Friday, July 31, 2009

iConians Bersama Azmir Arif

Bismillahhirrohmannirrohim..

Ini petikan dari blog iCon Penang

iCon Penang akan mengadakan perjumpaan yg kedua pada :

Tarikh : 2 Ogos 2009
Bertempat : Kompleks Bukit Jambul
Masa : 2.00 Petang
iConcept : Bebas, Glamour & Ranggi
Person incharge : Kasih - 0122904443
Sasaran : Semua iConians Penang dan yang berdekatan.

mesti korang tnya, nape dlm masa seminggu sj iCon Penang wat photooshot lg? sbb kami di iCon Penang nk bg peluang pd iConians2 yg xdpt hadir pd sesi photoshoot yg pertama dimana tlh diadakan pd ahad lps di Explanade... dan dlm masa yg sama jg iCon Penang berbesar hati tuk sama2 memberi sokongan buat salah sorang iConians iaitu penyanyi Azmir Arif, bersempena dengan pelancaran album nya yg bertajuk 'Kurniaan' ditempat dan waktu yg sama.

slps mempromosikan album 'Kurniaan' di KL, sekarang masanya Azmir mempromosikan album tersebut di Pulau Pinang. dimana terdpt beberapa lagu yg akan dijangka hits spt Cinta Jasmin, Bila Kau Jauh, Misteri Cinta Sakti, Maafkan Aku dan lain2 lg...
Azmir juga prnh tersenarai dlm Top-20 One In A Million (OIAM - Musim Kedua), Johan serta Persembahan Terbaik Bintang Pesta Pulau Pinang 2007, Naib Johan dan juga Persembahan Terbaik Bintang Asli dan byk lg lah pertandingan yg Azmir dh masuk...
so pd iConians sila lah dtg beramai2 dan memberi sokongan pd Azmir, kita jumpa disana nnt...
p/s: Siapa yang fikir iCon hanyalah komuniti biasa,sila fikirkan semula.

Thursday, July 30, 2009

1st Gathering iCon KL + iCon Selangor

Bismillahhirrohmannirrohim..

Tarikh: 2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 11 Pagi (sila datang awal)
Tempat: Taman KLCC (depan masjid KLCC)
iConcept: Oren Bebas & Biru Glamour
Person incharge: Mumu - 0133537476
Sasaran: Semua iConians KL & Selangor dan yang berdekatan. Ajak sekali kawan2 yang belum di iCon kan..

Makluman:
1 Ogos 2009 - Bermula 10 pagi, Pengasas & beberapa orang iConians Johor akan berada disekitar Bukit Bintang & Pavillion untuk Fotoshoot suka2. kalau korang nak join, boleh hubungi Djebat 0127597151.

Ya Allah, Kau Selamatkan Kami

Bismillahhirrohmannirrohim..

Kancil warna emas tu memberi signal membelok ke kiri. Disisi jalan, sebuah Gen2 diletakkan menghimpit ke tepi. Dalam masa yang sama, sebuah kereta keluar dari simpang menyebabkan kancil terpaksa diperlahankan.

Tiba2 sebuah kereta merah meluru ke arah kancil & membrek. Semua mata memandang. Kereta kancil tersepit antara kereta merah & sebuah lagi Perdana yang meluru laju, menghalang terus pergerakan kancil. Aku terkedu, Ali & Afiq tergamam.

Kereta merah cuba melepaskan diri, tapi kedudukan ruang yang sempit menjadi penghalang. Belakangnya telah dihalang sebuah Persona. Dari Perdana yang menyekat kancil tadi,keluar 2 lelaki yang berbadan sasa sambil mengacukan pistol. Lelaki dalam kereta merah keluar lalu melepaskan 1 tembakan..

Fuh, mujur la itu hanya imaginasi aku je..

Kereta merah tu meluru menggesel tepi kereta aku dengan selambanya.. Mampos, kopak dari depan sampai belakang cat keta aku..aduyai... Aku keluar, orang ramai mula berkerumun melihat apa yang terjadi. 2 kereta mengejar kereta merah tadi. Aku, Ali & Afiq masih tergamam.

Pengalaman macam shooting filem Hong Kong ni kami lalui semalam petang bila balik dari kerja. Tak pernah sangka aku akan hadapi semua tu, tapi yang paling aku sakit hati, kereta aku..waaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: pagi ni kami dapat maklumat, kes semalam adalah kes jenayah narkotik.

Wednesday, July 29, 2009

Blog Nadi iCon

Bismillahhirrohmannirrohim..

Sekarang semua sedang cuba menjadi blogger. Bagus, satu perkembangan baik. Terbaru, Nadi iCon memulakan langkah. Sila lawat Nadi.

Blog tersebut masih dalam proses pengemaskinian, jadi harap beri ruang dan peluang untuk Nadi dari masa ke semasa. InsyaAllah korang akan kenali Nadi iCon dalam masa terdekat.

Adam Luba

Bismillahhirrohmannirrohim..

Kelmarin dia dah bersama iCon. Hari ni dia bagitau aku sebab dia join iCon. Aku petik cerita Adam untuk korang baca. Terima kasih Adam..
aku masih ingat lagi, bulan lepas (Jun) aku telah di interview oleh wartawan Munira Roslan mengenai isu remaja dan photography...

Munira:
So apa sasaran adam dalam bidang photography di masa akan datang?

****

Pada malam aku mendapat DIDI, aku duduk sorang dalam bilik, aku renung si DIDI ni betul-betul. Nampak bias muka aku di lensa 18mm - 105mm yang berkilat tu! Tersentap aku sekejap, dulu camera ini adalah satu impian yang pada mulanya aku rasa mustahil. Dan sekarang, benda yang aku rasakan mustahil tu, ada di tapak tangan aku nih.

Aku renung lagi....

Sejak bila aku mula terjebak dalam bidang nih?(Maksud aku, photography la, bukan bidang termenung nih..itu dah lama aku buat. hehehe)

aku imbas balik! imbas balik! lagi imbas...imbas lagi...dan lagi!

Adalah tidak adil untuk aku yang bercerita. Biarkan Adam ceritakan. Terus kan membaca di Adam

Monday, July 27, 2009

Exco iCon Penang

Bismillahhirrohmannirrohim..
Ingin dimaklumkan bahawa iCon Penang telah berjaya membentuk organisasi selepas perjumpaan semalam. Berikut ini adalah senarai MT iCon Penang :
Pengerusi : Kasih
T. Pengerusi 1 : Manizam
T. Pengerusi 2 : Shuk-E
S/U 1 : Yani
S/U 2 : Azu
B/hari 1 : Adam Luba
B/hari 2 : Baby

Insya Allah segala perancangan utk semua Xtvt & Event iCon Penang selepas ini akan dikendalikan oleh MT iCon Penang. Tahniah pada semua..

Kelas Vokal Cikgu Syafi AF

Bismillahhirrohmannirrohim..

Kepada korang yang berminat menyertai kelas vocal pop yang akan dikendalikan oleh cikgu Syafi, tenaga pengajar Akademi Fantasia, sila ambil perhatian.

Tarikh: 1 Ogos 2009
Tempat: Akarkarya, 1a jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
Masa: 9 pagi - 5 petang
Bayaran: RM160 (termasuk makan, nota & sijil)
Tempat terhad kepada 60 orang pertama sahaja.

iConians yang berminat sila daftar segera kepada Jebat 0127597151 / 0197866969.

Terima kasih.

Tahniah

Bismillahhirrohmannirrohim..

Semalam 26 Julai 2009, iCon Penang & iCon KL telah menyahut cabaran menganjurkan fotoshot di kawasan masing2. Alhamdulillah, dengan permulaan yang baik ini diharapkan iCon akan terus berkembang. Untuk korang, nantikan hasilnya untuk diratap.

Serentak dengan itu juga iCon Penang telah berjaya menubuhkan organisasi mereka dan blog iCon Penang telah diwujudkan. Korang boleh klik www.iconpenang.blogspot.com.

Wednesday, July 22, 2009

iCon Penang Bermula

Bismillahhirrohmannirrohim..

Alhamdulillah satu berita baik kepada iConians Penang. Ramai yang bertanya dan akhirnya sampai la masa untuk iCon Penang memulakan langkah. Ini maklumat terbaru untuk iConians Penang:

Fotoshoot pengenalan iCon Penang
Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 2 Petang
Tempat: Explanade (Padang Kota Lama)
iConcept: Bebas & glamour
Person incharge: Kasih - 0122904443
Sasaran: Semua iConians Penang dan yang berdekatan. Ajak sekali kawan2 yang belum di iCon kan..

Kita akan sama2 tengok apa hasilnya nanti k.

Tuesday, July 21, 2009

Aktiviti iCon KL

Bismillahhirrohmannirrohim

Projek 1:Fotoshoot Raya iCon KL
Tarikh: 26 Julai 2009
Masa: 5 petang
Tempat: berkumpul di LRT Masjid Jamek
Sasaran: SEMUA iConians KL terutama fotografer
iConcept: Mood Raya di Bandaraya

Projek 2:1st Gathering iCon KL
Tarikh: 2 Ogos 2009
Masa: 11 pagi
Tempat: berkumpul di Taman KLCC depan Masjid KLCC
Sasaran: SEMUA iConians KL.. semua tau, semua dijemput hadir, bawak kawan2 yang belum di iCon kn..hehehe
iConcept: belum diputuskan

Perhatian
iConians digalakkan datang awal. Sebaik2nya setengah jam sebelum acara bermula. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berbangkit dan menyulitkan semua pihak. Mekasih sgt2..hehehe

SKiP: Credit To Mr President

Bismillahhirrohmanirrohim..
Dalam diam, iCon mempunyai seorang lagi fotografer yang memiliki bakat terpendam. Korang tengok je la hasil kerja beliau. Dengan hasil kerja ni, aku berjaya mempengaruhi beliau untuk menjadi fotografer iCon. Beliau yang aku maksudkan ialah Ali, tuan presiden iCon.. Ratap la hasilnya..
InsyaAllah, dalam masa terdekat aku akan umumkan satu perkara penting & besar dalam sejarah iCon. Para fotografer, bersedia lah..

Monday, July 13, 2009

Pengumuman 2

Bismillahhirrohmannirrohim..

iCon Photo seluruh Malaysia menawarkan Skim Perintis kepada semua fotografer berusia 17 tahun ke bawah.Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan iCon.

Matlamat:
Melahirkan RATUSAN FOTOGRAFER MUDA PRO dalam tempoh 2 tahun dari sekarang.

Bagaimana untuk mendaftar?
sms nama penuh, no ic & alamat ke 0127597151

Pengumuman: iCon KL

Bismillahhirrohmannirrohim..
Warga iCon mengucapkan syabas & tahniah kepada iCon KL yang telah berjaya membentuk organisasi. Berikut adalah senarai MT iCon KL:
Pengerusi: Dhin
T.Pengerusi 1: Fadhul
T.Pengerusi 2: Atie
S/U 1: Mumu
S/U 2: Farouq
B/hari 1: Arez
B/hari 2: Epi
InsyaAllah segala perancangan untuk apa2 xtvt & event iCon di KL selepas ni akan dikendalikan oleh MT iCon KL.Tahniah sekali lagi.

Thursday, July 9, 2009

iCon Model: Murni

Bismillahhirrohmannirrohim..Korang nak tau cerita? Aku & Ali temankan Afiq cari barang kat Tesco. Bila kitorang keluar je, masing2 telan air liur tengok sorang gadis putih gebu yang tinggi ala2 model. Ali tolak aku soh propose budak tu join iCon. Aku apa lagi, serbu la..Ini peluang 8 bulan sekali baru datang maa.. Aku kenalkan diri, bagi kad kat dia & story sket tentang iCon. Sebab tak nak kacau masa dia dengan family dia, aku dengan berat hati terpaksa biarkan dia pergi..Peeeeeehhh... Tapi takde la lepaskan camtu je kan. Ali dengan pantas mintak no tepon dia. Nama dia Murni..Zaaapp..kepala aku teringan Haji Bakhil yang anaknya cikgu Murni..heheheheSiapa sangka, rupa2nya Ali & Afiq memang cekap. Esoknya Afiq dah bawak Murni datang opis aku & kami borak2 tentang iCon. Alhamdulillah Murni memang ada latar belakang modeling & minat nak join iCon sebab banyak aktiviti. So aku cucuk jarum lagi la..hehehehe Ni amek kesempatan namanya. Saje je posing2 kat situ sampai kena marah dengan amoi jaga kedai tu..hahaha.. So bila aku free nanti aku story lagi k.
Ada peristiwa 10 Julai 2009 ni, tapi aku serabut sepanjang hari. Ni semua sebab special surprise dari wawan..waaaaaaaaaaaaa

iCon Talent: Aleph

Bismillahhirrohmannirrohim..First time aku jumpa Aleph bila Rin bawak dia datang Diva. Masa tu iCon baru lagi sibuk dengan aktiviti kat Diva tu. Masa tu sebab terlalu ramai yang datang, aku tak perasan pun Aleph nyanyi & mungkin dia tak sempat nak nyanyi pun.. Lepas2 tu banyak kali la kami jumpa & nampaknya Aleph sorang yang komited dengan iCon walau dalam apa aktiviti pun.

Dah banyak kali Aleph ajak aku tengok dia nyanyi kat De'Borneo, Tebrau City. Akhirnya malam tadi aku, Ali & Afiq dapat gak sampai sana & tunaikan permintaannya tu sebagai sokongan iCon kepadanya. Best gile, aku dah jumpa satu lagi tempat lepak yang sempoi. De'Borneo sebuah cafe yang santai, berhadapan tasik, sekitarnya tenang walaupun tidak jauh dari jalan utama.

So iConians, Rabu depan sapa2 nak join aku lepak De'Borneo, tempah tempat awal2 k. Heehehe..

Tuesday, July 7, 2009

Fotografer SKiP

Bismillahhirrohmannirrohim..

Ini hanya SEBAHAGIAN dari fotografer yang terlibat dalam projek SKiP sabtu lepas. SEBAHAGIAN lagi gambar2 dorang takde pada aku, so ini je yang dapat aku tunjuk untuk korang ratap.
Ini fotografer paling muda dikalangan yang datang hari tu. Korang agak berapa umur dia? 13 tahun. Bayangkan, dalam tempoh 2 tahun lagi umur dia baru 15 tahun tapi dia termasuk dikalangan fotografer muda profesional, tak ke satu kebanggaan kepada negara? hahahaha2 orang lagi fotografer cilik iCon yang membanggakan.
Dan inilah dia Pengarah iCon Photo Johor. Tengok gaya dah tau kan, gaya seorang otai.. hehehehe
Aku harap iCon Photo mampu mencapai matlamat besarnya & korang sentiasa la komited k.

Fotoshoot SKiP

Bismillahhirrohmannirrohim..Aku tak sangka camni punya ramai yang datang bagi sokongan dan komitmen dalam projek SKiP ni. Group pertama 15 model & 12 fotografer. Kemudian datang lagi 4 model & 1 fotografer, menjadikan ini antara fotoshoot terbesar pernah di jalankan oleh iCon.

Aku tak nak cerita banyak2, korang ratap je la gambar2 ni ek. Lagi satu, ini cuma sebahagian yang aku sempat masukkan dalam blog ni. Yang lain masih dalam proses, so kepada yang gambar dia masih belum dimasukkan, tolong la jangan kecik ati dulu k. Aku akan buat n3 siri 2 lak pasni.
Ini lak gambar fotografer2 cilik iCon. Kalau dorang setuju, inilah group pertama Skim Perintis yang akan melahirkan fotografer muda profesional dalam jangkamasa 2 tahun dari sekarang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Aku bangga dengan korang yang bersama2 menghidupkan iCon. Lepas ni, tunggu la siri kedua fotoshoot SKiP ek. Banyak lagi ni gambar2 yang akan aku masukkan.

iCon Photo: A'an

Bismillahhirrohmannirrohim..Ini sorang lagi Fotografer iCon cilik. Aku akan cuba pastikan, dia akan jadi salah sorang best fotografer yang iCon ada. Nama dia a'an. A'an sangat berbesar hati untuk menggerakkan iCon di Segamat dan berbakat dalam fotografi. Bagi sedikit masa lagi, insyaAllah kita sama2 tengok hasilnya k. Syabas A'an.

p/s: Aku kata, siapa saje yang berkeinginan, komited & disiplin, sentiasa ada ruang untuknya dalam iCon, tapi siapa yang diberi peluang tapi mensia2kannya, terpulang la ye..

Yang Dibanggakan

Bismillahhirrohmannirrohim..

Entah bila la agaknya giliran aku pulak. InsyaAllah Jebat, jangan takut, jangan risau, Kechik kata, "belasah jer".. iCon Photo, ini cabaran untuk korang. Lahirkan 100 fotografer dalam tempoh setahun. hehehe..

View http://adamluba.blogspot.com

Coming Soon

Bismillahhirrohmannirrohim..

Orang kata iCon lembab, tak bergerak, takde xtvt, slow.. Ala, siapa yang mengikuti iCon secara dekat & rapat lebih tau dari mereka yang hanya pandai bercakap je. Hehehe.. Aku tak ingat siapa kata, tapi aku nak sebut balik, aku "tak hidup dik puji,tak mati dek keji". Dalam diam, iCon sedang berjalan menyelusuri urat2 nadi mereka yang mula mengenali iCon. (Sori, baru lepas baca tulisan sorang sasterawan, sebab tu keluar ayat2 puitis)

Korang, ada sesetengah xtvt iCon yang tak boleh diwarwarkan, ada yang dibuat dalam diam, ada yang dibuat tanpa dirancang. Ni semua ada sebabnya yang korang akan faham nanti. Contohnya, apa jadi dengan projek iCon Short Film? Tengok, tanpa korang sedar, iCon dan siapkan 2 Short Film yang insyaAllah akan ditayangkan tak lama lagi. Ni semua atas daya usaha iConians sendiri. Aku tak nak iConians hanya jadi pengikut. iConians kena jadi iCon.

K, dalam masa terdekat, Nadi iCon merancang beberapa projek antaranya:

1. Fotoshoot Raya - dikendalikan oleh iCon Photo
2. Fotoshoot SKiP Siri 2 & 3 - Kerjasama iCon Photo & iCon Models
3. Kelas Muay Thai - dikendalikan oleh iCon Extreme
4. Kelas Teater - dikendalikan oleh iCon Talent
5. Teater Jalanan - dikendalikan oleh Nadi iCon

InsyaAllah semua ni projek bulan Julai. iCon dari negeri lain pun boleh terlibat @ kendalikan projek yang sama. Buat masa ni, setakat ni je dulu & aku akan update dari masa ke semasa k.

Monday, July 6, 2009

SKiP Pertama Yang Berjaya

Bismillahhirrohmannirrohim..

Aku anggap projek ni berjaya dan aku ucapkan tahniah kepada semua iConians yang terlibat. Pada awalnya 15 model & 12 fotografer berjaya dikumpulkan. Beberapa jam kemudian datang lagi lebih kurang 4 model dan seorang fotografer.

Aku tau korang tak sabar nak tengok gambar2 projek SKiP (Suai Kenal iCon Photo) ari sabtu aritu kan? Aku lagi la tak sabar nak wat n3 pasal tu. Masalahnya, punya la banyak gambar yang aku nak arrangekan, so, korang tunggu la sekejap ye..
Tahniah iCon Johor. iCon negeri2 lain, bila nak mula..heehe

p/s: tolong jangan perlekehkan model2 yang iCon ada. iConcept kami From Zero To Hero. Kalau model iCon kurus keding, tak cantik, takde bakat, gemuk, iCon peduli apa. iCon tidak mendiskriminasi siapa2. Asalkan ada keinginan, join iCon & iCon sentiasa bagi ruang.

Thursday, July 2, 2009

iCon Model: Shazwan

Bismillahhirrohmannirrohim..

Firstly aku mohon maaf pada korang. Aku tau korang setia bukak blog aku tapi takde update pun lately. Aku kena mengaku aku tidak dikurniakan dengan 8 tangan. Selain dibebankan dengan kerja yang bukan kerja aku, aku sibuk siapkan perlembagaan iCon untuk tujuan pendaftaran, kertas kerja iCon untuk projek2 dan sebagainya. (Alasan..huhu..)

K, terus pada model baru iCon ni ek. Nama dia Shazwan.
Lama gile aku tunggu. Serius lama gile. 2 tahun aku dah kenal shazwan kat KL cuma dalam myspace. Bila dia balik cuti kat JB, aku invite dia join event iCon & Alhamdulillah dia datang dengan beberapa orang kawan dia. Start hari tu aku antara orang yang pujuk dia pindah balik JB dan akhirnya dia balik. Hehehe..
Lepas dia dok smula kat JB, berbulan2 lak aku ajak dia jumpa untuk fotoshoot, dari rambut dia panjang sampai la dah potong pendek. Akhirnya aku curi gak kesempatan tu ketika majlis kenduri kawen sepupu iCon Anis. Ini hasilnya. Boleh la dikatakan fotoshoot segera. Ratap la ye..heehee
Untuk makluman iConians JB, Sabtu ni, 4 julai 2009 semua fotografer & sapa2 jugak yang nak buat fotoshoot dijemput berkumpul kat Jotic. Sharp kul 9am tau. Lambat tinggal meh..Bawak la beberapa persalinan & fotografer boleh la cuba skill korang wat outdoor kan..Lepas tu iCon Foto akan bermesyuarat.
Lagi 1 jangan lupa, bermula 3 Julai 2009 sampai la 5 Julai 2009 bertempat di Persada Johor akan di adakan Cosplay terbesar. Kita g sama2 tau.
Alamak, sebelum aku lupa, mereka yang cukup syarat untuk catwalk kat New York Hotel tu, Ahad ni, kul 2petang sharp kita kumpul kat Jusco Tebrau. Lagi sekali, lambat tinggal k. Sori la aku gunakan kesempatan n3 ni untuk bagi info kat korang. Yang penting, gambar Shazwan dah keluar..yey...