Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Bismillahhirrohmannirrohim..Maaf mak, orang tak dapat balik untuk raikan hari ibu..
Kereta rosak lagi, orang tau mak pening kepala..
aritu birthday mak pun orang tak dapat balik..
Maaf mak, bukan sengaja dan bukan dulukan yang lain,
mak tetap utama tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan.
Mak, orang tau mak tak baca pun blog ni,
tapi orang nak mak tau,
orang sayang mak
& akan jaga mak sepanjang hayat.
Budi jasa bakti mak bukan sikit,
membesarkan orang dengan penuh kasih sayang,
& sekarang mak keseorangan menghabiskan sisa hidup.
Mak, orang mintak maaf,
hidup terlalu sukar untuk orang bahagiakan mak,
sepuluh ringgit sebulan pun susah nak bagi mak,
apa lagi nak hantar mak pergi Haji..
Ayah sampai meninggal pun, orang tak dapat tunaikan hasrat dia,
orang tau mak tak putus2 berdoa,
orang yakin mak, kalau bukan didunia ni,
diakhirat Allah akan kabulkan doa mak.
Mak, sempena hari ibu,
orang merafak sembah mohon ampun dan maaf,
kalau boleh sujud orang akan sujud dikaki mak.
Orang doakan mak bahagia dunia akhirat.
Selamat hari ibu mak.

No comments: