Tuesday, September 23, 2008

SILA AMBIL PERHATIAN

Assalamualaikum,

Adalah dimakluman bahawa keputusan perbicaraan bagi kes Abdul Kahar Ahmad lawan Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan disampaikan pada 26 September 2008, Jumaat jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Abdul Kahar (yang mengaku dirinya sebagai Rasul Melayu) dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di atas lima tuduhan mengikut mengikut Seksyen 7, 8 (a), 10 (b), 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Sivil untuk mencabar kesahihan kesalahan jenayah Syariah tersebut. Kes ini didengar bersama-sama dengan kes Sulaiman B. Takrib (salah seorang pengikut Ayah Pin) yang mencabar keputusan Mufti.
Kami menganjurkan untuk orang ramai serta NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir mengikuti keputusan demi menzahirkan sokongan kepada para pendukung kebenaran.


Bagi pihak Peguam Pembela Islam (PPI),

-- Azril Mohd Amin

No comments: