Tuesday, February 24, 2009

Sekali Aku Jentik

Ribuan orang sudah membaca & masing2 ada komen sendiri. Apa yang aku terkilan ialah kenyataan lelaki tersebut seperti yang aku petik dari Harian Metro:

“Memang kami akrab, tapi umpama adik dan kakak, saya pun tahu batas pergaulan,” katanya yang dihubungi semalam.

Sayangnya seorang pelakon seperti beliau yang tahu batas pergaulan, bergambar seperti itu. Persoalannya, apakah batas yang beliau maksudkan? Setahu aku, perbuatan tersebut jelas melanggar batas susila orang timur & seorang Muslim khususnya.
“Cuma saya kesal kerana tidak menyangka gambar itu menjadi bualan ramai sedangkan tidak ada apa-apa pun,” katanya yang bersiap menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk RTM.

Apa maksud beliau pula dengan "tidak ada apa-apa"? Perbuatan tersebut tidak ada apa-apa? Tidak salah? Biasa bagi artis?
Ya Allah, inilah yang aku risaukan dalam usaha aku mengendalikan BlueBiru Entertainment. Bimbang bakal2 artis dibawah BlueBiru Entertainment akan bersikap & berfikiran seperti ini. Bimbang, risau & takut.
Bukan lah menggambarkan aku seorang yang baik, cuma aku ingin amalkan apa yang aku belajar dulu. Korang fikir2kan lah ye..

No comments: