..disini,yang anda baca ini adalah pandangan peribadi,adalah medan untuk berkongsi dan apa saja untuk mengenali hati budi..
Friday, May 29, 2009
Projek Suka2: Filem Pendek iCon
Alhamdulillah, setelah 2 hari di war2kan dalam buletin Myspace aku, bertalu2 sms pendaftaran iCon masuk dalam hp. Dari respon yang aku dapat, ramai bertanya macam2 tentang Filem Pendek iCon tu. Ramai yang berminat nak tau.
Tapi maaf la, aku tak boleh dedahkan yang lain2 selain dari apa yang aku bagitau buat masa ni. Ada yang nak tau macam2 yang detail. Kena la faham, ada gak mende2 yang aku kena jaga, tol x? Ok, now aku bagitau info yang boleh korang tau.
1. Tiada proses casting akan dibuat untuk menjadi pelakon Filem Pendek iCon.
2. Dalam perancangan untuk melibatkan pelakon handalan but not a promise.
3. Filem2 Pendek ini tidak akan dikomersilkan atau dijual kepada mana2 production house sehingga dipersetujui oleh Nadi iCon.
4. Oleh itu, pelakon tidak dibayar apa2 royalti, saguhati dsbg. Sesuai la, nama pun projek suka2.
5. Di mana Filem2 Pendek ini akan disiarkan? Akan diberitahu kelak.
6. Tujuannya, untuk promosi iCon, promosi bakat2 baru iCon, promosi idea iCon & persiapan menyertai Short Film Fest.
7. Tiada sebarang transaksi bayaran atau urusan kewangan terlibat. Jika ada pihak meminta anda membayar sejumlah wang, aku dan Nadi iCon tak bertanggungjawab.
8. Terbuka pada sapa2 pun, berapa umur pun, kecik, besar, tua, muda, panjang, pendek, gemok, kurus..aku tak kisah.
9. Di mana pun korang berada jangan risau, iCon akan sampai ke tempat korang & korang layak menyertai projek ni jika korang warga iCon.
10. Proses2 lain aku tak boleh bagitau. Setakat ini je kot buat masa ni.
Apa pun, korang yang dah bagi komitmen untuk iCon & untuk projek ni, sila2 la promotekan kat kawan2 yang lain ek. Yang belum sertai, bila lagi? Just smskan nama penoh, no ic & alamat kat aku, 0127597151 je. Tak susah kan..?
Thursday, May 28, 2009
Happy Birthday Fiqrie (Mamu)
Projek Suka2
Oleh itu, warga iCon yang berminat menjadi
Crew
Pelakon
Penulis skrip
Make up artis
Djebat 0127597151 / 0197866969
SMS TIDAK AKAN DILAYAN
Yang belum menjadi warga iCon sila daftar dulu..
Wednesday, May 27, 2009
Happy Birthday Kechik
Lenguh Otak
Beberapa tahun lalu, ketika aku berusia dua puluh tiga. Aku bernikah dengan seorang janda yang parasnya menggoda. Janda ini memiliki anak perempuan berambut merah. Ayahku jatuh cinta dengannya, maka merekapun menikah.
Hal ini menjadikan ayahku menantuku dan mengubah hidupku. Anakku menjadi ibuku, sebab dia adalah isteri ayahku. Menambah kerumitan hidupku, meskipun membuatku senang, Aku menjadi ayah dari seorang bayi yang comel.
Anakku itu kemudian menjadi saudara tiri ayahku, jadi dia adalah pak sedara aku, meskipun kelihatannya payah. Karena dia adalah pak sedara aku, maka dia juga saudara laki-laki, dari anak perempuan janda, yang mana bagiku dia ibu tiriku.
Isteri ayahku kemudian mempunyai anak, menjadikan bertambah lucu, Yang kemudian jadi cucuku, karena dia anak dari anak tiriku.
Isteriku sekarang adalah ibu dari ibu tiriku, sebab meskipun dia adalah isteriku, dia juga adalah nenekku. Jika isteriku adalah nenekku, maka aku adalah cucunya. Dan setiap memikirkannya, aku jadi tambah gila. Karena sekarang aku sudah pening yang tak pernah terjadi, sebab sebagai suami nenekku, aku juga menjadi atokku sendiri.
Dah la tu, pening aku ooooooooooooooiiiiiiiii, sapa aku ni?hehe
Nak sertai filem pendek iCon..? Call aku cepat2 ek..
Tuesday, May 26, 2009
15000
Happy Birthday Adam
Friday, May 22, 2009
Presiden Nadi iCon
iCon @ Jotic
21 Mei 2009
Jotic, JB
Aktiviti:
1. Meninjau lokasi pejabat baru pengurusan Nadi iCon
2. Mesyuarat penubuhan Nadi iCon
Lokasi yang dipilih untuk dijadikan pejabat pengurusan Nadi iCon. Dilengkapi dengan sebuah ruang legar yang besar beserta pentas, auditorium seminat & teatre yang besar, Lokasi yang sesuai, kedai makan & restoran berdekatan, surau, pejabat2 pelancongan dan kemudahan parking yang banyak. Walau bagaimana pun, cabaran kepada Nadi iCon untuk menjadikan lokasi ini pejabat pengurusannya ialah, kerja keras melaksanakan perancangan seterusnya.Sebelum mesyuarat bermula, beberapa orang yang dah sampai awal mula berangan2, kalau la betul pejabat pengurusan Nadi iCon jadi buat kat sini..Wow..!Sesi taklimat awal, hala tuju iCon & perancangan yang dibuat.Sesi mengundi dalam pemilihan organisasi Nadi iCon. Tahniah kepada saudara Ali yang terpilih menjadi Presiden & tahniah juga kepada pasukan Nadi iCon yang terpilih. Keputusan akan diumumkan kemudian, selepas pembentukan organisasi lengkap oleh Presiden. Ni rutin biasa, kalau dah berkumpul ramai2, sebelum balik mesti nak bergambar ramai2 kan. iCon mengucapkan selamat datang kepada Ita & Awul yang baru bersama kami.
p/s: Kredit kepada Syafix yang menjadi fotografer.
iCon Photo: Eykal
Wednesday, May 20, 2009
Jemputan Cosmopoint JB
Terima kasih kepada Fila yang sudi menjemput aku ke Showcase student beliau. Patutnya dah lama aku buat n3 ni tapi kesibukan jadi penghalang.
Setelah masuk ke dalam, korang ratap la hasil kerja mereka. Sangan berbakat lor... Bila nak join iCon Design..hehehe
Matt: Siapa kenal?
Syazmi@KIP Idol
Syazmie mempunyai bakat besar dalam seni suara. Tak pernah jemu mencuba & yang terbaru, Syazmie berjaya melangkah ke final KIP Idol di KipMart Tampoi pada hari Ahad ni jam 12 tengahari. So korang2 yang berkesempatan diharap dapat turun beramai2 menyokong Syazmie.
Untuk memeriahkan sokongan kepada bakat baru iCon ni, bawak la sepanduk ke, apa2 yang boleh la. Kita bikin gempar..Kepada Syazmie, kalau nak berlatih kat karaoke tu, ajak la ye..
hehehehehee..
Perhatian Untuk Korang
Korang, sila dapatkan MANGGA JUN 2009. Nama iCon disebut lagi di dalamnya & baca apa yang Kay kata.
Korang, sila rujuk www.rantai-art.blogspot.com & sapa2 ada myspace tu, add la www.myspace.com/rantai.
Korang, iCon mencari mereka2 yang berminat menyertai Nadi Penggerak iCon disemua peringkat. Sapa2 berkemampuan dan berpengalaman sangat dialu2kan. Group ini akan dikenali sebagai Nadi iCon.
Korang, ramai yang tanye apa nak buat lepas sertai iCon. Harap korang boleh sebar2kan dan war2kan tentang iCon kepada kawan2. Kalau boleh korang kumpul nama, no IC, no tepon & alamat kawan2 korang tu, & submit pada aku supaya aku take note, itu group korang.
Korang, kalau ada apa2 idea untuk event, xtvt, nak buat iCon apa contohnya iCon bisnes ke, iCon Graffiti ke, sms kat aku 0127597151/0197866969 k. Aku perlukan idea2 untuk menganjurkan event di semua peringkat & idea korang akan dihargai.
Thanks to all.
Tuesday, May 19, 2009
iCon Model: Lya
Kalau korang ingat, Lya pernah shoot kat Grand Paragon. Lepas tu lama aku tak jumpa Lya sebab masing2 sibuk dengan keje. Kadang2 aku jumpa budak2 Lya takde, kadang2 dorang berkumpul, aku lak takde.
Bila aku call Lya untuk fotoshoot, Lya tak menolak & inilah hasilnya. Korang nampak tak perubahan dan peningkatan pada Lya?Apa pun, aku yakin dorang berbakat dan perlu digilap, dilentur & diketengahkan supaya memberi persaingan sihat dalam industri. Sebab tu aku yakin iCon akan berjaya walau lambat macam mana sekali pun.
iCon Model: Wan
Lama dah aku kenal Wan melalui blog abg Anuar Razali URS. Wan memang ada potensi untuk jadi salah seorang model kalau dibentuk dengan baik. Dengan tinggi, bentuk badan dan rupa, aku bagitau Wan aku teringin nak wat fotoshoot untuk dia & akhirnya pada 17 Mei lepas Wan tunaikan hajat aku.
Disebabkan Wan biasa dengan fotoshoot dalam studio, maka dia tak nampak kekok bergaya untuk fotoshoot outdoor.Disebabkan dalam iCon peluang sentiasa terbuka, Wan dengan senang hati join iCon, maka bertambahlah sorang lagi warga iCon.Korang ratap lah renungan mata Wan ni ek. Sekali lagi, kalau ada komen membina, sangat2 dialu2kan.
iCon Model: Ila
Bakat baru yang minat berlakon ni namanye Ila @ Nabila. Aku jumpa dia masa Anak Wayang kat Grand Paragon. Sejak tu aku tak jumpa dia lagi sehingga la gathering pertama iCon yang kat Diva tu. Lepas tu kami jadi rapat.
Kebetulan Ila ada masa free bila aku ajak dia wat fotoshoot dengan Wan. Ini merupakan fotoshoot pertama Ila, so korang ratap la gambar2 Ila & kalau boleh komen, komen la untuk Ila baiki lagi pose2 dia k.Pose ni nampak garang..HeheheAku suka pose ni, nampak santai walaupun macam ringkas sangat kan..?Yang ni pun aku suka. So kalau korang ada apa2 idea, just roger aku k.