Detik bersejarah tercipta. Kalau semalam hanya pertemuan untuk bersama2 dengan warga Kay-iCon, 3 Mei melakar satu persefahaman dan membentuk satu gandingan yang boleh dikatakan mantap. Aku nak korang baca betul2 n3 yang ni supaya korang faham dan menjiwai Kay-iCon Community yang selepas ini akan dijenamakan semula dan dikenali dengan 1 nama yang istimewa.
Setelah berbincang dengan Kay secara ringkas, aku cadangkan kepada Kay supaya Kay Komuniti & iCon Community disatukan dengan nama Kay-iCon Community yang masih lagi mempunyai matlamat yang sama. Hanya kelebihannya ialah, gabungan kekuatan tenaga kerja dan keselarasan tindakan.
Setelah setuju untuk menggabungkan Kay Komuniti dengan iCon Community, langkahnya semakin jauh. Dijangka bulan Jun akan dilancarkan single sulung beliau, Bisikan Hati. Kay bergiat cergas dan aktif dalam Karyawan dan pelbagai aktiviti seni.
Pada 3 Mei 2009 sebagaimana yang dirancang, 3 pengasas kepada 3 entiti tersebut telah bertemu ditemani oleh rakan2. Perbincangan yang berkisar kepada program bersama, kerjasama memantapkan hubungan, akhirnya melarat kepada penggabungan 3 entiti menjadi 1. Kay-iCon Community yang baru saja digabungkan, kini akan digabungkan pula dengan sebuah persatuan besar, S2dio Photography.
Persetujuan dicapai untuk menamakan gabungan Kay-iCon Community dan S2dio Photography ini dengan nama Kay-iCon Studio Society yang akan didaftarkan dalam sedikit masa lagi. Aku nak tarik perhatian korang, iCon kini dikenali dengan nama:
Kay-iCon S2dio Society
K.i.S.S
Alhamdulillah.. Gambar ni bukan diambil selepas persetujuan tu, tapi kitorang dah nyanyi sama2 lagu yang sama sebelum persetujuan tu lagi. Aku bangga, at least ini pencapaian terbaik iCon setakat ni dan inilah permulaan kepada satu perkembangan yang lebih bermakna dalam industri seni. Tunggu je la..
Antara perancangan terdekat yang bakal dilaksanakan ialah Talent Camp. Maklumat lanjut aku akan masukkan tak lama lagi k.
No comments:
Post a Comment