Bismillahhirrohmannirrohim..
24 Ogos 2009 aku dapat mesej dari Ila, salah sorang iConians yang sangat aktif. Dia bagitau dia sakit kaki & ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA). Aku sampaikan khabar tersebut kepada semua iConians yang termampu aku sms.
Tengahari tu aku, Afiq & Fairus menziarahi Ila dan kami dapati keadaannya sangat ceria, macam orang tak sakit..hahaha. Lebih setengah jam kami di situ, rasa macam tak nak balik bila tengok jururawat pelatih yang cun2 belaka.
25 Ogos 2009 dengan semangat berkobar2 untuk berjumpa jururawat pelatih semalam, sekali lagi aku & Afiq ajak Ali, Fila & Wafi melawat Ila. Niat nak tengak jururawat, hahaha.. Ila nampak agak pucat tapi masih lagi ceria cam semalam. Kabarnya Aeril datang juga semalam & masa kitorang nak balik tu, dapat kabar Daniel dlm perjalanan.
Sebenarnya aku bersyukur, sedikit sebanyak iCon Prihatin dah berjalan dalam diam, dalam keadaan kekangan kewangan, tapi Alhamdullillah mampu memberi sedikit sumbangan kepada iConians. Ini yang aku harapkan berterusan dalam iCon, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment