Friday, June 19, 2009

Makluman

Bismillahhirrohmannirrohim..

Aku mintak maaf kat korang sebab lama tak update blog ni. Selain kerja yang semakin banyak, pc aku rosak lak haritu. Aku mintak jasa baik korang, nasihatkan la kawan2 korang supaya kurangkan la kes jenayah. Penat aku tau tak..haahaha..gurau je, gurau je.. Sebab tu la iCon merancang untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk menyebar luaskan info2 polis tentang pencegahan jenayah & rakan cop. Oleh itu, iCon Prihatin akan dilancarkan dan semua iConians akan terlibat.

Keduanya, sabtu ni 20 Jun 2009, 2 orang iConian berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kip Idol yang akan berlangsung di Kip Mart Tampoi lebih kurang jam 12 tengahari. So korang2 yang dok sekitar diminta sangat2 untuk hadir memberi sokongan kepada Shaz & Shima. Yang jauh pun, kalau nak datang apa salahnya, boleh kita jumpa, ye tak?

Ketiganya, korang jangan lupa lak, 21 Jun 2009 ni hari Ahad, iaitu Hari Bapa. Pada korang yang masih lagi ada bapa, raikan lah demi menunjukkan kasih sayang korang kepada bapa korang, tapi pada aku, sebaik2nya setiap hari kita raikan bapa kita, tol tak? Cuma pada Hari Bapa ni, raikan la lebih sikit. Bawak la dia gi makan2 ke, belikan hadiah ke.. iCon mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di Malaysia tak termasuk bapa ayam..hakhakhak..

Pada yang takde bapa tu, doakan la dia & hadiahkan Fatihah untuk dia di sana.
" Ayah, takkan ada seorang sehebat ayah di dunia dan akhirat. Al Fatihah untuk ayah"

Dan yang paling penting, buat persiapan menyambut 1 Rejab pada 24 Jun ni k. Kita ni bersuka ria kat dunia, bila masuk bulan Rejab, ingat2 la puasa kita yang tak berganti lagi. Segerakan la sebab lepas Rejab, masuk Sya'aban, lepas tu dah Ramadhan.. So, Ahlan Wa Sahlan Rejab dari warga iCon..

Ada maklumat terkini, tak sibuk dengan kerja, aku buat n3 untuk korang k. Wassalam..

No comments: