran tahun kedua dan seterusnya)


Keputusan ini akan dimasukkan ke dalam draf perlembagaan dan kutipan HANYA akan dimulakan pada 1 Disember 2009. Sehingga tarikh tersebut TIADA sebarang yuran akan dikutip dari mana2 pihak kecuali bayaran penyertaan program dan aktiviti.

Jadi, bermula sekarang KUMPULlah wang anda. Jangan sampai masa bising2 kata yuran iCon mahal. Percayalah, bak kata Amy Search, "berbaloi baloi"..

Nantikan Faril

Bismillahhirrohmannirrohim..Sesuatu akan berlaku dalam iCon. Kalau korang perasan, Faril salah sorang bakat baru yang telah mula mencipta nama. Tapi aku tak berniat bercerita tentang bakat lakonannya. Korang nantikan kemunculan Faril di Johor Bahru untuk membawakan sesuatu kepada iCon. Bersedia.

Perlantikan

Bismillahhirrohmannirrohim..

Alhamdulillah telah sempurna mesyuarat Nadi iCon kali kedua semalam bertempat di Firines Solution, Larkin Perdana. Tahniah Nadi kerana berjaya mencapai beberapa keputusan penting dalam menggerakkan iCon ke fasa seterusnya.

Antara keputusan yang dicapai ialah berkenaan perlantikan beberapa orang pengarah bagi memantapkan lagi pergerakan iCon. Antara lantikan baru pengarah-pengarah adalah seperti berikut:

iCon Nature: Saudara Fairus (Auw)
iCon Sports: Saudara Salleh
iCon Models: Saudara Fendri & Saudari Murni
iCon Niaga: Saudara Rosli

Kesemua mereka mempunyai kelebihan masing2 sehingga dipertimbangkan untuk perlantikan tersebut & berkuat kuasa dari tarikh lantikan, semua projek dibawah iCon-iCon tersebut akan dirangka oleh pengarah2 ini.

Gambar dan nombor telefon pengarah2 ini akan diberikan kemudian. Selepas ini, mereka yang berminat & cenderung kepada aktiviti nature, sukan, model & niaga, boleh terus merujuk kepada pengarah2 yang dilantik. Jangan lupa, iConians berhak memilih apa juga yang diminati. Tak semestinya model tidak boleh berniaga..kan..kan..kan..

Monday, August 17, 2009

Iklan

Bismillahhirrohmannirrohim..

Aku nak iklankan sape2 yang perlukan Part Time Maid boleh view kat sini untuk info lanjut. Ye la, kadang2 kita tak mampu nak pakai fulltime maid @ orang bujang, takkan nak pakai fulltime maid, jadi skandal lak kang. So part time maid adalah pilihan terbaik. Jangan lupa klik sini.

Friday, August 14, 2009

kahkahkah

Bismillahhirrohmannirrohim..

Kadang2 ketegangan (ketegangan=tension la, korang ni pikir bukan2 je) tak bagus untuk jantung, hati, limpa, buah pinggang & paru2. Selalunya ketegangan tak bagus juga untuk mata, telinga & paling bahaya lidah. Dalam konteks aku, ketegangan memberi kesan ketika jari2 aku mengetuk keyboard komputer ni hingga terhasil n3 merapu semalam.

Jadi, untuk meredakan ketegangan tu, aku nak kongsi dengan korang beberapa soalan yang menyakitkan jiwa tentang iCon. Bila baca banyak2 kali, aku ketawa sendiri. Sama2 la kita meredakan ketegangan..

1. Masuk iCon ni boleh jadi jutawan ke? - Aku tanya dia balik, ko keje apa? Dia jawab "Engineer". Aku tanya lagi, ko jadi engineer boleh jadi jutawan ke? Hahahaahaha.. Kita ni, kalau mentaliti kita mentaliti jutawan, buat la apa je, insyaAllah boleh jd jutawan. Tapi kalau mentaliti kita mentaliti sampah, masuk kelab jutawan pun kita jadi sampah.

2. iCon tu kekal tak? - Ha? Apa punye jenis soalan la ni. Aku bukan tuhan nak tentukan iCon kekal atau tak. Yang pasti, harapan aku, iCon mampu mencapai usia 100 tahun!

3. Saya dengar iCon ni mempergunakan budak2 - Kahkahkah.. Adoyai.. Kalau la iCon cari budak2, mintak duit, jadi kaya, atau dapat projek, boleh la korang kata iCon mempergunakan budak2.. Apa untung bila budak2 masuk iCon? iCon dapat bukak opis? dah 9 bulan, pintu opis pun xde lagi..kahkahkah..

Kahkahkah..aku rasa cukup la dulu..perot aku dah mengah gelak sorang2 ni. Nanti aku sambung k..

Thursday, August 13, 2009

Penjelasan

Bismillahhirrohmannirrohim..


Maaf, N3 ni terlalu KASAR untuk dimengertikan, jangan teruskan bacaan anda.

Perlu ke tak perlu? Kalau aku abaikan pun boleh tapi aku rasa biar la aku merendah diri. Pengumuman semalam, fotoshoot raya ditunda menimbulkan polemik. Aku jadi serabut, jadi marah yang amat sangat dan aku jadi pelik. Kenapa?

Biar la aku terus jelaskan kenapa projek tu ditunda.

1. Ali & Afiq tiba2 mendapat arahan untuk berkursus di Kuala Lumpur. Mungkin kita masih boleh teruskan fotoshoot tanpa kehadiran dua orang Nadi iCon ni dan mungkin tak memberi sebarang kesan pun. Mungkin yang kecil hati hanya mereka berdua. Tapi kecil hati mereka PASTI ditujukan kepada aku.

2. Belum mendapat kelulusan tempat daripada MBJB. Kita juga boleh teruskan sesi fotoshoot tapi jika dikejar & dihalau, yang dicari PASTI aku.Selain aku, siapa akan menjawab semua ni?

Mempertimbangkan dua keadaan ini aku memutuskan untuk menunda projek dengan mengambil kira fotoshoot raya akan dibuat bersekali dengan Majlis Berbuka Puasa iCon dan dibuat sekali dengan iCon Merdeka. Maknanya 3 projek dalam 1 masa dengan harapan kehadiran akan lebih ramai lagi dan penganjuran lebih proper.

Ingin juga aku tegaskan, apa yang menjadi kemarahan yang amat sangat aku rasa bila orang penting iCon sendiri menuduh aku mengikut kata "orang2 aku disebelah sini". Aku ingin menuntut penjelasan apa yang dimaksudkan dengan "orang2 aku disebelah sini" tu?

Persoalan pertama, adakah aku terlalu BANGSAT & BODOH untuk diperkudakan atau dicucuk hidung hingga tak boleh buat keputusan sendiri? Siapakah pulak orang yang hebat hingga boleh menjadikan aku bonekanya sampai aku buat keputusan ikut telunjuk dia?

Persoalan kedua,adakah iCon sudah mula berpuak2, ada orang engkau, ada orang aku? Orang Penang & orang KL pun aku tak pernah kata itu orang engkau ini orang aku.

Justeru itu, aku mula bimbang, adakah iCon sudah mula diresapi semangat KEPUAKAAN? Mintak dijauhkan. Aku harap, mereka yang membaca n3 ni, tolong la jelaskan kepada kawan2 benda yang betul. Jangan main ikut sedap hati, serang orang sebarangan. Aku bukan BANGSAT untuk membuat keputusan ikut telunjuk. Dan belum pernah aku buat keputusan sendiri melainkan selepas berbincang dengan Nadi atau Presiden.

Kalau ada yang terjejas dengan keputusan yang dibuat, aku merendah diri memohon maaf. Bagi mereka yang dah ambil cuti, kalau anda di Kota Tinggi, berkumpullah di Kota Tinggi kerana di sana ada iConians & di sana juga ada fotografer. Kalau anda di Kulai, berkumpullah di Kulai kerana di sana juga ada iConians & di sana juga ada fotografer. Tak perlu la tuduh macam2 sebab aku rasa iConians ada otak matang yang boleh berfikir.

Aku dah kata, JANGAN teruskan bacaan anda, sapa suruh teruskan gak, kan dah sakit hati..

p/s: Al-Fatihah untuk Ustaz Asri (Robbani) yang kembali ke Rahmatullah tadi.

Wednesday, August 12, 2009

Perhatian Penting..

Bismillahhirrohmannirrohim..

Fotoshoot Raya terpaksa ditunda berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan. Fotoshoot Raya iCon Johor dijangka dibuat serentak dengan Majlis Berbuka Puasa iCon Johor. Sila sampai2kan kepada iConians lain.

Harap Maklum

Monday, August 10, 2009

Pertama Kali

Bismillahhirrohmannirrohim..

Kul 11.09 malam 7 Ogos Adam bagitau dia dah dalam bas & terpaksa off handphone sebab dia terlupa charge bateri.

Kul 8.16 pagi 8 Ogos Adam mesej bagitau dia dah sampai & tengah tunggu kawan dia jemput di Larkin. Aku pun dah bangun masa tu & tengah kemas bilik bujang aku. Bilik bujang, korang tau je la kan..heheehee. Aku mesej iConians maklumkan tentang projek hari ni & kehadiran Adam.

Kul 8.35 pagi Adam mesej lagi & mintak aku amek dia kat Larkin sebab kawan yang patutnya amek dia tu ada masalah. Aku dengan segera capai tuala, mandi & terus bersiap nak amek Adam. Sebab excited sangat nak jumpa Adam buat pertama kalinya, aku tertinggal camera. Hahahaha
Aku sampai Stesen Bas Larkin kul 9.35 pagi. Adam dah tunggu dengan housemate dia & kitorang terus gerak. Sebab camera aku tertinggal, maka akau terpaksa balik semula ke rumah. Dalam masa yang sama handphone aku bukan main sibuk dengan mesej & call dari beberapa iConians yang join fotoshoot & trip ke AEON Bukit Indah.Ini pose istimewa Adam di AEON Bukit Indah waktu kitorang shoot gambar peserta2 MystarzLG. Aku masih lagi tak percaya kalau orang yang aku shoot ni ialah Adam Luba. Hehehehe Dan ini dikwan, housemate Adam yang ikut sekali dari Penang. Rupa2nya Dikwan juga salah sorang iConians Penang & antara orang kuat di syarikat yang sama dengan Adam. Orang kata, macam impian yang jadi kenyataan, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Adam & Dikwan yang sudi turun ke JB untuk turut sama menyertai aktiviti iCon JB.

p/s: Ala, aku tau korang marah sebab banyak benda yang sepatutnya aku ceritakan terlebih dahulu tapi aku jump terus pada cerita Adam datang ni. Sori la, memang aku kesuntukan masa sangat2. InsyaAllah aku akan masukkan juga gambar2 perjumpaan pertama iCon KL & iCon Selangor tu.

To Adam & Dikwan, ini permulaan yang baik untuk kita atur strategi memantapkan iCon k.

Friday, August 7, 2009

Logo

Bismillahhirrohmannirrohim..
Thanks to Furin. korang tolong bagi pandangan k.

Menanti

Bismillahhirrohmannnirrohim..
Adam Luba
Beliau akan bertolak dari Penang jam 11.15 malam ni & dijangka sampai pagi esok untuk bersama korang iConians Johor.
Pembetulan: MystarzLG akan berada di Jusco Bukit Indah.

Menanti

Kunjungan yang ke 25000
Tahniah
Tepat Jam 9.44 pagi Adam Luba Menjadi Pengunjung yang ke 25000

Wednesday, August 5, 2009

PENGUMUMAN

Bismillahhirrohmannirrohim..

SKiP 2 yang dijadualkan pada 8 Ogos 2009 terpaksa DIBATALKAN kerana pada tarikh yang sama akan diadakan Audition MyStarzLG bertempat di jusco Tebrau. Oleh itu iConians diminta memeriahkan audition tersebut dan kita sokong siapa juga yang mencuba nasib di sana nanti.

Mari beramai2 ke Jusco Tebrau pada 8 Ogos 2009 jam 10 pagi.

Tuesday, August 4, 2009

Gambar2 Dari Mumu

Bismillahhirrohmannirrohim..

Sebab aku telah menjadi terlalu sibuk dengan kerja dan hidup, aku masih lagi tak sempat nak masukkan gambar2 dalam n3 blog ni. sedih sangat sebab aku tak dapat buat apa yang biasa aku buat.

Untuk ratapan korang, gambar2 Fotoshoot iCon KL & Gathering iCon KL boleh ditinjau dari myspace Mumu. Aku mintak maaf sangat2 k, betul2 x sempat nih.

Korang jangan lupa event & aktiviti iCon JB tau.

