Thursday, February 12, 2009

Fotoshoot Majalah iRemaja

25 Januari 2009
Frim, Kepong.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau pun agak terlewat dari jadual asal. Alhamdulillah & terima kasih sangat2 pada hero2 iRemaja kerana sudi datang untuk fotoshoot petang tu. Bukan calang2 orang tau yang datang. Credit untuk Zulyasrani - tempat kedua, Ezham - tempat ketiga & Acan - pilihan pembaca. Mereka ni pemenang2 dalam pertandingan Pencarian Jejaka iRemaja. Cuba selak majalah iRemaja bulan Disember 2008 & Januari 2009.
Tiba2 Nizam pun datang jugak. Walau pun untuk menemani Acan, tapi kehadiran Nizam sangat bermakna sebab sekarang ni beliau adalah Top 20 dalam Pencarian Lelaki Maskulin 2009. All the best zam.
Tujuan aku sebenarnya selain nak tolong dorang dapatkan gambar2 untuk profil, aku nak bagi pendedahan pada Shafri supaya dia tak rendah diri dan dapat belajar dari mereka yang dah berpengalaman dalam bidang ni. Alhamdulillah, korang tengok la hasilnya lepas Shafri bercampur dengan model2 iRemaja ni.

Ni antara shoot yang sempat aku sertakan untuk korang meratap..hehehe.. Pose dia makin matang kan? Lagi 1 ekspresi muka dia tu jarang ada pada model2 baru.
Ha, gambar besar tu bukan sihir ye, bukan juga camera trick. Apa pun, terima kasih sekali lagi kepada korang semua.

No comments: