Monday, August 10, 2009

Pertama Kali

Bismillahhirrohmannirrohim..

Kul 11.09 malam 7 Ogos Adam bagitau dia dah dalam bas & terpaksa off handphone sebab dia terlupa charge bateri.

Kul 8.16 pagi 8 Ogos Adam mesej bagitau dia dah sampai & tengah tunggu kawan dia jemput di Larkin. Aku pun dah bangun masa tu & tengah kemas bilik bujang aku. Bilik bujang, korang tau je la kan..heheehee. Aku mesej iConians maklumkan tentang projek hari ni & kehadiran Adam.

Kul 8.35 pagi Adam mesej lagi & mintak aku amek dia kat Larkin sebab kawan yang patutnya amek dia tu ada masalah. Aku dengan segera capai tuala, mandi & terus bersiap nak amek Adam. Sebab excited sangat nak jumpa Adam buat pertama kalinya, aku tertinggal camera. Hahahaha
Aku sampai Stesen Bas Larkin kul 9.35 pagi. Adam dah tunggu dengan housemate dia & kitorang terus gerak. Sebab camera aku tertinggal, maka akau terpaksa balik semula ke rumah. Dalam masa yang sama handphone aku bukan main sibuk dengan mesej & call dari beberapa iConians yang join fotoshoot & trip ke AEON Bukit Indah.Ini pose istimewa Adam di AEON Bukit Indah waktu kitorang shoot gambar peserta2 MystarzLG. Aku masih lagi tak percaya kalau orang yang aku shoot ni ialah Adam Luba. Hehehehe Dan ini dikwan, housemate Adam yang ikut sekali dari Penang. Rupa2nya Dikwan juga salah sorang iConians Penang & antara orang kuat di syarikat yang sama dengan Adam. Orang kata, macam impian yang jadi kenyataan, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Adam & Dikwan yang sudi turun ke JB untuk turut sama menyertai aktiviti iCon JB.

p/s: Ala, aku tau korang marah sebab banyak benda yang sepatutnya aku ceritakan terlebih dahulu tapi aku jump terus pada cerita Adam datang ni. Sori la, memang aku kesuntukan masa sangat2. InsyaAllah aku akan masukkan juga gambar2 perjumpaan pertama iCon KL & iCon Selangor tu.

To Adam & Dikwan, ini permulaan yang baik untuk kita atur strategi memantapkan iCon k.

7 comments:

Kasih Alyza said...

iisshhh, bj tu bkn yg pakai naik bus mlm tu ke adam?? masa ko dtg jumpa akak huhuhu...

isshhh isshh ko gan wan x mandi yerkkkk, ptt l akaka bau korang smp sini hehehe...

oppsss, teruja btl abg nya jumpa dik adam nya nie hohoho :D

adamLUBA said...

hua hua huah hua...
cepat gilaaa update! hhehehehe

akak kasih..erk erk..owang pakai minyak wangi lah..hahahahaha!

hoyeh! betul betul..mari sama2 memantapkan lagi iCon..^__^

adifDAS said...

huhuhuh
hebat2
nk join iCon jg la
alalalla

Kasih Alyza said...

iisshhhhh kira nya ko bawalah bau akak gan yani smp ke jb kn, sbb tu ko xmandi kan jumpa abg jbat, kn kn kn hahahahaha :)

kiranya syg jg la adam gan wan kat kami kan... lalalalala ~

Djebat said...

kasih: oit..oit..kasih ni, jgn la bkk rahsia dorg..ish..heehehe..

Adam: masih rsa mcm mimpi..hahahaa

Adif: apa lagi, iconkn dirimu..

adifDAS said...

iCon kan diri ku??
bagaimanakah??
huhuhu

Kasih Alyza said...

apa lak buka rahsia... tu sblm naik bus dtg ambik bau i dl 2 sbb adam gan wan takot rindu sbb 2 ari xjumpa i hohoho, ngeh3 :D