Thursday, July 30, 2009

Ya Allah, Kau Selamatkan Kami

Bismillahhirrohmannirrohim..

Kancil warna emas tu memberi signal membelok ke kiri. Disisi jalan, sebuah Gen2 diletakkan menghimpit ke tepi. Dalam masa yang sama, sebuah kereta keluar dari simpang menyebabkan kancil terpaksa diperlahankan.

Tiba2 sebuah kereta merah meluru ke arah kancil & membrek. Semua mata memandang. Kereta kancil tersepit antara kereta merah & sebuah lagi Perdana yang meluru laju, menghalang terus pergerakan kancil. Aku terkedu, Ali & Afiq tergamam.

Kereta merah cuba melepaskan diri, tapi kedudukan ruang yang sempit menjadi penghalang. Belakangnya telah dihalang sebuah Persona. Dari Perdana yang menyekat kancil tadi,keluar 2 lelaki yang berbadan sasa sambil mengacukan pistol. Lelaki dalam kereta merah keluar lalu melepaskan 1 tembakan..

Fuh, mujur la itu hanya imaginasi aku je..

Kereta merah tu meluru menggesel tepi kereta aku dengan selambanya.. Mampos, kopak dari depan sampai belakang cat keta aku..aduyai... Aku keluar, orang ramai mula berkerumun melihat apa yang terjadi. 2 kereta mengejar kereta merah tadi. Aku, Ali & Afiq masih tergamam.

Pengalaman macam shooting filem Hong Kong ni kami lalui semalam petang bila balik dari kerja. Tak pernah sangka aku akan hadapi semua tu, tapi yang paling aku sakit hati, kereta aku..waaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: pagi ni kami dapat maklumat, kes semalam adalah kes jenayah narkotik.

2 comments:

Kasih Alyza said...

xpa cat kete tu kopak dear.. yg penting u, ali dan afiq selamat, alhamdullilah... pengalaman tu sgt berharga kan ;)

Figo The Spark said...

wow...bleh wat filem ni..