Bismillahhirrohmannirrohim..
Jam 7.24 pagi ketika kereta aku tersadai sebab tayar pecah depan Balai Polis Sentral, aku terima sms dari sorang kawan lama. Sms berbunyi:
"Alfatihah utk ustaz ismail kamus yg bru mnemui Allah sbntar td(5.00pg)..satu khlgan bsr buat agama dan negara. Alfatihah..smg Allah,m'cucuri rhmat kpdny.Tlg fwd sms."
Terkejut aku dengan berita tu & serta merta pelbagai kenangan muncul dalam fikiran aku. Aku jadi terkilan kerana hak beliau sebagai seorang ulamak tersohor untuk berdakwah terhalang oleh kuasa pemerintah dan tidak terbela hingga kini. Dengan sebab itu, ramai generasi kini tak kenal siapa Ustaz Ismail Kamus. Segera aku sampaikan pada sahabat2 aku tentang kehilangan tersebut.
Tak lama lepas tu, bertubi2 sms masuk lagi ke dalam handphone aku minta kepastian sampai habis bateri. Cis.. bila disemak semula, aku dapat satu mesej yang betul2 meyakinkan:
"Ustaz hidup lagi la, dia buat umrah kat mekah sekarang. Info dari PAS Kedah"
Laaa..jadi siapa yang meninggal? Kepada korang semua yang sempat terima sms aku, aku mintak maaf & sama2 la kita doakan Ustaz Ismail Kamus panjang umur & sentiasa dalam peliharaan Allah. Wallahua'lam..
2 comments:
dapat juga sms ni tp mmg was-was...
walaubagaimanapun ambil sikap diam diri dan tunggu berita kt TV...
Tringat dulu dapat berita kematian seorang member.... dari no hp member itu sendiri... mmg sedih tp setahun lepas tu baru dapat tau dia hidup lg.. huhuhu..
tu yg i pelik bila dpt msg u... sbb ustaz ismail kamus antara sahabat baik arwah abah i... bila i tanya mama, katanyer xder lak di atau ttg hal kematian tu...
yg meninggal tu adalah dato ismail salleh seorg exco... pjng umur ustaz ismail kamus, alhamdullilah..
Post a Comment