Thursday, June 17, 2010

Hidup Luar Biasa

Bismillahhirrohmannirrohim

Di mana2 pun sejarah telah membuktikan. Hanya sesuatu yang luar biasa dan mereka yang luar biasa sahaja akan diingati dan mencipta sejarah. Yang luar biasa juga diminati, menjadi tumpuan dan menarik perhatian.

Selalu aku ingatkan pada semua iConians. Korang nak jadi model? Orang lain pun jadi model jugak, tapi apa yang buat korang berbeza? Korang nak jadi fotografer? Orang lain pun jadi fotografer jugak, tapi apa yang buat korang berbeza? Orang jual baju RM30 sehelai, kita takut nak jual RM1000 sehelai. Orang akan cari jika baju tu luar biasa. Berbeza ini selalunya luar biasa.

Kalau korang mengimpikan iCon yang biasa2 je, sama macam persatuan lain yang ada kat muka bumi ni, aku mengimpikan iCon yang berbeza dan luar biasa. iCon yang akan orang nampak menonjol dikalangan persatuan yang ada. Yang sentiasa orang kejar dan ingati.

Sebab tu aku nak galakkan sangat, bermula dari NADI yang berdenyut, hingga urat darah yang mengalir, iCon ini luar biasa. Kalau belum luar biasa takpe, tapi kita belajar menjadi luar biasa. Orang kata kita cakap je lebih, takpe sebab itu kata2 orang biasa. Orang luar biasa tak kata camtu.

Jadi korang yang nak jadi luar biasa, nak belajar jadi luar biasa, jom join Seminar Hidup Luar Biasa seperti maklumat berikut:

Seminar Hidup Luar Biasa - Dr Azizan
11 Julai 2010 (Ahad)
9pg-12tgh
Kompleks Mawar (sebaris dgn Thistle Hotel)
Tiket RM45 (kalau ramai just RM30/seorang

Aku dah sedia, korang nak tunggu bila? Aku nak kita sama2 jadikan iCon luar biasa.

No comments: