Tuesday, December 1, 2009

iCon 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Pendaftaran untuk kelas dan bengkel iCon 2010 sudah dibuka. Korang boleh pilih kelas & bengkel apa yang korang nak join. Tentang bayaran, korang boleh bandingkan dengan bayaran kelas & bengkel yang sama diluar iCon. Ni orang cakap gila babi punya harga lor. Tapi hanya untuk iConians je dapat harga murah camni, yang belum iCon, segera la iConkan diri. Semua kelas akan berjalan dalam tempoh 3 bulan.

Senarai Kelas & Bengkel iCon 2010

1. Kelas Drama & Teater
2. Kelas Zapin
3. Kelas Kuda Kepang
4. Kelas Modern Dance
5. Kelas Vokal
6. Kelas Make-up
7. Kelas Fotografi
8. Kelas Modeling
9. Bengkel Fotografi
10. Bengkel Fotoshop
11. Bengkel Vokal
12. Bengkel Grooming

dan lain2 lagi. Detail akan diberikan kemudian. Kelas dan bengkel ni bergantung pada iConians semua. Kalau 2-3 orang je, rasanya tak berbaloi kot, so korang tolong la promote kat kawan2. Satu kelas dihadkan kepada 30 orang je. Sape terlambat daftar, dia akan masuk kelas bulan Mac.

Selain tu, secara ringkas iCon telah berjaya dibuka di Johor, KL & Penang pada tahun ni. Bulan ni dijangka iCon NS & iCon Melaka pula akan dibuka dan kalau sempat, iCon Selangor juga akan dilancarkan. Dalam masa yang sama, iCon Perak sudah bersedia untuk dilancarkan. Jadi tahun 2010 kita sasarkan iCon Pahang, iCon Terengganu, iCon Kelantan, iCon Kedah, iCon Perlis akan memulakan operasi.

Untuk makluman iConians, Nadi merancang satu trip ke Sarawak bagi meninjau potensi pembukaan iCon Sarawak & iCon Sabah. Kalau takde apa2 masalah, kedua2 negeri ini juga akan turut serta dengan iCon. Trip ni dijangka pada bulan Jun dan terbuka kepada SEMUA iConians yang berminat.

Secara ringkas juga, pada 2010 iCon disasarkan akan membuka iCon Cafe, Butik iCon, iCon Printing & Publishing, iCon Event Management serta iCon Studio. Usaha sedang dilakukan ke arah itu & insyaAllah, dengan kerjasama & komitmen yang korang berikan, iCon akan cuba mencapai sasaran ini.

Aku bagitau korang semua perancangan ni supaya korang tau, iCon serius dalam mencapai misi. Aku harap korang bersama2 dengan iCon menginspirasikan dan merealisasikan impian ni. Kalau korang rasa semua ni sampah, maka sampah la yang akan korang kutip dalam iCon. Aku tak harap apa2, cuma aku sangat harapkan DOA korang.

Jom sama2 mohon dan berdoa kepadaNya.

1 comment:

ohsugus said...

hope,2010 nie icon dapat mencapai segala perkara y dirancangkan..
amin...