Bismillahhirrohmannirrohim..
8 Jun 2009
Taman Nyalas Indah,
Nyalas, Jasin, Melaka.
Alhamdulillah, satu lagi aktiviti berjaya disempurnakan oleh iConians. 20 orang dalam 4 buah kereta berkonvoi ke Nyalas untuk bersama memeriahkan Majlis Kesyukuran dan Bertemu Peminat Aril AF7 & Izwan Pilus. Kami sampai jam 1 petang, ketika Aril baru nak suap nasi..hahaha..
Membanggakan sekali, iConians mendapat layanan istimewa dari Aril sekeluarga memandangkan kami datang sebagai penyokong beliau dengan membawa sepanduk bertulis iCon Community Aril Lovers.Begitu juga Izwan Pilus yang tak henti2 bergurau, peramah bukan main lagi. Ketika tetamu lain duduk dibawah khemah yang disediakan, iConian dijemput ke dalam rumah bersama saudara mara Aril.Macam2 gak la yang diborakkan termasuklah sesi mengutuk gambar2 Aril & Izwan masa kecik. Nasib baik aku tak dapat kebenaran untuk masukkan gambar dorang masa kecik, kalau tak, ekslusive tu wookk.. korang ratap la gambar2 ni ek.Lupa nak bagitau, iConians diberi penghormatan menghiburkan tetamu yang datang dengan karaoke. Korang bukan tak tau iConians ni bila dapat microphone kan. Antara yang berkesempatan menyanyi petang tu, Daniel, Anis & Airin.Sebelum balik, HANYA iConians yang mendapat autograf Aril pada gambar dia sendiri. Thanks so much pada dorang sekeluarga yang memang sangat mesra.Lupa lagi. Kami berkesempatan bertemu dengan wartawan Murai.com yang memang meriah. Aku ambik kesempatan ni untuk ceritakan misi & visi iCon pada dorang. Alhamdulillah, ada perkembangan baik yang kita akan sama2 saksikan dalam masa terdekat, termasuk la tentang Filem Pendek iCon.Lepas maghrib, kami menuju ke Lubuk China, rumah nenek Faiez. Rupa2nya dorang dah tunggu kami dari pagi lagi. Selain dijamu dengan hidangan yang best, sekali lagi dorang pulun berkaraoke kat situ. Maklum la, karaoke free..hahahaha...
p/s: aku tau banyak lagi berita yang aku kena keluarkan tapi, berita ni yang paling korang nak baca kan? So aku keluarkan la cerita ni dulu. Yang lain nanti la ye..hehehehe..
p/s: Tahniah pada Faiez & pasukannya yang berjaya mengendalikan aktiviti ni dengan baik.
No comments:
Post a Comment