Sunday, September 28, 2008

Adoyai,macam2 hal

Aku ingat jumaat aku dah cuti so banyak masa nak wat entry kalau tak jadi gi Penang. Tapi banyak sangat hal yang terjadi sampai takde masa nak post story dalam blog ni. Aku cite sket2 je la,asal korang tak kempunan nak baca & aku tak kempunan nak cite kat korang. Yang lebih penting,aku takut aku lupa macam2 cite yang best ni..

Khamis 25 September 2008

Keje cam biasa tapi hati dah kat kampung dah. Aku ingat nak balik dah esok,rupa2nya lom dapat gak. Patutnya gi Penang tapi show tu cancel. Aku mintak kazen aku hantar balik umah dulu sebab aku nak amek adik karat & bawak dia gi PARAM (PAsar RAMadhan). Semua berjalan
lancar sampai la dah nak balik. Ada satu keta dah halang laluan keluar masuk PARAM tu. Sorang abang cakap kat amoi yang takde moral tu dengan lemah lembut supaya dia alihkan kereta dia. Tau apa amoi tu buat? Dia tunjuk f**k kat abg tu.Tiba2 darah aku mendidih tengok amoi tak bermoral tu. Kebetulan aku pegang majalah,aku pun ketuk tingkap dia. Cis,dia boleh lak eksyen amek hanfon banggang dia & snap pic aku. Wah,berlagak sungguh amoi ni. Aku apa lagi,bukak beg camera aku & aku snap pic keta & plat dia. Nak amek pic dia ,dia tutup tingkap lak,so tak nampak muka dia.Polis datang,orang sekitar pun duk bising2 kat dia tapi dia tetap buat pekak. Abang polis tu siap dah panggil tow truck dah. Sudahnya datang sorang nyonya slowtalk dengan dia. Baru la dia nak beralah..Ish,aku rasa cam tak puas hati betul kat dia. So aku lampirkan sekali gambar keta dia untuk korang buat apa yang patut kalau jumpa amoi biadab ni..Ratap..
Jumaat 26 September 2008
Pagi gerak gi bank dengan adik karat, setelkan urusan bank pastu balik. Adik karat tiba2 diserang sakit kepala yang amat sangat. Kesian dia. Lepas solat Jumaat,aku,Kay,adik Karat & Jay (member baru kitorang) gi Low Yatt cari barang sket.
Agaknya dah memang rezeki kitorang,korang tau sapa kitorang jumpa? Ratap la..Punya la happy adik karat & kay dapat bergambar dengan dorang tu..Korang tau ke sapa dorang? Ala,jurujual Olympus je..hahahaha..kena..kena..
Pastu ingat sempat balik,rupanya tak sempat so kitorang kena berbuka kat Lemon Food Court. Nak tau apa kitorang makan? Pastu kitorang balik umah..Hari sabtu lak menjanjikan satu kisah perjalanan yang panjang kitorang berlima. Kerana kisah hari sabtu kisah yang penuh dengan cerita, boleh wat filem, so aku asingkan dalam 1 entry la ye..aku rasa memang boleh wat filem sebab cerita hari sabtu tu penuh dengan penat, marah, suka, sedih dan lain2..

Thursday, September 25, 2008

Akhirnya

Akhirnya dapat gak aku postkan gambar opismate aku tapi dorang nak bgambar ramai2..maybe ni post terakhir aku sebelum aku balik bercuti, so special la untuk korang semua. Meh aku kenalkan sorang demi sorang.
Belakang dari kiri: Fareez, Liza, Mas & Hafaz
Depandari kiri: Linda, Kak Nab & Iqa
Kat bawah tu gambar duit raya yang baru je kitorang tukar kat Maybank..

Ratap la gambar2 ni ek..Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin..
Berhati2 memandu balik ke kampung..

Sesekali Antarabangsa: Iran

Berani ke negara setan Amerika serang Iran??
Awas Amerika,Allah akan membantu HambaNya yang lemah.
Kami umat Islam akan BANGKIT menentangmu.

