Monday, June 28, 2010

Tawaran Untuk iConians

Bismillahhirrohmannirrohim

Siapa nak beli CSL model G5 warna hijau,harga kedai RM588, untuk iConians aku jual RM500 je. Untuk non-iCon RM538. Stock ready by tomorrow..Warna oren pun ada tapi aku tak dapat. Maybe next time kot.

General
Network: GSM Dualband
Announced: January 2010
Status: Available
Size
Dimension: 110 x 54 x 14 mm
Weight: 88g
Display
Type: Full Touch Bar Type
Size: 3.0 inch WQVGA
Memory
Phone Book: Yes
Call records: Yes
Card slot: Yes
Data
OS: MTK
GPRS: Yes
HSCSD: No
EDGE: No
3G: No
WLAN: No
Bluetooth: Yes
Infrared Port: No
USB: Yes
Features
Messaging: SMS, MMS
Browser: WAP 2.0/xHTML, HTML
Games: Yes
Color: Green

Camera: Yes
Others:
VGame
Dual SIM Dual Standby
FM Radio
Analog TV
MP3 / MP4 Player
Email
Java support
MSN
CSL Fun Club
T-Flash/microSD Card Expansion
Multi Languages (English, Chinese, Malay)
Islamic Features (Azan, Kiblat, *Al-Quran) *optional
Battery
Battery: 950 mAh
Stand-by: Up to 180 hr (Based on Network)
Talk time: Up to 3 hr (Based on Network)

Sapa nak kena cepat sebab aku ada 5 bijik je. call aku 0127597151.

Friday, June 18, 2010

Pengantin

BismillahhirrohmannirrohimPuas aku intai & kemudian aku fikir, macam siapa ek isteri sepupu aku ni? Macam pelakon sikit2 tapi siapa ek..? Emm..

Tafsirkan Sendiri

BismillahhirrohmannirrohimTajuk asal: Kasih abang

Mereka tak pernah endahkan & kisahkan kasih abang. Abang yang selalu dimarah bila adiknya jatuh dan terluka, selalu dirotan bila adiknya buat salah. Abang selalu mengalah. Abang jadi rujukan & tempat adik mengadu tapi apa balasan untuk abang?

Bila adik nak berlindung, abang jadi mangsanya. Bila adik dewasa, abang ditinggalkan. Bila marah, abang jadi sasaran. Bila adik ada awek, abang dilupakan. Cakap & nasihat abg dah takde nilaian. Kalau dulu abang no 1, sekarang abang yang ke seribu.

Thursday, June 17, 2010

Hidup Luar Biasa

Bismillahhirrohmannirrohim

Di mana2 pun sejarah telah membuktikan. Hanya sesuatu yang luar biasa dan mereka yang luar biasa sahaja akan diingati dan mencipta sejarah. Yang luar biasa juga diminati, menjadi tumpuan dan menarik perhatian.

Selalu aku ingatkan pada semua iConians. Korang nak jadi model? Orang lain pun jadi model jugak, tapi apa yang buat korang berbeza? Korang nak jadi fotografer? Orang lain pun jadi fotografer jugak, tapi apa yang buat korang berbeza? Orang jual baju RM30 sehelai, kita takut nak jual RM1000 sehelai. Orang akan cari jika baju tu luar biasa. Berbeza ini selalunya luar biasa.

Kalau korang mengimpikan iCon yang biasa2 je, sama macam persatuan lain yang ada kat muka bumi ni, aku mengimpikan iCon yang berbeza dan luar biasa. iCon yang akan orang nampak menonjol dikalangan persatuan yang ada. Yang sentiasa orang kejar dan ingati.

Sebab tu aku nak galakkan sangat, bermula dari NADI yang berdenyut, hingga urat darah yang mengalir, iCon ini luar biasa. Kalau belum luar biasa takpe, tapi kita belajar menjadi luar biasa. Orang kata kita cakap je lebih, takpe sebab itu kata2 orang biasa. Orang luar biasa tak kata camtu.

Jadi korang yang nak jadi luar biasa, nak belajar jadi luar biasa, jom join Seminar Hidup Luar Biasa seperti maklumat berikut:

Seminar Hidup Luar Biasa - Dr Azizan
11 Julai 2010 (Ahad)
9pg-12tgh
Kompleks Mawar (sebaris dgn Thistle Hotel)
Tiket RM45 (kalau ramai just RM30/seorang

Aku dah sedia, korang nak tunggu bila? Aku nak kita sama2 jadikan iCon luar biasa.

Wednesday, June 16, 2010

Bengang Dengan Myspace

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku bengang betol la dengan myspace aku. Kenapa ek susah sangat sekarang ni nak bukak. Aku nak approve orang pun susah, nk baca komen lagi la tak dapat langsung. Dah berbulan2. Adakah ini takdir untuk aku bertukar ke facebook?

So korang, aku mintak maaf. Aku takkan bukak lagi la myspace aku lepas ni. Kawan2 yang masih nak berhubung dengan aku sila add fb=Djebat iCon atau email jebat76@gmail.com & add sekali fb=iCon Community k.

Tuesday, June 15, 2010

Asia Dance Festival

Bismillahhirrohmannirrohim

Kepada pencinta2 tarian samada modern atau tradisional, sila ambil perhatian.

Asia Dance Festival
Challenge of The Year 2010
19-20 Jun 2010
10 pagi - 9 malam
JOTIC (sebelah Dewan Jubli Intan)
Tiket: RM10

Kalau korang nak dapatkan tiket, boleh roger aku. Maaf aku tak amek tempahan. Tiket akan dijual sebaik sahaja dibayar. Peserta peringkat Asia ni memang hebat2. Jadi iConians aku galakkan turun beramai2 & tengok la apa peluang yang kita boleh dapat dari festival ni.

Dapatkan tiket segera sebab jumlah terhad. iConians diutamakan.

Peluang

Bismillahhirrohmannirrahim

Mesej dari Farhan, aku harap korang yang berkesempatan sila la join demi iCon..hehee

30 MOBILEFRENS FEMALE MODELS NEEDED FOR KL TOWER MUSIC FESTIVAL EVENT ON 7TH & 8TH AUGUST(AT LEAST 170CM)!!KINDLY SENT FARHAN UR PROFILE TO are_un@yahoo.com ASAP!

Mana tau ada rezki korang nanti kn..

Fotoshoot: Apiz

BismillahhirrohmannirrohimDatang dari KL semata2 nak buat fotoshoot, Hafiz memang komited join aktiviti iCon sejak tahun lepas lagi. Kalau ada perjumpaan iCon KL, Hafiz pasti akan ada. Jadi sebagai tanda penghargaan, fotoshoot untuk dia aku buat serentak dengan fotoshoot Haiqal.
Dalam masa tak sampai 24jam kenal dengan iCon JB, Hafiz dah macam sebahagian dari kitorang. Yang penting, atas permintaan ramai, Hafiz sambung lagi stay kat JB & lepas ni insyaAllah makin rajin la budak ni turun JB.Selain tu, aku amat berharap Hafiz boleh usahakan untuk menggerakkan iCon KL sebab dah lama sangat iCon KL sejuk. Sampai masanya kot untuk hidupkan semula semangat iCon KL tu.

Monday, June 14, 2010

1 Rejab 1431

Bismillahhirrohmannirrohim

Salam 1 Rejab, bulan Allah, bulan yang penuh dengan keberkatan. Masuknya 1 Rejab bermakna 2 bulan lagi kita akan mula berpuasa dengan kedatangan Ramadhan. Jom la kita sama2 buat persiapan.

Selamat Menyambut Bulan Rejab

Wednesday, June 9, 2010

Fotoshoot Terbaru: Haiqal

BismillahhirohmannirrohimPeh, orang kata bagai melepas gian. Lama gila aku tak buat fotoshoot, tiba2 Haiqal ajak aku buat fotoshoot untuk dia kat Nusajaya. Peh, memang la aku akan terus setuju memandangkan aku pun dah gatal tangan. Hahaha..
Kalau dah memang nasib baik, fotoshoot hari tu dapat capai matlamat. Walau pun dah beberapa kali fotoshoot dengan Haiqal, fotoshoot kat Nusajaya tu baru la dapat strengh Haiqal. Cuba la korang perhatikan gambar2 dia kali ni.
Berbeza kan dengan yang lepas2? Kali ni muka Haiqal nampak lebih matured & berkarektor. InsyaAllah iCon akan cuba bagi ruang kepada mereka yang berminat.
Untuk makluman korang, iCon sedang mengusahakan untuk membuat satu profile senarai model2 iCon. Kalau korang berminat, sila hubungi aku 0127597151 sebelum 15 Jun ni. Profile ni nanti akan dihantar ke syarikat2 korporat, syarikat2 iklan, majalah2 dan sebagainya untuk memasarkan bakat yang korang ada.
Hanya mereka yang bagi kerjasama sahaja yang akan ada dalam profile tu nanti dan segala job yang datang akan diberi keutamaan kepada mereka yang terdapat dalam profile iCon Model.

Tuesday, June 8, 2010

Yuran

Bismillahhirrohmannirrohim

Setelah ditangguhkan sekian lama, aku rasa sampailah masanya untuk iCon mengutip yuran penyertaan bagi memastikan iCon bergerak lebih lancar. Memandangkan iCon telah ada barisan NADI yang baru dan segala usaha telah dan sedang dibuat bagi memastikan iCon mencapai matlamatnya, yuran penyertaan ini dianggap perlu.

Adalah wajar setelah bergerak lebih setahun setengah secara percuma, iConians semua menghargai kewujudan iCon dengan mengenakan yuran yang telah dipersetujui oleh mesyuarat. Aku yakin, iConians pun dah nampak dan mampu menilai pencapaian demi pencapaian iCon selama ni.

Cuba bandingkan kos membuat profile, RM150=10 naskah profile berbanding dengan harga diluar, RM450=1 naskah. Yuran menjadi model iCon masih lagi RM0 dan korang boleh dapat apa2 juga job berbanding diluar, lebih kurang RM800 sebelum mendapat apa2 job pun..

Jadi, aku harap, yuran yang diputuskan oleh mesyuarat NADI ni tidak membebankan iConians. Kalau dulu aku bayangkan yuran keahlian RM100 seumur hidup & RM50 setahun, namun apa yang diputuskan dalam mesyuarat NADI adalah lebih rendah dari itu.

Sehubungan dengan itu, iConians yang ingin terus komited dengan iCon diminta membuat pembayaran seperti berikut:

Yuran Keahlian: RM10 sekali seumur hidup
Yuran Tahunan: RM30 setahun sekali

Dengan pengumuman ini, aku harap akan mendapat kerjasama iConians semua. Kaedah pembayaran akan diputuskan kemudian & aku akan maklumkan pada korang ek. Jangan lupa add fb=icon community & jumpa di sana. Salam..

Monday, June 7, 2010

Cuti Panjang

Bismillahhirrohmannirrohim

Sesekali aku bercuti panjang, dari 26-30 Mei & dari 2-6 Jun. Cuti? Orang lain bercuti dengan merehatkan diri dari segala kekusutan & beban kerja. Aku? Aku bercuti dengan mengumpul tenaga & semangat baru, bersama2 dengan iConians yang setia, merencana strategi supaya iCon pergi lebih jauh lagi.

Antara perkara yang berlaku sepanjang cuti panjang aku adalah iCon Futsal Challenge. Aku nak amek kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada pasukan yang terlibat dengan iFC ni. Sekurang2nya pengalaman pertama ni boleh kitorang jadikan pengalaman untuk meneruskan iFC untuk siri2 seterusnya pada masa akan datang.

iFC sekalipun merekodkan kerugian tetapi pada aku ada keuntungan yang tak dapat dilihat oleh mata. Pengalaman. InsyaAllah, dengan pengalaman yang ada, selepas ni korang tunggu la iFC ke2 di Sport Prima Kulai k.

Antara berita gembira yang patut kita kongsi bersama adalah kejayaan D'Rough Mixture melangkah ke Semi Final Rentak Juara RTM. Bukan sekadar pujian kosong, komen Roslan Aziz memang membakar semangat & aku harap, iConians semua bukak mata & carilah peluang untuk menyaksikan D'Rough Mixture beraksi dalam peringkat semi Final nanti bersama2 pasukan terhebat.

Aku harap, korang tak marah aku tak update blog ni lama2 sebab aku dah bagitau, aku takde kemudahan internet & aku tak sempat nak ke cc. Jadi aku mintak maaf la ek. Lepas2 ni InsyaAllah aku akan update kat korang perkembangan iCon. Apa2 pun, jangan lupa add fb=icon community k.

Satu lagi, masih diperingkat cadangan, iCon akan didaftarkan dengan nama Persatuan Interaktif, Cemerlang & Optimis Nasional bagi membolehkan nama iCon diguna pakai. So aku harap korang doa2 la supaya usaha mendaftarkan iCon sebagai persatuan dipermudahkan.