Minggu lepas dalam blog ni aku buat survey:
Perlukah iCon mempunyai sistem dimana ahli yang membawa masuk ahli mendapat duit seperti program affiliate?
Memandangkan ada yang add myspace aku dengan niat dan tujuan untuk mengajak aku join program affiliate, ajak orang join & dapat duit, maka aku buat survey, perlukah iCon ada sistem seperti itu. Keputusan yang diterima adalah seperti berikut:Voters: 61 orang
Perlu: 23 orang (37%)
Tak Perlu: 38 orang (62%)
Perlu: 23 orang (37%)
Tak Perlu: 38 orang (62%)
Analisis:
Kalau ikutkan kiraan, jumlah 2/3 perlu dicapai untuk membuat keputusan dimana 2/3 adalah sama dengan 66% undian sedangkan majoriti yang mengundi "tidak perlu" hanya 62% undian, kurang 4% undian lagi menjadikannya sohih. Kalau di Parlimen, memang keputusan tidak boleh dibuat sekali pun kekurangan 4% undi sahaja.
Tinjauan:
Ramai berpendapat, sekiranya iCon memperkenalkan sistem affiliate, tujuan orang menyertai iCon hanyalah semata2 untuk duit dan tidak lagi mendukung matlamat asal penubuhannya. ini akan menjadikan iCon mempunyai bilangan ahli yang ramai dan duit yang banyak TETAPI kosong rohnya.
Kesimpulan:
Mengambil kira keputusan majoriti yang dizahirkan dalam undian, aku fikir iCon tak perlu mencari ahli dengan cara tersebut. Ada benarnya, iConians akan hilang jati diri & buta matlamat kerana semata2 mengejar duit yang ditawarkan. Tapi sama2lah kita berdoa agar iCon satu hari nanti dapat menghargai warganya dengan satu penganugerahan berprestij. Terima kasih yang terlibat mengundi. Salam..
No comments:
Post a Comment