Rumahku 12 Tingkat

Memang, rumah yang aku duduk sekarang ni 12 tingkat,
tapi sebab tak larat,
aku duduk tingkat 4 jek..
apa pun,rumahku syurgaku..
Sapa2 nak lepak Bandar Baru Selayang tu,
roger2 la aku,
kita boleh lepak sama kat
Restoran Air Buah Gelas Besar..
hehehe

Opis Aku

Linda kne snap,
kak nab sporting bergaya,
iqa keletihan,
hafaz & fareez tengok apa?
oooo..blog aku rupanya..
maz malu2 segan2,
gambar dia tak kuar kat blog
dia tanya aku bila nak bergambar,
liza pun menyorok..
so,ini la gambar ofismate aku
yang dapat aku siarkan untuk korang,
ratap abis pic2 dorang ni ek..
Thanks korang sebab support aku selama ni..
(puisi gak ke?)
huhuhu

Selipar Buruk

Ada ke lagi orang nak pakai selipar jepun,
yang sebelah lain sebelah lain,
siap putus dan di stapler lak lagi?
Aku rasa aku la satu2nya,
yang sayang nak tukar selipar tu,
walau pun ada bajet,
tapi selipar buruk ni la yang jadi alas kaki,
membawa aku ke masjid setiap jumaat.
(puisi ke ni?)
huhuhuhuhuuu

Misi: Berbuka di Puchong

Assalamualaikum..sori harini lambat update blog ni. Alasan aku,saja nak bagi pic mak aku duk kat atas lama2..tapi sebab gian nak membuat entry & sebab arini aku last keje,so aku update la untuk korang semua.

Ceritanya, adik aku dah bising2,dah masuk 24 hari puasa aku tak pernah sekali pun sempat berbuka kat umah dia kat puchong tu. Bukan taknak,tapi sebab hujung minggu cuma ada beberapa kali je & setiap kali tu aku kena penuhi undangan berbuka puasa,so memang susah sikit la nak g berbuka kat puchong tu.
Tapi sebab taknak hampakan dia,semalam aku,adik karat & kay g jugak la. Selain sebab nak bawak anak sedara aku g shopping sket, awek adik karat tak sihat. Sebab adik aku & awek adik karat duk tak jauh,elok la kami setelkan dua benda sekali gus: berbuka kat umah adik aku & g jengah Al yang tak sihat tu.

Korang pun tau je la kan jalan jem camne. Tengok je la gambar2 tu. Kuar pukul 6 & sampai kul 7.15,dah waktu berbuka dah. NI juadah2 yang disediakan oleh adik aku yang tak berapa nak pandai masak tu. Tapi 3 kali jugak aku tambah bila kena sup ayam & sambal kicap..Peeeeeeeeeeeeeeehhh....

Lepas berbuka kami g rumah Al, lupa lak nak amek gambar..huhuhuhu.. Pastu g bawak adik & anak sedara aku beli baju raya, pun lupa nak amek gambar..huhuhuhu..Pastu rushing hantar adik aku & rushing lagi balik selayang. Nasib baik la adik karat yang drive,so kami sampai dalam kul 12 malam. Aku, tak larat terus tido..hahahaha

Wednesday, September 24, 2008

Ratu Hatiku

Seperti yang telah dijanjikan, inilah ratu hatiku..
Namanya Ai'ni Bte Rahmat.
Dia ibu kesayangan ku yang bertahta dihati sejak sekian lama.

Di mana korang wei..?

" anak2 buah di UiTM Segamat"

KL Dalam Kenangan


Agak2nye la kan..kat mana korang masa gambar ni di ambik?

a. sedang bermain teng-teng
b. sedang dirancang untuk dilahirkan
c. sedang dirancang untuk dicipta
d. perancang korang sedang dirancang
e. ntah le,tak tau lak..hahaha

Gila korang,cuba tengok tarikh dia tu.tahun 1897..111 tahun kebelakang..Jawapan a,b & c tak mungkin betol kot, melainkan korang adalah pembaca blog aku paling2 senior..

Jawapan d ada kemungkinannye..mak aku sendiri pun lom lahir masa tu. atok & nenek aku pun ntah2 lom di cipta oleh moyang aku.. Ish..sejauh ini Kuala Lumpur menjadi sebahagian dari kepingan2 peta di muka bumi. Nampak sangat dah tuanya bumi kita ni kan..

Selama mana lagi Kuala Lumpur mampu bertahan, mempertahankan warganya yang semakin hilang nilai, hilang budaya dan hilang jati diri.

Aku rasa perlu kita sebagai warga baru Kuala Lumpur ni kenang2 semula benda ni sebab tak ada dulu tak ada la sekarang. Betul tak cakap aku. Ha,korang komen la sikit.

Ratapilah wajah Kuala Lumpur 111 tahun dahulu dan bandingkan dengan sekarang.

Renung2kan dan selamat beramal.

PENGUMUMAN

Kasih dimasukkan ke hospital kerana jatuh pengsan semalam. Kawan2 yang mengenali beliau harap dapat doakan kesihatan beliau & semoga cepat sembuh.
Kasih, blog ini sunyi sehari tanpa mu..hehehehe

Semalam Di Rasa Ayamas


Semalam berbuka dengan best fren kat Rasa Ayamas.
Take a look..Before & after..Gelojoh kan..hahahaha

Jom Shopping


Korang dah gaji kan..? dh dapat bonus kan? Korang tengok, pandai dorang ni amek kesempatan kan..dia nak soh kite perabis duit kat dia la tu.
Sapa nak shopping barang2 murah, offer dorang dari
25-28 September 2008
Kat: No 13 Jalan Tandang,
46050 PJ (PJ Old Town)
9.30am - 7.00pm
Apa lagi? Serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

Ada Keje Ada Fulus

Ada keje ada la fulus,xde keje,'mamfuuuuss"..hahahah
Sekarang ni,sebab kegawatan ekonomoney, kebanyakan kita kena buat dua tiga keje sekaligus. Lepas aku cite pasal keje tu,aku nak cite la pulak pasal fulus ni,saje nak bagi korang stim tengok duit tu..hahahahaha
Orang kata,besar periuk besar la keraknye kan..sebenarnya bila kita tengok orang banyak duit kita ingat dia senang lenang kaya raya. rupa2nya dorang lagi susah nak uruskan duit tu,bayar hutang sana sini, perabis duit beli itu ini..cam kita2 yang takde banyak duit ni, shopping2 jugak tapi takde la shopping sakan ek..bayar duit sewa rumah pun takde la banyak sangat.
Yang aku tunjuk ni pun bukan duit aku tau. Korang jangan nak mintak2 duit raya kat aku lak pasni..aku tak banyak duit..itu duit bank tu..aku pinjam untuk posing jap je. bila tuan punya duit amek semula duit dia tu, terkebil2 gak la mata..huhuhuhuu
Apa pun, duit bukan segala2nya tapi segala2nya perlukan duit.
Betulkan niat kita, keje bukan untuk cari duit semata2. Keje tu amanah & kita keje mencari keredhaan Allah. So pahala dapat duit pun dapat, tol tak?

Kerja

Ini la realiti keje kami yang mungkin sesetengah dari korang tak dapat bayangkan. Inilah yang kami hadapi setiap hari. Satu ikat tu mengandungi 30 fail. 1 hari seorang akan proses dalam 7-8 ikat. Kata la 7 ikat, dah 210 fail sehari seorang staf. Aku ada 6 staf yang tetap proses fail ni. Jadi 210X6=1260 fail sehari akan tersedia untuk aku tandatangan.
Bayangkan la,sebanyak itu fail yang perlu di proses. Kalau aku cuti sehari,esoknya akan ada 2520 fail yang aku kena proses. Aritu aku kena g kursus 2 minggu=10 hari tak masuk sabtu dan ahad. Bayangkan 1260 fail X 10 hari=12600 fail. Huh..korang bayangkan la betapa sibuknya aku dalam seharian kerja.
Yang peliknya,ada gak masa nak update blog ni semata2 untuk korang baca mende2 yang fresh. Semua ni untuk korang tau..bila nak belanja aku ni? hahahahahaa

Tuesday, September 23, 2008

Nantikan..

Posting akan datang aku akan masukkan cerita tentang Ratu yang bertahta dihati aku selama ni. Kisah kasih sayang & cinta yang tak terbatas & tak terbalas. Nantikan..

A: Ala,masukkan la harini..
D: Ish,mana boleh..harini dh berapa bnyk posting ni..
A: Ala,tak kisah la..nak tau jugak2..
D: Otak kau,tak boleh la..Kang x buat keja lak aku ni kang..
A: Ala,satu je lg..nak tau la..nak tau la...
D: Ish,sengal tol r dia ni..x boleh r..tunggu je la...
A: Ko tak masukkan aku bgtau boss ko..
D: Lantak la,boss aku ok je..
A: Ngko ni...masukkn je la arini..
D: Kalau aku masukkan arini jugak,esok aku takde modal la pulak..
A: Masukkan jugak..masukkan jugak..massdajdodfdnd (piap,aku tekup mulut A..hahahaha)

Korang tunggu je la ye..bye

Nor'ain Musa

Kerana dia sangat menghargai
kerana dia mengasihi & menyayangi
lemah lembut & budi bahasanya
periang dengan gelak ketawanya
jadi Ain,
abg, angah & adk karat
nak Ain tau
kami sangat menghargai mu..

ada2 je

aku ske tengok mende2 pelik camni. Macam2 idea kreatif dorang kn..Bayangkan kita makan mee goreng atau nasi goreng ada timun yang camni..peeeeeeeeeeeeehh.. bukan nak makan sangat pun tapi ske tengok timun tu..hahahaha

Aliffc


SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN,
TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR
TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL.
oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN.

Sweet And Spicy Chicken Wings

Ingredients
6 pounds chicken wings
1 1/2 cups Louisiana-style hot sauce
3/4 cup butter1 cup honey
1 pinch garlic salt
1 pinch ground black pepper
1 teaspoon cayenne pepper

Method
Preheat an outdoor grill for high heat.
Lightly oil the grill grate. Grill the chicken 8 to 12 minutes on each side, or until juices run clear. (You can deep fry or bake the chicken instead if you want to, but it is best when grilled.)
Remove chicken to a large roasting pan.
In a saucepan over medium heat, mix the hot sauce, butter, honey, garlic salt, black pepper, and cayenne pepper.
Simmer about 10 minutes, until blended and heated through.
Pour the sauce over the grilled chicken wings and stir to coat.

Lagu Utk Adik Karat


Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang-bintang
Dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian

Sadarkan aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam, terpana, terbata
Semua dalam keraguan

[Chorus]

Aku dan semua yang
terluka karena kita
Aku kan menghilang
dalam pekat malam
Lepas ku melayang
Biarlah ku bertanya
pada bintang-bintang
Tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna

[Chorus]

SILA AMBIL PERHATIAN

Assalamualaikum,

Adalah dimakluman bahawa keputusan perbicaraan bagi kes Abdul Kahar Ahmad lawan Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan disampaikan pada 26 September 2008, Jumaat jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Abdul Kahar (yang mengaku dirinya sebagai Rasul Melayu) dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di atas lima tuduhan mengikut mengikut Seksyen 7, 8 (a), 10 (b), 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Sivil untuk mencabar kesahihan kesalahan jenayah Syariah tersebut. Kes ini didengar bersama-sama dengan kes Sulaiman B. Takrib (salah seorang pengikut Ayah Pin) yang mencabar keputusan Mufti.
Kami menganjurkan untuk orang ramai serta NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir mengikuti keputusan demi menzahirkan sokongan kepada para pendukung kebenaran.


Bagi pihak Peguam Pembela Islam (PPI),

-- Azril Mohd Amin

Boleh Baca?



I CAN READ IT! CAN YOU?

Ada sesiapa yg boleh baca ni?


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-


fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.


i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


if you can raed tihs forwrad it.

Monday, September 22, 2008

Selayang Bowl

Assalamualaikum..
Ramai kawan2 komplen x puas tengok gambar kecik2..Nah kau,aku dah longgokkan sekali & aku masukkan gambar besar..tengok la puas2..hahahahaaa
Ni main2 boling ahad lepas, lepas masing2 penat uruskan Kay Community tu..Ni maen boling kitorg2 je, tak melibatkan mana2 wartawan atau artis. Keputusannye:
Kay - 130 pin..(tak padan kecik budak nih..huhuhu)
Djebat - 110 pin (huh,tangan tak bedung)
Mumu - 110 pin (dia ni suke tiru aku la..huh)
Yang kalah..
Adik karat - takyah bagitau berapa pin..wat malu jek..hahahaa
Dikwan - pun sama nih..
Azeem - terer awal2 jek..
hahahahaaaa...begitu la cerita main boling kat Selayang Bowl..
pastu kitorang melalak (karaoke la..) kat K-Box lak..huh, tak larat aku..

Dedikasi

Aku nak tujukan setinggi2 penghargaan ni kepada sorang manusia yang banyak sangat berjasa kepada aku,yang menyebabkan aku mampu hidup selesa, yang sentiasa memberi kekuatan pada aku untuk menghadapi cabaran hidup, yang sepanjang hidupnya menyusahkan diri bersama2 aku dan menyenangkan diri pun sama2 aku. Aku x tau nak luahkan macam mana tapi dialah yang korang boleh sebut sepupu,sahabat,adk,saudara aku.
Aku takde kata2 indah dan puitis untuk aku ungkapkan kepada dia,cukup la aku hargai dia dalam sepanjang hidup aku. Nama dia IBRAHIM MOHD NOOR. Thanks dude..hehehe

