Tuesday, December 8, 2009

Menjelang 11 Disember

Bismillahhirrohmannirrohim

Setahun dulu, selepas hanya sebulan lebih aku di JB, ketika aku masih lagi buntu mencari aktiviti, ilham Blue Biru Entertainment aku kuburkan kerana skopnya yang kecik sangat, hanya entertainment semata2. Sedangkan pada masa sama Kay, Adik Karat dan lain2 jauh di KL. Macam mana BBE nak bernyawa..?

Ketika tu, kawan rapat aku cumalah D40X yang dibekalkan sepupu aku, Ibrahim. 11 Disember melintas dikepala aku nama iCon Community yang bakal menjadi landasan kepada pelbagai cabang & bidang bakat & minat. Perancangannya dah aku fikirkan lebih kurang 5 tahun lepas, cuma namanya je yang baru muncul.

Impian dan cita2 iCon Community lebih besar dari sebuah komuniti. Menjelang 11 Disember 2009 ni, korang boleh tengok apa yang iCon ada. Pada usia 'bayi' ni, iCon belum boleh diletakkan sebaris dengan komuniti2 lain samada dalam Myspace ke, Friendster ke, mana2 je la.. Tapi iCon ada kebanggaan sendiri yang akan aku kongsi dengan korang nanti. Usia iCon cuma 1 tahun menjelang 11 Disember ni. Jadilah sebahagian dari kebanggaan iCon.