Ya Allah, kesempatan untuk aku update blog selalu berkurang. Tapi aku gagahkan jugak untuk korang ratapi & untuk aku penuhi blog ni dengan apa jugak aktiviti yang boleh aku kongsi dengan korang.
Aku janji dengan adik aku, kalau ada Festival Layang2 lagi, aku akan bagitau dia. Sayangnya bila aku bagitau, dia sibuk sebab ada kawan dia bertunang & kena ambik gambar kawan dia kat KL. So sekali lagi aku janji aku akan ambik gambar & letak kat blog untuk dia tengok.
Kecewa..hujung minggu aku kena naik KL sebab Editor Mangga call nak buat fotoshoot untuk Shafri. Ertinya, aku tak dapat la ke Festival Layang2 hujung minggu ni. Disebabkan Festival berlangsung dari 16-22 Februari 2009, aku cadang pegi awal. Ini la hasilnya..
Welcome to Bukit Layang2, Pasir Gudang. Tapi sedih la, yang ada cuma layang2 budak sekolah & sikit2 layang2 tempatan. Rupa2nya, layang2 antarabangsa cuma akan diterbangkan pada hari Sabtu & Ahad je..
Masuk2 je area tu aku nampak deretan kedai yang jual layang2 bermacam2 warna & bentuk, tapi paling smart, layang2 bentuk harimau.
No comments:
Post a Comment