Monday, June 7, 2010

Cuti Panjang

Bismillahhirrohmannirrohim

Sesekali aku bercuti panjang, dari 26-30 Mei & dari 2-6 Jun. Cuti? Orang lain bercuti dengan merehatkan diri dari segala kekusutan & beban kerja. Aku? Aku bercuti dengan mengumpul tenaga & semangat baru, bersama2 dengan iConians yang setia, merencana strategi supaya iCon pergi lebih jauh lagi.

Antara perkara yang berlaku sepanjang cuti panjang aku adalah iCon Futsal Challenge. Aku nak amek kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih kepada pasukan yang terlibat dengan iFC ni. Sekurang2nya pengalaman pertama ni boleh kitorang jadikan pengalaman untuk meneruskan iFC untuk siri2 seterusnya pada masa akan datang.

iFC sekalipun merekodkan kerugian tetapi pada aku ada keuntungan yang tak dapat dilihat oleh mata. Pengalaman. InsyaAllah, dengan pengalaman yang ada, selepas ni korang tunggu la iFC ke2 di Sport Prima Kulai k.

Antara berita gembira yang patut kita kongsi bersama adalah kejayaan D'Rough Mixture melangkah ke Semi Final Rentak Juara RTM. Bukan sekadar pujian kosong, komen Roslan Aziz memang membakar semangat & aku harap, iConians semua bukak mata & carilah peluang untuk menyaksikan D'Rough Mixture beraksi dalam peringkat semi Final nanti bersama2 pasukan terhebat.

Aku harap, korang tak marah aku tak update blog ni lama2 sebab aku dah bagitau, aku takde kemudahan internet & aku tak sempat nak ke cc. Jadi aku mintak maaf la ek. Lepas2 ni InsyaAllah aku akan update kat korang perkembangan iCon. Apa2 pun, jangan lupa add fb=icon community k.

Satu lagi, masih diperingkat cadangan, iCon akan didaftarkan dengan nama Persatuan Interaktif, Cemerlang & Optimis Nasional bagi membolehkan nama iCon diguna pakai. So aku harap korang doa2 la supaya usaha mendaftarkan iCon sebagai persatuan dipermudahkan.

No comments: