Tuesday, June 23, 2009

Bangsatnya Biro Angkasa

Bismillahhirrohmannirrohim..

Maaf la, agak kasar sikit bunyinya tapi yang pasti inilah masalah yang buat aku serabut kebelakangan ni. Adoyai..Aku tulis ni atas apa yang aku faham tau. Kalau aku salah faham, harap2 orang Biro Angkasa boleh betulkan. Cuba korang perhatikan keadaan-keadaan berikut:

1. Kazen aku menerima surat dari bank setiap bulan mengatakan dia tidak membayar pinjaman bulanannya. Mengejutkan kerana penyata gajinya menunjukkan pembayaran telah dibuat. Ini membawa maksud Biro Angkasa dah potong duit dia tapi tak bayar atau lambat bayar pada bank.

2. Kawan aku nak buat overlap loan Bank A dengan meminjam dari Bank B. Mengejutkan kerana dia dimaklumkan ada masalah pembayaran selama 6 bulan sedangkan tiada tunggakan potongan dalam penyata gaji beliau.

3. Aku dimaklumkan pinjaman aku ditolak kerana ada masalah CCRIS sedangkan dalam penyata gaji aku juga tiada tunggakan bayaran. Setiap bulan cantik je gaji aku dipotong, rupa2nya duit tak sampai pada pihak bank.

4. Cubaan untuk membuat panggilan ke Biro Angkasa memakan masa berjam2 dan terpaksa menekan no telefon lebih 40 kali barulah ada jawapan dari pihak Biro. Itu pun kita ditendang macam bola. Aku rasa korang pun pernah merasa situasi ini.

Pihak Biro Angkasa sila jelaskan. Harap mereka lebih cekap bertindak kerana sebahagian besar kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman dipaksa memotong gaji melalui Biro Angkasa. Dah dapat untung takkan la buat kerja sambil lewa.

50 comments:

Anonymous said...

salam bro dah setel masalah nie...

http://www.angkasa.coop/emel.htm

Anonymous said...

Kalau dah settle..janganlah kau bangsatkan lagi tempat aku cari makan..takut jadi terbalik..berkat doa org BPA..

Anonymous said...

mmg betul pun...aku pun kena

Anonymous said...

Biroangkasa Asyik Menyalahkan Pihak Bank dalam urusan penghentian potongan gaji

Hubungi biroangkasa dah berkali-kali.

Surat makluman pun dah dihantar

Jangan buat tak tahu.

Presiden Biroangkasa Sila buat pengauditan perkhidmatan kakitanggan tuan!

Jangan pegang jawatan tapi tak kisah apa berlaku kat bawah.

kenapa gaji saya masih dipotong berlarutan melebihi tempoh dalam borang potongan gaji biroangkasa?

surat dari bank rakyat telah di keluarkan pada bulan september 2011 berkaitan pinjaman bank telah diselesaikan.

Organisasi tuan adalah organisasi yang LEMBAB, TIDAK MESRA pelanggan dan banyak MENYUSAHKAN pelanggan terutama bila melibatkan proses hendak menghentikan potongan gaji pelanggan meskipun PEMBERITAHUAN SELESAI PINJAMAN telah dikeluarkan oleh terlibat.

Pada pandangan saya, jika perkhidmatan ini diselenggara oleh pihak lain atau dibuat secara terbuka, biroangkasa boleh gulung tikar.

Pihak Biroangkasa perlu mengubah cara pengendalian urusan potongan gaji terutama pemberhentian potongan sebabnya ianya jelas dalam borang potongan.

Biroangkasa perlu ingat, tanpa pelanggan biroangkasa tak akan survive

Apakah pihak biroangkasa tiada Standard Kualiti dalam pengendalian urusan?

Saya sarankan pihak kerajaan kena tengok balik agar urusan ini boleh diberi peluang kepada pihak lain untuk mengendalikannya.

Anonymous said...

haduhh.. ni yang risau ni.. baru terfikir nak apply loan riba rendah (3.25%) utk cover loan sedia ada yang riba dia tinggi (7.44%). Loan yg sedia ada ni mmg dipotong melalui biro angkasa. Biasa brapa lama biro angkasa akan stop potong pay slip selepas full settlement hutang dibuat?

Anonymous said...

biro nie mmg slow laa... kata dah online aku tanya pihak bank diorang dah submit pemotongan kat biro melalui online...tetapi masih potong juga.... jgn sampai kakitangan kerajaan bawa isu biro ke mesyuarat.. gulung tikar nanti... suara rakyat didahulukan dekat2 nak PRU nie jadi sila ambil tindakan!!!

Basir said...

Pinjaman dah habis angkasa bangsat masih potong rm6 tiap bulan. Ada yang tahu nak complain kat mana or tindakan apa nak di buat?? Terima kasih jika ada yang beri masukan.

Anonymous said...

en basir..saya rasa RM6 awak tu koperasi yg potong utuk yuran..

Basir said...

Dah settle lepas call Angkasa. RM6 tu memang untuk yuran.

Terima kasih sdr anonymous.

Anonymous said...

teruk btol..dengan aku2 skali kena tempiasnye..aku marketng officer dr koperasi.sape2 gomen staff nk wat loan,kol je aku k..019 9881375(mimi)

Anonymous said...

pasal biro angkasa n bank..hmmm..saya baru settle pinjaman utk 2 bank pada bulan yg sama..terlebih potong gaji hanya 1 bulan saje...dan gaji saya dah dihentikan potongan untuk 2 bank tu..bank A dah pulangkan masuk ke akaun saya..tp peliknye bank B(Dijamin oleh Kerajaan)x pulangkan lagi..hmm sapa yg lembab...sape boleh jawab..bila saya call bank B tu..huh..pandai mengelentong..agaknye diorg dpat latihan kan pusat latihan bank tu kut...

anis said...

bila angkasa dah hentikan potongan gaji..tp bank x pulangkan lagi baki lebih byr tu..macamane yek...sila jwb org bank...patut pn klo bank ni kene rompak...

Anonymous said...

saya pun ada masalah jgk dgn angkasa nie..saya dah buat full settelement utk kete. tapi bln nie angkasa masih tolak lagi..klu kes mcm nie, kita nak refund kat sape ye?

MOHD ASRUL ZAIMI said...

aku pun kena...masalah yg sma..dah potong gaji dekat setahun,tp bank masih x terima apa2 bayaran...dalam slip ada potongan..surat mahkamah smpi kat aku..bank charge aku x bayar..aku tau bank cuma nk duit dia jer...tp biro angkasa kena la alert benda2 cmni..dah la biro angkasa untung free je tiap2 bulan..mkn atas angin jer..

Riduwan Zakaria said...

aku pun sama da... settle personel loan dgn agro bank awal bln 1... sampai hujung bulan 5 pun x henti potong lagi... nak buat mcm mana x tau.. please help me!!!! tension btul...

Riduwan Zakaria said...

aku pun kena... sampai sekarang dok kena potong gaji lg... mcm mana nak buat ha... please help me...

Anonymous said...

nak komen ckit... cam kes aku dah tau bln lps pinjaman dgn bank rakyat dah abis... so expect bln ni clearlah potongan kat angkasa... cek2 slip gaji rupanya masih ada potongan... tindakan aku... call angkasa, unit kutipan dan bayaran 78007845.. ikut rekod potongan dlm sistem sampai bulan 10.. sedangkan bulan 6 patutnya semua dah settle... kakak yg jawap tu minta tinggalkan no dan akan call balik (utk membolehkannya confirm dgn pihak b.rakyat). Alhamdulillah dah selesai.. dia akan update system... bayaran yg terlebih tu.... bank akan kredit blk dlm ac... menurutnya kes ini terjadi bila pihak bank tidak maklumkan dgn segera pada angkasa.. harap2 gaji bln berikutnya takkan ada masalah yg sama... jadi sape2 yg dah nak abis potongan tu.. rajin2lah call angkasa.. cek rekod masing2... sekian...

Nor Zana said...

kes ak plak dh delay 2thun. bt full settlement bln 10 2011. smpai skang msh ade pototngan gaji. bile tnye pihak bank dieorg ckap fund pda biro angkasa. ble angkasa pgg wet tu pihak bank xterimalah settlemant ak. mmg bangsat sume ni. nyusahkan org.. spae2 blh tlg ak..

Anonymous said...

Yes..Saya pn kena.Majikan dah bayar ke Angkasa. Dah potong gaji. n payroll majikan siap tunjuk ag slip dh transfer melalui electronic transfer ke Angkasa yang hanya memakan masa kurang 5 minit. Ni dah tgah bulan belum dapat2 ag ke. Pandai je tuduh company saya belum bayar. Padahal staff dia lembab. Bila kita call staff yg lain blh plak ckp pegawai tersebut belum masuk keje ag. Masuk keje sesuka hati je ke. Kalo call pegawai lelaki mesti susah sgt nk angkat ni mesti lepak pantry isap rokok minum kopi.menyusahkan orang betul

Unknown said...

Salam... masalah sy pula saya tiada isi pun sebarang borang supaya pihak BiroAngkasa potong gji tuk pinjaman yg saya buat dgn pihak bank.. dan potongan bayaran kepada pihak bank d buat secara auto debit. Namun tiap2 bulan sejak bulan 2 sehingga sekarang piham biro angkasa still buat potongan.. mohon penjelasan..

Anonymous said...

salam.saya nk check akaun yg potong mlalui angkasa sb ada akaun yg saya x pasti potongan apa..siapa tahu saya bole hubungi angkasa mcm mn atau dgn siapa saya bole brurusan.

THOMAS BALAN said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku pulak kena dgn angksa ni..tak buat loan xpasai kena potong.. Bila tnya bila nak refund..xpasti..kalau singgit xpe la.. Ni beribu..dah la urgent nak pakai bulan ni.. Camna

Anonymous said...

Terima kasih atas statement berkenaan CCRIS..
kerana nama saya juga telah tersenarai sebagai CCRIS kerana Biro Angkasa tak bayar bank yg saya buat pinjaman, sedangkan duit gaji dipotong secara terus tanpa fail..

kalau sesiapa boleh bantu..minta guidance kat mana nak contact..

Terima kasih..
rohana

Norleeza Ahmad Nordin said...

Saya pn terkena jgk...kete da wt full settlement tp angkasa still potong...da kol...org yg jwb tu mntk emelkn no fon no account & slip gaji bukti pemotongan tp smpai skrg msh blm dpt byrn yg terlebih tu...so dlm kes ni nk mntk dr sape @ tggu je

mangsa kowaja said...

biro angkasa ni seolah tiada kuasa dan mengharapkan confirmation dari koperasi. saya da buat full settlement dgn koperasi dgn menunjukkan bukti cek bayaran mengikut penyata penyelesaian yang koperasi keluarkan. cek tu telah dicop terima oleh koperasi. koperasi sengaja melengahkan utk stop potongan gaji, sedangkan ia boleh dilakukan secara online saja kepada biro angkasa. sayangnya biro angkasa tak boleh buat apa-apa selagi koperasi tak update dalam sistem walau saya da tunjuk bukti bayaran. kenapalah biro angkasa tak boleh nak buat tindakan, macam tu koperasi boleh sesuka hati melewatkan pemberhentian potongan gaji kita. semua orang jgn biarkan jadi mangsa, bertindaklah, cari saluran utk kemukakan aduan. sy ada jumpa blog ni cuba baca http://aboutkoperasi.blogspot.my/2015_04_01_archive.html

Anonymous said...

Kenapalah bila dihubungi berejam menuggu..
Patutnya potongan bulanan saya tamat pada Mac 2015 tahun ini... bulan Sept 2015 masih dipotong..

Tolonglah BIRO ANGKASA , janganlah menganiaya orang!!!!

Anonymous said...

Biro Angkasa ni menyusahkan..dan pelik..
Dulu masa belum bt pinjaman potong rm6..tak pe la..tu utk yuran orang kata..
Tapi bila buat pinjaman da start potong dalam slip dalam rm20 lebih ja..
Pastu pandai naik2 amount potongan..last bayar bulan julai dalam rm 41.92 je..
Dan yang peliknya, tiba2 start bulan august dia potong sampai 146.92..
Apa kejadahnya dia potong sampai naik seratus tu??
Padahal dalam slip cuma potong dua benda yg sama ja dan dalam amaun yg sama..
Anyone boleh explain cara pengiraan pemotongan tak?

Anonymous said...

Aku ni tiap2 bulan potong rm68 dlm slip gaji...dulu thun 2000 potongan rm60 je....
Tshun 2015mmasih potong...aku lupa fh untuk apa dipotong...Tskaful ke apa...masih x berenti lg ni..
15 thn...byr spa nenek dh lupa...
Vm no ni? Tolong lah mcm nomnk selesai...
60 x 12 =720
720 × 15=10 800 tu...

Anonymous said...

sya gov servan dan sya terima surat dri pudential bsn mengatakan sya ada tungakan 3 bulan bayaran insuran bernilai 500 lebih sedangkan sya buat potongan gaji dgn angkasa.bila cek slip gaji... potongan masih dibuat tanpa gagal. jadi kemana hilangnya duit sya yg sepatutnya dibayar kpd syarikat insuran tu? bila call angkasa dilempar kesana kemari.... call bahagian tu.. call bahagian ni. skrg kena call unit potongan gaji pulak. dah berpuluh kali xberangkat. nk cuba esok pula.kita amanahkan kpd angkasa utk buat bayaran scara automatik. tpi siapa sangka duit tak dibayar rupanya walopun dipenyata gaji menunjukkan duit sudah ditolak.xsenang duduk selagi xdengar penjelasan angkasa hal ni.bayangkan klo jadi apa2 kpd kesihatan sya dlm tempoh duit xdibayar angkasa tu.kemana lesapnya duit sya.

Anonymous said...

takaful saya dah diberhentikan kerana diorg kata tak bayar....check slip gaji, mmg majikan potong dan hantar ke biro tiap bulan tanpa misssssssss...sekarang duit tu di mana @ ke mana....jangan ke paris @ new york sudah lah....hehe (kes yapeim tu lah, bukannya kauorng tak tau)dan saya dah tak ada perlindungan takaful...????
biro oh biro...

Anonymous said...

Haha badi tu mat badi tu haha

farina said...

Assalamualaikum...seeloknya pergi ke pusat aduan tribunal pengguna. Landasan yang betul untuk buat tuntutan sekiranya hak kita sebagai pengguna disalah guna atau teraniaya. Saya baru cek dgn ANGKASA..perincian potongan..antara potongan yg misteri ialah potongan dr KOPERASI KOBARU. Saya cek dgn SKM rupanya mereka telah dibekukan sejak 2010. Potongan masih dibuat dr akaun gaji saya oleh ANGKASA. Pelik betul...syarikat dah gulung tikar tapi ANGKASA masih juga potong sampai srkarang. Persoalannya kemanakah wang tersebut pergi...

Laura Jacobs said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

rashid buang omar said...
This comment has been removed by the author.
Rozaidi Ahmad Omar said...

Salam,

Nama saya Rozaidi. Saya baru buat potongan gaji melalui Biro Angkasa untuk bayar pinjaman Bank Rakyat. Sudah masuk lima bulan di mana setiap bulan Bank Rakyat akan telefon saya bertanyakan bayaran ansuran tu.

Contoh:
Pembayaran untuk bulan Mac 2017.
Potongan gaji dah dibuat pada 27/3/2017.
Bank in date : 10/4/2017
E-mail date: 12/4/2017
Sehingga hari ini 26/4/2017 Biro angkasa tak masuk duit lagi ke Bank Rakyat.

Apa cerita ni? Bila telefon 03-78061977, tak pernah ada orang jawab. Hampir setiap jam dari pagi sampai 5 petang, saya telefon nak tanya...sia-sia saja

Tidur tak buat kerja Biro Angkasa ke sampai boleh jadi macam ni? Memang gile macam ni...


Izatul Nisya Abdul Rahman said...

Scarynya pengalaman kt sini... esok nk call biro angkasa lh, nk tanya status potongan loan sy.. dh settle bln 4/2017 hri tu. Mcm baru kn, tp nk alert dorg lh pasal loan dh settle tu..

Anonymous said...

Ada masalah x.. biro angkasa masih buat pemotongan untuk loan yg telah selesai tu ke?

Anonymous said...

Sama la bro kwn tiap bulan bank rakyat telefon cakap lewat byar keta sebulan...tp dlm slip gji on time je potong..bila tgk dlam penyata bulanan loan keta baru thu kadang dh masuk blan lain baru biro bayar kt bank....naik benamh dh telinga tiap bulan kne call kt bank

Anonymous said...

Angkasa boleh pulak ingkar arahan akauntan negara dan ugut untuk membuat tunjuk perasaan bangang dengan membuka sekatan 60% semula..... byk soalan dlm kepala hotak aku tentang angkasa ni... alasan yg angkasa bg mungkin penjawat awam akan terlibat dgn ah long utk buat pinjaman... ramai pjawat awam akan muflis lps ni and so on so on... sbb tu org tua2 ckp.. kalau da bangang jgn jd ketua... jd pengikut sudah!! Masa kerajaan buat peraturan 60% je dari gaji boleh dipotong utk pinjaman... maksudnya 60% la angkasa.... ni ada pulak koperasi yg kononnya ada "org dlm" di dalam angkasa boleh lebihkan potongan.... (smpai negatif pun boleh) tak ke bangang angkasa?? Pastu bila akauntan x bagi potong lebih.. angkasa pulak panas bontot... apsal?? Duit yg dikenali sbg "org dalam" td tak boleh masuk poket ke angkasa?? Come on la angkasa.. jd matang... org yg potongan lebih 60% da tentu ada mslh kewangan... income kurang sbb tu pinjam ahlong.. dan anggota ni ramai yg dah blacklist... bukan angkasa tak tahu.. tp bb nk jaga beberapa kepentingan tpaksa jgk menipu..

# potongan gaji sy belum smpai 60%... sy menulis sbb sy confuse... kuasa angkasa lebih besar dari akauntan ke?? Dan perlu ke SPRM ke angkasa utk memperbetulkan keadaan??

Unknown said...

isteri aku menerima surat dari bank mengatakan dia tidak membayar pinjaman bulanannya. Mengejutkan kerana penyata gajinya menunjukkan pembayaran telah dibuat. Ini membawa maksud Biro Angkasa dah potong duit dia tapi tak bayar atau lambat bayar pada bank. bagaimana nak settle benda nie?

*ada persamaan dgn mukadimah diatas.
*copy paste

Bryan Tajuddin said...

Wife saya org gomen. Sebelum ni mmg x pernah ambil tahu pasal payslip dia kerana semua urusan perbelanjaan rumah & anak2 saya yg uruskan. Gaji dia mmg khas utk dia belanja diri sendiri & bayar loan rumah dia di kampung (2 bijik).

Satu hari ternampak payslip dia masa nak isi form yg disuruh oleh pihak sekolah anak. Ternampak ada potongan Sky Bureau dlm RM15X x silap. Saya musykil yg ni mcmn breakdown potongannya? Adakah % mengikut amaun pinjaman/potongan, atau bil pinjaman yg dibuat? Adakah jadual kala yg boleh saya rujuk? Saya bekerja swasta (MNC) dan semua potongan dibuat terus oleh bhg gaji ke bank tanpa extra charges.
Harap ada org Biro yg boleh perjelaskan atau bagi link yg saya boleh refer.

Aily Jay said...

rasanya angkasa ni la yg wat org gomen dblacklist & masuk ccris. apa yg sy tau, gst pun pminjam yg kena tanggung. bila kena condemn, tau pulak marah. nak protes bagai. kalu bgtu, silalah amanah dlm tgjawab anda sblm sprm / audit masuk. (x pasal2 sy juga kena Surat tindakn bank gara2 angkasa yg x amanah ni)

Fadhlullah Universoul said...

aku setuju biro angkasa ni bangsat...call pun xpernah berjawab...kenapa dah tak perlu buat bayaran terus2an dipotong lagi gaji

email aku fadhuniversoul@gmail.com

Asma Iwan said...

Bagaimana saya nak hubungi angkasa? Call pon x angkat.

Riduan Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Riduan Zakaria said...

Dulu saya pun pernah buat loan Bank Rakyat. Potong gaji melalui Angkasa. Tapi sepanjang 4 tahun bayaran balik tak pernah ada masalah. Cuma masa saya habiskan bayar awal kat bank, potongan masih dibuat dalam payslip. Tapi bank kata tak da masalah, sebab bila di bayar ke bank, bank automatik bayar balik ke akaun Bank Rakyat sebagai lebihan bayaran. Jadi yang dah potong selepas habis bayar, duit masuk balik kat akaun bank rakyat. So, boleh guna. Cuma slip gaji la tak berapa cantik, still duk ada potongan lagi....

yati tamjis said...

Sape ada pengalaman dlm slip gaji ada potongan angkasa(bukan pinjaman)? Ni dh 2 bln kena potong rm85..

yati tamjis said...

Teruk la kalau cmni.bln lps dh call angkasa...katanya yuran persatuan.mak oiii...byknya...ingat seBulan je.rupanya bln ni kena potong lagi.klu tiap2 bln cenggini....dah melampau.ada apa2 cadangan tak nk wat mcmana

jhonatan abo said...

Perlukah pihak bank memaklumkan pembayaran Kepada biro? jadi apa tujuan biro memotong gaji encik tiap2x bulan? Kalau bukan utk membuat pembayaran bulanan encik. kalau tunggu pihak bank memaklumkan, potonglah gaji pekerja setelah dimaklumkan.