Thursday, August 13, 2009

Penjelasan

Bismillahhirrohmannirrohim..


Maaf, N3 ni terlalu KASAR untuk dimengertikan, jangan teruskan bacaan anda.

Perlu ke tak perlu? Kalau aku abaikan pun boleh tapi aku rasa biar la aku merendah diri. Pengumuman semalam, fotoshoot raya ditunda menimbulkan polemik. Aku jadi serabut, jadi marah yang amat sangat dan aku jadi pelik. Kenapa?

Biar la aku terus jelaskan kenapa projek tu ditunda.

1. Ali & Afiq tiba2 mendapat arahan untuk berkursus di Kuala Lumpur. Mungkin kita masih boleh teruskan fotoshoot tanpa kehadiran dua orang Nadi iCon ni dan mungkin tak memberi sebarang kesan pun. Mungkin yang kecil hati hanya mereka berdua. Tapi kecil hati mereka PASTI ditujukan kepada aku.

2. Belum mendapat kelulusan tempat daripada MBJB. Kita juga boleh teruskan sesi fotoshoot tapi jika dikejar & dihalau, yang dicari PASTI aku.Selain aku, siapa akan menjawab semua ni?

Mempertimbangkan dua keadaan ini aku memutuskan untuk menunda projek dengan mengambil kira fotoshoot raya akan dibuat bersekali dengan Majlis Berbuka Puasa iCon dan dibuat sekali dengan iCon Merdeka. Maknanya 3 projek dalam 1 masa dengan harapan kehadiran akan lebih ramai lagi dan penganjuran lebih proper.

Ingin juga aku tegaskan, apa yang menjadi kemarahan yang amat sangat aku rasa bila orang penting iCon sendiri menuduh aku mengikut kata "orang2 aku disebelah sini". Aku ingin menuntut penjelasan apa yang dimaksudkan dengan "orang2 aku disebelah sini" tu?

Persoalan pertama, adakah aku terlalu BANGSAT & BODOH untuk diperkudakan atau dicucuk hidung hingga tak boleh buat keputusan sendiri? Siapakah pulak orang yang hebat hingga boleh menjadikan aku bonekanya sampai aku buat keputusan ikut telunjuk dia?

Persoalan kedua,adakah iCon sudah mula berpuak2, ada orang engkau, ada orang aku? Orang Penang & orang KL pun aku tak pernah kata itu orang engkau ini orang aku.

Justeru itu, aku mula bimbang, adakah iCon sudah mula diresapi semangat KEPUAKAAN? Mintak dijauhkan. Aku harap, mereka yang membaca n3 ni, tolong la jelaskan kepada kawan2 benda yang betul. Jangan main ikut sedap hati, serang orang sebarangan. Aku bukan BANGSAT untuk membuat keputusan ikut telunjuk. Dan belum pernah aku buat keputusan sendiri melainkan selepas berbincang dengan Nadi atau Presiden.

Kalau ada yang terjejas dengan keputusan yang dibuat, aku merendah diri memohon maaf. Bagi mereka yang dah ambil cuti, kalau anda di Kota Tinggi, berkumpullah di Kota Tinggi kerana di sana ada iConians & di sana juga ada fotografer. Kalau anda di Kulai, berkumpullah di Kulai kerana di sana juga ada iConians & di sana juga ada fotografer. Tak perlu la tuduh macam2 sebab aku rasa iConians ada otak matang yang boleh berfikir.

Aku dah kata, JANGAN teruskan bacaan anda, sapa suruh teruskan gak, kan dah sakit hati..

p/s: Al-Fatihah untuk Ustaz Asri (Robbani) yang kembali ke Rahmatullah tadi.

7 comments:

Kirr_rule said...

speechless.....
to whom it may concern "sesungguhnyer kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan"

Djebat said...

kne marah kne maki tu blh thn lg la, kne tuduh ikut kata org tu yg panas sket tu. Pastu ada plak org engkau orang aku dlm icon, apa cerita? sejak bila ada puak dlm icon?

Kirr_rule said...

the 'THING' dat should not b happen. dah la dalam parti2 politik, kita org melayu sebangsa, seagama, berpuak saling menjatuhkan org len.dalam kelab2 mcm ni x sepatutnyer terjadi dan patut di hindarkn...maaf jika ad yang terasa..

ahmadfarhanuddin said...

kalau boleh jauhkan la berpuak-puak nie..ia hanya menjatuhkan maruah seseorang,hati orang kita x tahu abg jebat.aaN berharap abg jebat banyak bersama dan harap jep benda nie smua dugaan dari Allah S.W.T.aaN sentiasa di belakang abg Jebat.

Djebat said...

tengok masalah secara keseluruhan, tanya apa yg xtau, dptkn info yang tepat, buat keputusan dgn fikiran positif..

n3 ni dibuat bukan untuk menjaga hati sesiapa, hanya peringatan kepada kita semua. iCon belum kemana2, jadi buang unsur2 negatif dlm iCon, kita bina iCon yg positif.

Kasih Alyza said...

sabar k... ragam org ada macam2... tp rasanya kalo dh smp tahap cam nie, main tuduh u tanpa sbb i rasa x ptt pun...

setiap kejadian pasti ada alasan serta sebab musabab nya ... just ignore org2 yg cam tu dear... ;)

an said...

assabru minal iman.........