Sesekali Bicara Politik

Kau (Pak Lah) Pergi Jua
malam-malam terakhir di bilik kelam sebuah istana
mimpi pun menjadi igauan buruk
bersama suara-suara gamat memekak
di luar pagar yang kenyang
memakan padi dari dulang emas


berbalam musim-musim indah
dari ikon suami mithali
ke duda tua paling diberahi
meriah sebagai pengantin baru
bertukar menjadi foto-foto lapuk
yang tersadai dalam album usang

gemilang hari-hari terlelap
dari mesyuarat ke majlis negara
adalah memori tidak cemerlang
buat marhaen yang dendam terluka
oleh pembohongan manifesto terbilang
dan seribu keputusan flip-flop perdana

pujukan rayu dari anak dan menantu
keluarga dan rakan terdekat
semakin tenggelam dan karam
digilis cemuhan dan ketukan bertalu
mengetuk pintu kewarasan tersisa
tentang realiti semasa negara


berbuih di putrajaya kau berjanji
semuanya telah dimungkiri
yang tinggal hanya seluar dalam khairy
masih menjadi topeng kuasa
kerana tong taik ameno bila-bila masa
akan meletup oleh pengebom berani mati


dalam jaga dan terbang sana sini
masih kau belum temui
mutiara kata-kata shafie dan ghazali
yang tercicir hanyalah fail-fail korupsi
disorok berdikit menjadi bukit
bahan lucah ke mahkamah umum



ke mana kan kau bawa diri
sebagai statesman atau estate-man
mengharung wajah-wajah membenci
biar kau pergi jua, pergilah ke zimbabwee
tiada siapa tangisi, kecuali kroni
biar hidupmu di sana di panggil Tun Hadhari!


Fudzail
Palm Jebel Ali
21 september 2008

Sunday, September 21, 2008

Kay Community Bersama Media

Assalamualaikum..lambat sket nk posting cite ni..maklum la bizi sket..Ha,korang ratap r gmbr2 yang aku masukkan ni. aku malas nak cerita, biar gambar2 ni bercerita sendiri ek..
Apa pun thanks kepada Kak Ani Rumpun Selera Bandar Baru Selayang..Makanan memang best2 gle la..




Abang Ezora ni pun sporting gak. Atas pentas dialah Hero..hahaha




Ada gak sesi mendera peminat. Sapa lagi yang punya keje kalau bukan adik Karat & Shah. Kepada yang kene dera tu, korang memang best lah..hahahaha
Rakan2 media pun thanks gak sebab sudi meluangkan masa bersama komuniti ini. Korang2 yang datang tunggu la bila2 isu majalah Klik, Remaja & Media Hiburan yang akan siarkan wajah2 korang nanti ye..
Thanks gak pada rakan2 artis yang hadir sama, Zali (abang ezora), Shah (raja lawak) & again,adik Karat. Tak lupa juga rakan2 dari team Toyota & rakan2 Kolej Komuniti Selayang. Korang memang best..best..best..

Juadah Berbuka..ish3

Semalam Majlis Berbuka Puasa Kay Community Bersama Media kat Restoran Rumpun Selera Selayang. Aku bukan nak cite pasal majlis tu tapi aku nak tunjuk kat korang gambar2 ni:Bubur som2 bersama sagu, fav org johor
Pecal Jawa & Kupang Mayonis
Puding cendol,jeli & jagung dalam santan
Bubur lambok
yang penting,semua aku punya..haahaha

Emm..bulan puasa ni macam2 aku dapat makan. Yang tak penah makan pun dapat gak. Yang bestnya berat aku turun 2kg..haahahahahahaaa..
Kalau korang ingat nak makan apa pun,makan la,cuma jangan makan disiang hari ye..selamat meneruskan ibadah puasa..

Friday, September 19, 2008

Klaka la Hishamuddin Rais ni..

Baca je sudah,jangan wat komen apa2..

Monolog seorang nyah
Hishamuddin Rais Jun 6, 08 1:47pm
NOTA: Artikel ini ditulis dengan maksud satira, dengan gaya bahasa slanga - pastilah tidak menggunakan tatabahasa rasmi. Jika tidak bersetuju dengan gaya penulisan artikel ini, anda dinasihatkan TIDAK meneruskan pembacaan.

"You ni... I betul-betul sedih bila I dengar you keluar parti you. I dengar you yang buat parti itu. Pasal apa you keluar? Ini dah ada orang buat cerita kata parti you tu dah umur 60 tahun. Kan you nombor satu dan mem you number dua. Mana masuk akal parti you 60 tahun. Tak kan lah you buat parti ni masa umur you 20 tahun. Masa tu you kan cute lagi belajar kat universiti Singapura. You pun masa itu belum jadi Melayu lagi kan? Napa you senyap aje tak cerita yang parti ni you dan mem you yang punya. Ni lah yang Mak tak faham.
La ni I dengar you dah merajuk. I dah dengar banyak cerita. Soh seh soh seh merata-rata. Orang parti you sendiri tak layan you lagi. Orang parti you ni betul-betul buat you macam selipar Jepun -- dah pakai, tinggal kat tepi jamban. Orang dah tak respect you lagi. I dengar kat Kubang Pasu pun dia orang ludah muka you. Ni yang mak tak faham ni. Dulu cium tangan you. Lah ni kentut muka you.
I jadi sedih ni bila I dengar orang parti you kata 'kita belajar dari presiden kita, dia yang ajar kita...' Orang parti you ikut betul-betul perangai you. Dia orang cerita, yang dulu pun you buat kalut bakar bontot Tunku. Lah ni dia orang nak bakar bontot you. Lah ni orang dah mula cerita kalau you mati nanti mereka tak nak tanam you kat Masjid Negara. I sedih bila dengar labon orang parti you. Tapi masa Tunku mati dulu pun. you tak declare holiday kan? Pasal apa you tak declare cuti? You lupa ke ? Sekarang orang-orang parti you kata hendak ajar you betul-betul. Ni mak sedih. Mak risau you dibuang ke mana nanti.
Tapi mak nak tanya napa dulu you tak hormat pada Tunku? Dia anak raja, lah ni you kena daulat kot. Dah kena tulah. Tu pasal, jangan lawan Raja-raja.I ada baca surat you yang you cerita masa ini udah tak ada orang parti layan you lagi.
Hairan napa orang parti you buat you macam tu? Tak hormat you lagi. Orang parti you lupa you menangis dulu. Mereka dah lupa. Mereka tidak ingat muka cembeng you. Mereka mudah lupa, tak ingat muka you menangis dulu. La ni you nak menangis lagi ke? Kalau you menangis sekali lagi, you hentak-hentak kaki dan guling-gulingkan badan. Baru dia orang ingat you serius. Kalu tidak, dia orang ingat you buat lawak.
Betul ke I ada dengar khabar, ada orang Kubang Pasu nak datang jumpa you tapi kena larang? Woit betul ke cerita ni atau you sendiri yang buat-buat cerita? You memang pandai reka-reka cerita. You ada kelas bila karang cerita. Dulu you karang cerita main bontot. Lah ni you buat cerita orang kena larang jumpa you. Biar betul cerita ni. Mak tak faham napa orang dilarang jumpa you. Ada lagi ke orang yang nak datang jumpa you? You salah kot... Mungkin orang Bangladesh sesat jalan kat Kubang Pasu?
I percaya betul cerita you tentang Singapura nak ambil negeri ni. I udah lama perhatikan perangai orang Singapura tu. I memang tak percaya negeri kecik tu. Dulu, I dengar mereka ada buat janji dengan Israel. Mereka beli kereta kebal Israel. Ni mereka dah ambil pulau kita. Punat betul Singapura ni.Tapi Singapura ni bukan macam Penang ke? I dengar parti you juga yang kalut dulu. Tahun 1965 dulu, napa you tak bising hantar askar ambil Singapura? You takut apa? Masa tu you dah jadi Melayu. You ahli exco Pemuda dalam parti you. You dah jadi nasionalis. Tapi satu pun tak keluar dari mulut you. Ni laaa... Mak tak faham napa tak pret pret bising bising dulu.
I sedih bila you jadi korok macam ni. Dah ada orang berani kata you ni patut kena ISA. Orang yang kata ni suku sakat you juga. Asal usul dari India. I tak setuju you kena ISA. I dengar jahat you ni bukan untuk ISA. You tau... tak baik orang yang cadang ISA untuk you. Mana ada kelas you kena ISA. Standard you ni patut macam Slobodan Milosevic. Jangan potong stim. You ada kelas.
I ingat lagi you cakap di OIC. You memang kelas. You betul bukan Kancil. You betul-betul Proton Wira Dunia Ketiga. You berani. You jadi raja di Afrika. Orang Itam tak perlu visa nak datang lawat raja mereka. Lah ni ramai Orang Itam udah masuk Malaysia. Orang Itam ni semua datang nak cari you. Mereka nak jual Black Money pada you. I dengar di Zimbabwe ada Orang Itam nak buat makam besar untuk you kalau you tak diterima di Masjid Negara. Mak jeles dengar cerita ni. You betul hebat. You kelas.
You jaki ke dengan Dolah? Atau you jaki dengan menantu dia yang cute tu? I rasa you sudah silap, pasal ni I sedih. Patut you buat cerita baru untuk Dolah macam you buat cerita bontot dulu. I sedih bila you merajuk kerana Dolah. Dolah, mana ada kelas. Dia tidur siang malam.
Biar mak cerita sini... Lepas pagi election, Dolah bangun jam 11 pagi. Parti you dah jadi haprak tapi Dolah asyik tidur meninggi hari. Kah kah kah. Tapi you juga yang pilih Dolah kan? Ni yang buat mak confused. You selalu salah orang. I sedih bila dengar you salah pilih lagi. You ni cerdik tapi you bodoh. You potong stim I lah.
I ada dengar kawan lama you dari Jay Bee yang kata you ni macam duri. Kawan you ni betul-betul tikam you dari belakang. Betul tak I kata? You tak pandai pilih kawan. I sedih bila kawan lama you cakap lagu tu. Berani dia kata you ni macam duri. Duri ni halus. Dia tak tahu you bukan jenis duri. You tunggul kayu. Tunggul keras.
I sedih betul bila I dengar parti you jadi haprak. Ramai orang udah tak hormat parti haprak yang you buat dulu. I dengar parti-parti lain juga udah mula nak lari tak mahu dekat dengan parti haprak you. Pasal ini you keluar parti? Tapi mak tak faham masa you keluar parti kenapa tak ramai orang yang ikut you? I marah bila you keluar sorang-sorang. Mana geng you yang lain?Anak you sendiri pun tak ikut keluar. Mana ada kelas anak macam ni. Ini anak siapa?
Bila you keluar parti, I dengar ramai orang buat kenduri syukur. Betul ke cerita ini? I dengar banyak loyar-loyar buruk kat Bar Council buat kenduri. Loyar-loyar buruk ni buka champagne Dom Perignon. You ni betul-betul jadi haprak macam botol.
I sedih dengan loyar kawan you yang kata korek korek korek. I hairan macam mana you ambil dia jadi lawyer you. You ni selalu pilih salah kawan. You betul-betul buat I sedih. Lawyer korek korek korek ni mana ada kelas. Dia ini kelas paling bawah!I ingat you janganlah merajuk lama sangat. Muka you tambah jobo nanti. I ingat you baik cari peguam yang bagus-bagus bukan yang korek korek korek.
I dengar ramai orang nak saman you. You ni sudah jadi selipar Jepun. I risau apa jadi dengan you nanti kalau you kena saman.Mak tunggu-tungu you buat cerita baru untuk Dolah. Ni you bising cerita lama. Cerita ini dah karat. Maaf... fasal reka-reka cerita ni mak kurang pandai. Tapi I tahu cerita Siti. Auuuw. Jangan bagi I sedih."

Buah Hati

Buah hati? hehehe..ni 2 orang buah hati pengarang jantung intan payung aku ni..
Mohammad Najmi Hakim
Muhammad Zairi
Dorang ni la yang buat aku tak sabar2 nak balik kampung ni...rindu sangat dengan keletah dorang. Hakim dah masuk 4 tahun & Zairi baru 3 tahun tapi, dengan ada 2 orang ni kat rumah, dah cukup meriah dah..
Tahun ni kena sediakan duit raya lebih sket untuk dorang sebab masing2 dah tau kira, dah tak boleh klentong lagi dah..hahahaha..

Lailatul Qadar

salam,

Akhir nya kita akan sampai ke last 100 meter ramadhan. 10 malam akhir kemuncak mencari redha, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Malam lailathulqadr, Tidak perlu diceritakan lagi apa kelebihan nya.Apa yg perlu diceritakan ialah samada kita dapat bangun, paling minima dimalam malam ganjil untuk sembahyang sunat tahajud, paling kurang 2 rakaat. Adakah pada tahun ini kita masih sama dengan tahun tahun yg lalu, lemah longlai tak rasa apa apabila kita tidak dapat berdiri ditengah pagi sunyi.

Berapa ramai dari kita akan bersunggguh untuk bangun antara 2pagi hingga 5 pagi. Bersungguh dlm ertikata, set alarm handphone, atau jam untuk mengejut diri kita. Mungkin kita macam tahun2 lalu, longlai tak bermaya dikala sejumlah kecil manusia bangun berdiri dan bertasbih.Kalau pun tidak, berapa ramai dari kita yang akan bangun bersembahyang sunat antara jam 5 sehingga sebelum subuh. Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua.

Maknanya walaupun 2 rakaat, ianya amat bernilai.Untuk mereka yg mahu merancang hidup, malam malam akhir 10 ini amat penting untuk kita merintih meminta pertolongan agar Allah mudahkan dan tunaikan.Bagi mereka yang mahu mendidik anak sholeh, malam2 akhir ini amat penting memohon doa agar Allah mengurniakan anak kita sebagai anak yang bijak cerdik pintar sholehah, juga mendoakan agar anak kita mendapat kebahagian dan kejayaan dan diredhai dunia dan akhirat.


Jika kita termasuk dalam golongan orang yg selalu gagal untuk bangun pada 10 malam akhir ataupun malam malam ganjil, marilah kita mencuba semula pada tahun ini. Paling kurang kita mencuba semula tetapi lebih serious cubaan itu dari tahun tahun yang lalu.

Sekiranya anda ingin mencuba,
-setkan alarm jam atau handpone anda
-berniat untuk bangun malam pada jam tertentu,
-sebelum tidur, seru diri anda " xxxx, bangun pukul 4pagi" tapi bila terjaga mesti terus bangun.
- atau jika anda rasa anda tidak ada kekuatan untuk bangun dengan cara cara diatas, pergilah tidur dimasjid yang ramai org beriktikaf. Suasana masjid tersebut pada jam 4 pagi akan membangunkan anda. Dan inilah cara yg terbaik untuk org seperti kita yang sungguh lemah dalam bab bangun tahajud ini. Kita juga mendapat pahala beriktikaf dan pahala sunnah nabi.

Selamat mencuba.Moga moga kita mencari lailatul qadr.

Kerja itu amanah

Assalamualaikum, salam jumaat. Hari yang ramai orang2 bekerja tunggu2, tol tak? Hari jumaat adalah hari bahagia bagi orang bekerja sebab esok cuti. Tapi aku rasa sama je,takde bezanya sebab ari sabtu dan ahad aku ada keje gak. Sebaliknya hari jumaat bagi orang2 pantai timur dah memang hari cuti dorang.
Dulu kat Johor hari Jumaat cuti. Masa aku keje Johor dulu,bahagia kalau cuti hari jumaat. Senang nak bersiap untuk solat jumaat. takde la pening fikir kerja lepas tu terkejar2 nak ke masjid. Sekarang aku kerje kat KL, hari jumaat hari bekerja. Pening gak kepala tapi mungkin dah biasa, macam takde apa dah. Tapi kalau diberi pilihan, aku suka cuti Jumaat & Sabtu.
Kerja aku banyak main dengan fail & otak. Kadang2 sakit kepala & letih kat otak. Orang kata letih badan boleh tahan lagi,tapi letih otak ni, badan jadi lemah, mata jadi berat. Korang tengok la fail belakang aku tu. Nak bagitau ni, itu cuma 1% je dari fail2 yang ada dalam & depan bilik aku. Apa? Baru 1% je?
Ha,jangan terkejut la. Ofis aku ni macam tempat longgok fail tau tak. So sapa2 yang dah keje 7-8 tahun kat sini dorg memang dah hafal dah tentang fail ni. Sebut je nombor fail, dorang dah tau apa cerita. Aku? Jangan harap..hahahahahaa
Rakan keje aku yang banyak membantu dalam keje aku ni antaranya Hafaz, Linda, Fareez, Kak Nab, Mas & Iqa. Dorang kira lama la jugak keje sini. Sayangnya lom ada lagi gambar dorang utk aku masukkan dalam blog aku ni.
Apa pun aku nak ucap setinggi2 penghargaan pada dorang. Kalau takde dorang ntah camne la keje aku yang dah memang berlambak2 ni. Ni dah nak mula keje semula, tapi petang jumaat, pandang kanan fail,pandang kiri fail, pandang depan fail..malas la nak pandang belakang. Walau pun keje ni meletih dan memenatkan, aku kena sentiasa ingat pesan mak "kerja itu amanah".
Nanti bila free aku merapu lagi k.

Thursday, September 18, 2008

BlueBiru Entertainment

Lepas cubaan pertama disiarkan dalam blog,aku seronok lak nk post lg..(x buat keje la ni kang)
Now aku nk kenalkan artis2 dibawah naungan x rasmi BlueBiru Entertainment,antaranya:


Kay (Gangstarz 2007)
Afif (mystarzLG)
Faiz (Gangstarz 2008)
Alif Razali (AF6)
Shah (Raja Lawak)




Sebenarnya bukan la BBE menguruskan dorang ni,tapi mcm tlg kawan2 je..Ada job share dgn dorang semua. Sapa sempat, join la tp kebanyakan masa dorang memang dengan BBE la. So sapa2 nak jemput dorang wat persembahan just call Djebat (0127597151).




Selain dorang ni,BBE juga ada manage beberapa bakat baru & model. Antara bakat baru yang bakal meletop & jadi rebutan media adalah Alif aka Adik Karat sebab dia ni rajin tolong BBE dalam apa2 event, so ramai la wartawan yang minat nak naikkan dia. Emm..nasib ko le labu...


Alif aka Adik Karat
Banyak jugak la event yang BBE sertai antaranya yang terkini ialah Majlis Berbuka Media Hiburan bertempat di Vistana Hotel. Dan lepas ni crew BBE akan sibuk lak dengan Majlis Berbuka Kay Bersama Media & Peminat pada 20 September. So nanti akan da la posting baru ek..heheheee