1. SKiP Siri 2
Tarikh: 8 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 11 Pagi (sila datang awal)
Tempat: City Square, JB ( depan Mc Donalds)
iConcept: Casual
Person incharge: Jamal - 0177960400
Sasaran: Semua iConians JB dan yang berdekatan. Ajak sekali kawan2 yang belum di iCon kan..

2. SKiP Siri 3 - Kala Malam Bulan Mengambang
Tarikh: 9 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 5 Petang (sila datang awal)
Tempat: Bazar JB
iConcept: Santai
Person incharge: Djebat - 0127597151
Sasaran: Semua iConians JB dan yang berdekatan. Ajak sekali kawan2 yang belum di iCon kan..

3. Fotoshoot RayaTarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 3 Petang (sila datang awal)
Tempat: Rumah Limas Johor, Teluk Danga
iConcept: Mood Raya (sila bawa prop)
Person incharge: Ali - 0172231271
Sasaran: Semua iConians JB dan yang berdekatan. Ajak sekali kawan2 yang belum di iCon kan..

Harap semua iConians Alert dengan info ini & tolong sampai2kan pada kawan2 lain. Postkan dibuletin ms anda & dimana2 saja yang anda fikir sesuai.

Monday, August 3, 2009

Bismillahhirrohmannirrohim..

Aku terima mesej di dalam myspace aku:

Teringin nak jadi model iklan?
Tapi xtau nak register kat mane?
Jom ramai-ramai daftar di Liza's Talent Agency Damansara.
( Orang yang bertanggungjawab dapatkan talent untuk iklan KFC, DIGI, AXIATA, PETRONAS dan banyak lagi...)
sudah ramai yang register...
korang bile lagi??

Caj RM 80 including profile creation, photoshoot and management fee.Any update untuk profile??FREE bebbb!!!!

See u at photoshoot!!

Aku rasa bertuah kenal orang yang banyak bantu tapi untuk yang ni, biar aku cek dulu camne. kalau ok, aku akan open untuk iCon join. Tapi kalau korang tak sabar, terpulang la..hahahahahaha

Apa2 aku akan update untuk korang k.

Khabar Dari iCon Penang

Bismillahhirrohmannirrohim..

Aku masih menunggu perkembangan terbaru iCon Penang untuk majlis pelancaran Single Azmir Arif & fotoshoot kedua mereka di Kompleks Bukit Jambul serentak dengan Perjumpaan Pertama iCon KL & iCon Selangor semalam, 2 Ogos 2009.

Sebaik aku sampai ke R&R Ayer Keroh jam 8.45 malam semalam, Kasih call & maklumkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh mereka pada hari tersebut. InsyaAllah, berita akan dibawakan kepada korang sedikit masa lagi.

Aku & Nadi iCon juga sedang mencari masa yang sesuai untuk ke Penang bagi meraikan iConians Penang, so pastikan korang iCon kan kawan2 yang masih belum di iCon kan & iCon Yourself.

Gambar2 1st Gathering iCon KL + iCon Selangor

Bismillahhirrohmannirrohim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Tahniah kepada MT iCon KL yang berjaya menganjurkan perjumpaan pertama iCon KL & iCon Selangor semalam, 2 Ogos 2009 bertempat di hadapan Masjid KLCC. Aku bersama Nadi iCon dan iConians Johor sangat berpuas hati dengan kejayaan penganjuran tersebut. Banyak perancangan dapat dibuat untuk masa akan datang antaranya Road To Hollywood, Program Alam Sekitar dibawah iCon Nature, perbincangan menganjurkan beberapa acara besar iCon, cadangan membina blog atau web iCon Malaysia,penganjuran Konvoi Motosikal dibawah iCon Motorsports yang bakal ditubuhkan, iCon Gamerz, iCon Techno dan lain2 lagi.

Aku secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi hadir & menyertai iCon antaranya Iqwal & ibu bapanya, Kay dari Kay Community, Syafiq iCon Maskulin 2009 & RA Akademik Fantasia 6, Model Didi & Farhan dan beberapa orang lagi yang aku tak perasan. Sokongan ini amat diperlukan untuk meletakkan nama iCon ke tahap lebih tinggi lagi.

Buat masa ni, gambar2 perjumpaan tersebut boleh diratap di myspace Rein & Keyla. Thanks Rein. Thanks kepada semua yang hadir. Tahniah sekali lagi kepada MT iCon KL.