Tuesday, June 8, 2010

Yuran

Bismillahhirrohmannirrohim

Setelah ditangguhkan sekian lama, aku rasa sampailah masanya untuk iCon mengutip yuran penyertaan bagi memastikan iCon bergerak lebih lancar. Memandangkan iCon telah ada barisan NADI yang baru dan segala usaha telah dan sedang dibuat bagi memastikan iCon mencapai matlamatnya, yuran penyertaan ini dianggap perlu.

Adalah wajar setelah bergerak lebih setahun setengah secara percuma, iConians semua menghargai kewujudan iCon dengan mengenakan yuran yang telah dipersetujui oleh mesyuarat. Aku yakin, iConians pun dah nampak dan mampu menilai pencapaian demi pencapaian iCon selama ni.

Cuba bandingkan kos membuat profile, RM150=10 naskah profile berbanding dengan harga diluar, RM450=1 naskah. Yuran menjadi model iCon masih lagi RM0 dan korang boleh dapat apa2 juga job berbanding diluar, lebih kurang RM800 sebelum mendapat apa2 job pun..

Jadi, aku harap, yuran yang diputuskan oleh mesyuarat NADI ni tidak membebankan iConians. Kalau dulu aku bayangkan yuran keahlian RM100 seumur hidup & RM50 setahun, namun apa yang diputuskan dalam mesyuarat NADI adalah lebih rendah dari itu.

Sehubungan dengan itu, iConians yang ingin terus komited dengan iCon diminta membuat pembayaran seperti berikut:

Yuran Keahlian: RM10 sekali seumur hidup
Yuran Tahunan: RM30 setahun sekali

Dengan pengumuman ini, aku harap akan mendapat kerjasama iConians semua. Kaedah pembayaran akan diputuskan kemudian & aku akan maklumkan pada korang ek. Jangan lupa add fb=icon community & jumpa di sana. Salam..

No comments: