Friday, March 26, 2010

Pengumuman

Bismillahhirrohmannirrohim

Pemilihan Team Futsal iCon dibatalkan memandangkan gelanggang akan digunakan oleh Belia 4B. Untuk maklumat lanjut boleh terus merujuk kepada saudara Hafiz - 0177355824.
Harap maklum.

Renungan Jumaat

Bismillahhirrohmannirrohim Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat.

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya, apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)”

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di dalam hatinya, “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?” bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, “Bagaimana kalau saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya."

"Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.” Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya.

Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Berbohong Satu Pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.Renung-renungkan!

A man is never more truthful than when he acknowledges himself a liar ~ Mark Twain

Pesta Konvo UTM Kali ke 44

Bismillahhirrohmannirrohim

Limee maklumkan pada aku, Pesta Konvokasyen UTM kali ke 44 sedang berlangsung dari 24 Mac 2010 hingga 29 Mac 2010. Oleh itu korang semua dijemput hadir memeriahkan Pesta konvo yang diadakan di Padang Kawad UTM tu.

Untuk iConians, aku cadangkan kita ke Pesta Konvo seperti maklumat berikut:

Tarikh: 27 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat: Padang Kawad UTM Skudai
Masa: 8-12 malam
Aturcara:
8.30 malam: Puisi Riong - Ramli Sarip & Dato' A. Samad Said
9.30 malam: Bersama Kartunis Dato' Lat
: Bintang Minus one

Autoshow Motor Mania pula akan diadakan pada 28 Mac 2010 jam 10 pagi. Siapa yang tak terlibat dengan Program Sihat Bersama Mak Dara tu, kalau korang berminat dengan autoshow, silakan beramai2 ke sana.

iConians yang nak join aku pada 27 Mac tu digalakkan pakai baju iCon & InsyaAllah kita akan edarkan kad promo iCon kepada siswa siswi UTM. Sapa nak join? Angkat tangan..hehehe

p/s: Limee, next convo, tolong dapatkan booth untuk iCon boleh? hehehe

Thanks CKT Lover

Bismillahhirrohmannirrohim

Alhamdulillah, perjumpaan pertama CKT Lover dapat dijalankan walau pun sekadar short notice diberikan. Seramai 8 orang telah hadir malam tu iaitu aku, Bad, Aleph, Joe, John, Baha, kakak Baha & kawannya. Thanks korang.

Cuma agak tak best bila tukang masak yang biasa tu takde & digantikan tukang masak lain. Jadi, CKT malam tu tak la sesedap CKT yang biasa aku makan. Baha bagitau, satu tempat CKT yang best ada kat Tiram. So, next gathering untuk semua CKT Lover, Tiram. Aku akan update dalam blog untuk makluman korang k.

p/s: Pencapaian terbaru iCon, pemain Yoyo, Haffez sedang bertanding di peringkat Asia Pasific di Singapura dan akan ke Indonesia minggu depan. Tunggu berita terkini tentang Haffez. Lepas2 ni, sapa yang minat main Yoyo boleh la cari Haffez k.

Thursday, March 25, 2010

Rentak Juara

Bismillahhirrohmannirrohim

Satu lagi pencapaian yang boleh iConians banggakan. Band D'Rough Mixture, sebuah band yang dianggotai oleh anak2 muda iConians telah berjaya menempah tempat ke suku akhir Rentak Juara anjuran RTM. Aku harap korang ingat nama ni:

D'Rough Mixture

Mari Membina Otot

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku rasa bertuah. Walau pun nama aku Jebat, takkan la aku kena sebut aku berjebat lak kan. Haha.. Kalau korang nak kongsi tuah ni, jom join aku membina otot.

iCon akan menubuhkan Bonggol United dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Johor. Nak tau apa Bonggol United ni? Hahaha.. Aktiviti angkat besi la. Aku dah kawtim dengan JBS Johor untuk sapa2 yang berminat nak main gym untuk mendapatkan bentuk badan idaman, boleh join Bonggol United ni sebab kata dorang, lagi ramai lagi bagus.

Model2 lelaki aku galakkan sangat2 main gym, setidak2nya badan korang ada shape tol tak? Tak de la pakai porch beg sepanjang masa..Hehehe

Ok camni, sapa nak join, baca info kat bawah ni:

Tempat: Gym Rakyat, Kompleks Belia & Sukan Larkin
Masa: 5 petang - 10 malam
Hari Latihan: Akan ditetapkan
Yuran: Pendaftaran - RM30, Bulanan - RM20
Kelebihan: Jurulatih disediakan
Koordinator: Zul - 0177362726

Sebenarnya iConians yang nak pergi daftar sendiri pun boleh tapi digalakkan kita daftar sebagai satu pasukan sebab akan diberi kelebihan. Kalau ramai, kita akan buat kumpulan2 kecik. korang pernah jumpa ke daftar gym semurah ni? Apa tunggu lagi?

Program Sihat Bersama Mak Dara

Bismillahhirrohmannirrohim

Korang, aku tak leh nak tulis panjang2. Aku bagi info padat utk korang k.


Program: Sihat Bersama Mak Dara
Tarikh: 28 Mac 2010 (Ahad)
Tempat: Hotel D'Zone (Level 5)
Masa: 9 pagi - 3 petang
Yuran: RM25
Call: Dash - 0197424974
Aturcara:
9 pagi - Pendaftaran
10 pagi - Senam robik by Mak Dara (pakaian santai)
11 pagi - Bicara Kesihatan, Kecantikan, tatarias by Pakar Kecantikan (pakaian kasual)
1 petang - Makan Tengahari / Solat
2 petang - segmen fesyen by Ifa Radzia
3 petang - Tips & Petua awet muda by Ibu Halimah

Korang yang takde apa2 aktiviti aritu meh la join.

Wednesday, March 24, 2010

Bintang Idola Berita Harian JB

Bismillahhirrohmannirrohim
Bintang Idola Berita Harian yang berlangsung kat Angsana aritu meninggalkan kesan yang amat membanggakan bagi iCon. Satu demi satu iCon menapak ke atas. Dari pentas event kecil2an, sekarang iCon menempah nama ke peringkat yang lebih besar.
Dalam pertandingan tu, ramai iConians yang menyahut cabaran mempertaruhkan bakat mereka antaranya Aiman, Akmal, Shima, Joe D'Rough Mixture, Danial dan lain2.
Danial tak pernah jemu mencuba. Walaupun bintangnya masih belum bersinar, tapi peningkatan Danial dapat dilihat. Dia merupakan contoh iConians yang konsisten dalam perjuangannya & iCon akan terus menyokong.Shima telah mengungguli pertandingan tersebut dengan menjadi juara. Apa yang membanggakan, kejayaan Shima bukanlah kejayaan yang dicapai dengan cara mudah. Shima juga seorang yang tak pernah berputus asa mencuba dan akhirnya dia berjaya.Joe, vokalis D'Rough Mixture bukanlah orang baru dalam seni suara. iConians yang seorang ni jarang menonjol dalam iCon tapi, sekarang adalah masanya untuk beliau menempa nama. Dalam pertandingan tersebut, Joe mendapat tempat ketiga.
Aku harap korang bukak mata. iCon adalah platform untuk korang mengembangkan dan menonjolkan bakat yang korang ada. Usaha korang akan disokong sepenuhnya oleh iCon. So, mana lagi bakat2 dalam iCon? Sila kedepan untuk jadi iCon kepada iConians lain. Hehe..

Friday, March 19, 2010

Char Kwey Teow Lover

Bismillahhirrohmannirrohim

Ada satu tempat yang aku suka sangat lepak kat situ sebab Char Kwey Teow (CKT) dia. Sekarang dah ada shisha lak kat situ. Masa duk Selayang dulu aku akan lepak satu kedai mamak yang memang ada CKT Special yang cuma berharga RM3.50 je. Dengan udang segar 3 ekor, sedikit kerang & TANPA taugeh, aku boleh belasah CKT tu sampai 2 pinggan. Bukan pelahap ye, tapi sebab sedap sangat.

Rahsia CKT ni pada kuah dia. Masa aku berniaga kat Selayang dulu pun aku dapat kesempatan nak belajar buat CKT tapi sedihnya, tak sempat belajar abis la. Balik je JB aku terus cari kat mana yang ada CKT. Sekarang dah ada kat area Desa Tebrau yang aku boleh lepak tiap2 malam kat situ untuk menikmati CKT.

Bagi CKT Lovers, aku nak ajak korang share. Kat mana tempat2 yang ada CKT yang sedap & kita semua blh kumpul & belasah CKT kat situ. Kita try dari satu tempat ke satu tempat, pastu kita boleh dapat tau kat mana yang paling sedap. Amacam? Bagi tau aku kat mana & kita g serang..

Buat permulaan ni, aku nak ajak korang serang CKT seperti maklumat berikut:

Tempat: Restoran Laris, belakang Tesco Tebrau
Tarikh: 25 Mac 2010
Masa: 8.30 malam
Harga: dari RM4.00 - RM4.50 sepinggan
Kemudahan lain: Shisha

iConians CKT Lovers yang berminat nak join just datang je tapi kena tepat pada masanya. Hasrat aku supaya tukang masak tu tak menang tangan malam tu. hahaha.. Hah, yang ada baju iCon, sila pakai ye.

Irfan Khairi

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku dapat email dr Irfan Khairi, Jutawan Internet terkenal. Aku harap korang boleh amek peluang ni. Sayangnya aku dah terlibat dengan Seminar dr Azizan kat UTM. Ni kandungan email tersebut:

Salam sejahtera Jebat,
Suka saya umumkan satu sesi kongsi ilmu percuma bertajuk "Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik" yang akan di adakan di Johor Bahru hari Ahad ini:

Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik
Speaker: Irfan Khairi
Tempat: Crystal Crown, Johor Bahru
Tarikh: Ahad, 21hb mac 2010
Masa: 2.30 petang - 5.30 petang
Masuk: Percuma

Dengan teknologi Internet, memulakan perniagaan Internet dari rumah menjadi semakin mudah. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan boleh diautomasikan 100%! Di sesi saya ini, saya akan dedahkan strategi yang saya sendiri telah gunakan selama 10 tahun bagaimana mendapat keuntungan secara automatik sepanjang tahun menggunakan Internet.

Kaedah ini, sememangnya ramai usahawan Internet Malaysia terlepas pandang. Dan yang paling bestnya, sesi saya ini adalah percuma ditaja oleh StormReaders2U!

Sekiranya pada hari Ahad ini (21hb Mac), Jebat & iConians mempunyai masa terluang, apa kata sertai kami! Saya pasti, teknik dan kaedah yang saya sampaikan sememangnya amat efektif & powerful dan boleh diaplikasikan pada apa sahaja perniagaan yang dijalankan.

Sekiranya berminat untuk sertai secara percuma, ikuti langkah di bawah. Oleh kerana tempat hanya terhad kepada 200 tempat sahaja, pendaftaran percuma atas first-come-firt-serve sahaja.

Warga JB yang ingin hadir secara PERCUMA, sila hantarkan email kepada sales@rahsiainternet.com bertajuk "PERNIAGAAN AUTOMATIK JB 21/3"

Sertakan di dalam email maklumat berikut:
NAMA
NO. HP
EMAIL
JUMLAH PESERTA

Juga ingin mengambil kesempatan ini, kerana ramai yang meminta saya mengendalikan seminar percuma sebegini di luar kawasan KL. Insyaallah, berita baik pada bulan March & April nanti, kami akan mengadakan "mini tour" ke Alor Setar, Johor Bahru, Ipoh dan juga Kota Bharu. Tempat-tempat lain akan diumumkan kelak melalui email.

Jumpa Jebat di Crystal Crown, Johor Bahru Ahad ini!

-Irfan Khairi
Kuala Lumpur

BONUS PERCUMA UNTUK PESERTA SESI BERSAMA IK di JB "Strategi Menjimatkan 80% daripada Masa Anda"

Warga JB yang menyertai sesi percuma pada hari Ahad ini bukan sahaja akan mendapat ilmu daripada sesi ceramah Irfan Khairi, tetapi juga akan menerima sebuah e-book Irfan Khairi secara PERCUMA bertajuk Laporan X: Demi Masa "Strategi Menjimatkan 80% daripada Masa Anda" berharga RM20 secara PERCUMA.

Zaman ini, tentunya ramai yang bekerja sepenuh masa dan tiada masa untuk memulakan dan menjalankan perniagaan secara sambilan. Sesi ceramah Irfan Khairi bertajuk "Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik" beserta ebook "Laporan X: Demi Masa" pastinya akan memberi anda idea dan strategi bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan secara mudah dan dalam masa yang singkat dan lebih terurus!

Daftar segera!
Warga JB yang ingin hadir secara PERCUMA dan mendapatkan ebook percuma DEMI MASA, sila hantarkan email kepada sales@rahsiainternet.com bertajuk "PERNIAGAAN AUTOMATIK JB 21/3"

Sertakan di dalam email maklumat berikut:
NAMA
NO. HP
EMAIL
JUMLAH PESERTA

Thursday, March 18, 2010

Jelajah ABPBH 2009

Bismillahhirrohmannirrohim

Korang dah tau kan yang hari Sabtu & Ahad ni ada Jelajah ABPBH 2009 kat Angsana bermula kul 10 pagi sampai la kul 10 malam. detai korang blh tgk kat paper. Ada Pertandingan Bintang Idola BH, so sapa2 yang ada bakat nak ditunjukkan tu, apa lagi. Amek la peluang ni.

Aku InsyaAllah akan ada kat sna kul 10 pagi Sabtu. So sapa2 yang nak tolong promotekan iCon jom la kita turun ramai2.

Api & Air

Bismillahhirrohmannirrohim

Antara gambar2 yang aku suka tengok. Aku tengok objeknya, aku suka, aku snap & aku rasa puas. Walaupun ini cuma gambar eksperimen bagi aku, aku suka. Pertama kali aku amek gambar api.
Ni lak gambar epal dalam air. Aku patutnya guna lensa mikro kot. Nanti la bila ada rezeki aku akan beli satu.
Gambar2 lepas ni aku suka sangat sebab gambar air tu nampak detail. mungkin orang lain boleh buat yang lebih baik. Aku harap kawan2 & sifu aku boleh bagi komen gambar2 aku ni ek. Ratap la..
Owh, lupa nak bagitau. ni bukan gambar yang raw. Gambar ni aku dah edit untuk dapatkan hasil yang korang tengok ni.
p/s: kenapa orang susah nak hargai peluang yang ada depan mata? Ada yang sanggup berebut, bersusah payah, ada yang sanggup keluar duit beribu semata2 nak belajar & ambik peluang penuhi minat jadi pelakon. Tapi semalam, bila peluang terbuka depan mata untuk iConians yang minat berlakon, free lak lagi, dan lepas peluang tu aku sampaikan, cuma beberapa orang je yang respon dan tak sorang pun yang datang selain aku, Bad & Aleph.
Jadi aku terfikir, berapa serius & komited iConians yang ada sekarang ni? kita akan tengok..Hehehe..

Wednesday, March 17, 2010

Showcase @ Semenchu

BismillahhirrohmannirrohimAlhamdulillah, setakat ni, n3 ni yang paling banyak aku dapat masukkan gambar utk ratapan korang. Sebenarnya server aku yang macam hampeh. sebab aku tak dapat nak masukkan satu pun gambar2 ni dalam myspace aku. Sakit ati tol r.
Model: Murni & Haiqal
Antara fotoshoot yang sempat kitorang buat tengahari tu. Pakaian pengantin ditaja oleh Cikgu Jamal & isteri.Korang ratap la gambar2 yang ada ek..
Masa tengah sibuk shoot tu, aku tak ingat siapa tah yang bakar sampah kat belakang tempat kitorang shoot tu. Aku tak sengaja shoot gambar api tu & lepas tu, aku cuba lagi sampai terhasil la gambar yang korang tengok ni. Cantik kan..
Baha tengah shoot gambar Amer. Tiba2 aku ternampak perkataan WE ARE THE CHAMPIONS kat topi Baha. Itu pun jadi sasaran aku. HahahaModel: AmerModel: ShafriSengaja nak peragakan baju Limited Edision iCon. Amacam? Cuma ada 30 helai je dalam dunia. Hehehe..Bergambar beramai2 depan kedai Cikgu Jamal sebelum bertolak ke Desaru.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Jamal & isteri serta penduduk Felda Semenchu atas sambutan yang diberikan. Setidak2nya nama iCon telah terlekat dipintu kedai Cikgu Jamal. Hehehe..

Picnic Santai @ Desaru

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku agak terkilan kerana gambar2 Desaru terlalu lambat aku masukkan dalam blog ni. Kesian kat kawan2 yang turut serta. Dah la lambat, tak banyak lak gambar yang boleh masuk.

Aku tak pastu, masalah server ke masalah blog ni, tapi Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku masukkan untuk ratapan korang walau pun tak banyak. Gambar2 lain aku akan masukkan dalam myspace aku k.

Masa iCon wat Picnic Samtai kat Desaru aritu, agak ramai jugak yang turut serta. Kalau korang nak tau, sampai kat Felda Semenchu, kami dijamu oleh cikgu Jamal & isteri. Ramai jugak la belia2 Felda yang datang meraikan ketibaan rombongan iCon.

Lepas je makan, model & fotografer pun mula la sesi Fotoshoot & Mini Showcase yang pada aku merupakan pengalaman baru. Gambar2 fotoshoot ni aku akan cuba masukkan lepas ni k. So sekarang ni, korang ratap la dulu gambar Desaru. Projek seterusnya, jangan lupa lak. iCon akan wat trip ke Pulau Tioman dalam siri Projek iCon Jelajah Pulau. Kalau korang nak turut serta, rujuk iklan kat atas blog ni & info dalam n3 sebelumnya. Jom la kita beramai2 ke Tioman.

Monday, March 15, 2010

Bengkel Interaktif iCon

Bismillahhirrohmannirrohim
Aku rasa dah sampai masanya blog aku ni tak boleh nak upload gambar. Puas aku cuba macam2 cara tapi tak berjaya jugak. Sedih, aku terpaksa menulis tanpa gambar untuk korang ratap. Sedih gak sebab xbest la blog tanpa gambar..kn..kn..kn.. Kalau korang tau camne nak atasi masalah ni, tolong la aku..
Ok, Bengkel Interaktif kat Kompleks Belia & Sukan 7 Mac lepas kurang memberangsangkan. Mungkin aktivitinya berbentuk ilmiah, maka tak ramai iConians yang turut serta. Bukan saja tak datang, malah tak membalas pun SMS yang aku hantar. Tapi takpe la, sebab yang dapat manfaatnya ialah mereka yang turut serta, tol tak?

Terima kasih pada iConians yang memberi respon & yang hadir hari tu ialah Enal, Aleph, Sheikh, Joe, Bad, Salimi & Roy. Tenaga pengajar yang mencurahkan ilmunya ialah Kak Mai, Kaunselor dari JKM.

Apa pentingnya projek ni kepada iCon?

Mungkin ramai yang masih kabur. Bengkel ni sebenarnya projek berantai. Kita datang, kita dilatih sehingga kita boleh melatih, kita membentuk, kita melahirkan. Akhirnya nanti pimpinan iCon ni terdiri dari orang2 yang kita bentuk dan lahirkan. Matlamat utama aku dalam bengkel interaktif ni ialah untuk mewujudkan iConsultan yang akan menjadi 1 badan utama dalam iCon.

Jadi, tak nak ke korang memainkan peranan? Selepas kita dilatih tu nanti, kita akan diberi beberapa projek masuk ke sekolah2 seluruh negeri Johor khususnya, keseluruh IPT2 di seluruh negara, bergerak dalam pameran2 belia seluruh negara. Tidakkah ini satu projek besar?

Aku mintak korang ingat semula, penubuhan iCon bukan sekadar melahirkan bakat2 baru semata2. kita nak lahirkan usahawan, peminpin dalam bidang masing2, kita nak lahirkan speaker, fasilitator, motivator. Memang besar. Siapa nak kata iCon berangan kata la, tapi dah ada jalan yang dirintis. Dah ada beberapa orang iConians yang mula mengendalikan perniagaan.

Telah ada beberapa orang yang mula nampak peranan masing2. Sekarang aku bercadang melahirkan jurulatih2 yang akan berperanan melatih pimpinan iCon. Aku tak bercadang mendedahkan semua ni tapi nampaknya aspirasi iCon gagal difahami oleh iConians sendiri. Jadi aku harap bila aku ceritakan semua ni, korang akan nampak apa yang aku plan untuk iCon dan macam mana korang boleh ambik manfaat.

So Bengkel Interaktif kedua akan diadakan pada 28 Mac 2010, masih lagi di tempat yang sama, Kompleks Belia & Sukan Negeri Johor, Larkin, jam 1 petang hingga 5 petang. Aku nak ajak korang yang berminat dengan projek ni, jom kita datang ramai2 sharp pada masanya. Jom..
Kemudahan yang ada kat Kompleks Belia & Sukan pun banyak. nanti kita boleh buat aktiviti rock climbing, absailing dan macam2 lagi. Bukan sekadar duduk dan berbincang tapi aktiviti outdoor pun ada. Ambik la kesempatan ni. Orang lain yang mengharap,tak dapat, kita yang dapat peluang, tak nak. Apa cerita? Hehe..

Friday, March 12, 2010

Trip To Tioman

Bismillahhirrohmannirrohim

Tarikh: 3-5 April 2010
Tempat: Pulau Tioman, Pahang
Yuran: RM350
Hubungi: Roy - 0177892627

Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tak kira korang iConians ke bukan. Boleh bawak family, suami atau isteri & anak2.

Bayaran hanya RM350 Seorang dan bagi kanak2 dibawah 12 tahun, hanya RM300. Bayaran ini termasuklah tambang feri, penginapan, makan, aktiviti island tours, snorkelling, memancing, night walk, bola tampar pantai, kayaking dan lain2. Ada juga aktiviti shopping, fish feeding, karaoke dan fotoshoot.

Kaedah bayaran:
RM100 seorang sebagai deposit hendaklah dibayar SEBELUM 21 Mac 2010 sebagai booking fees. Baki RM250 lagi mesti dibayar sebelum 30 Mac 2010. Bayaran hanya dipulangkan 50% sekiranya menarik diri. Bayaran awal & penuh amat digalakkan. (Minta no akaun pada ROY)

Sila SMS nama kepada ROY - 0177892627 untuk booking secepat mungkin untuk menyelaraskan penginapan. 1 orang 1 SMS.

Thursday, March 4, 2010

Bengkel Interaktif iCon

Bismillahhirrohmannirrohim

Bengkel Interaktif iCon
Kompleks Belia & Sukan Negeri Johor(sebelah stadium Larkin)
7 Mac 20102-5 petang
Fee: RM2

Setiap Ahad, iCon akan menjalankan projek Bengkel Interaktif iCon yang bertujuan mengisi minda iConians dengan ilmu2 baru yang mungkin belum pernah diteroka sebelum ni. Korang maybe biasa dengar tentang mengenali potensi diri melalui tarikh lahir la, melalui bentuk kening la, melalui tulisan la. Korang mesti nak tau rahsia tubuh seseorang & korang mesti ada minat nak menjadi seorang yang boleh membaca bahasa tubuh.

Menjadi iConians adalah proses menjadi pemimpin, paling kurang untuk diri sendiri. Sebab tu aku selalu tekankan kat korang, faham betul2 makna iCon. Bukan masuk iCon untuk fun je tau. Korang pn mesti nak tau rahsia tulisan, rahsia tandatangan, cara2 memikat hati orang dan banyak lagi yang akan didedahkan dalam Bengkel Interaktif ni.

Dengan yuran yang cuma RM2 (berbanding bengkel mengenali potensi diri melalui tarikh lahir = RM425) untuk ilmu yang banyak tu, aku rasa tak patut korang tolak rezeki ni. Kalau korang nak beli buku pun mahal, pastu takde guru yang mengajar. Dalam bengkel 3 jam ni, kita akan ada aktiviti yang bergerak, tak boring dan tak ngantok.

Kalau korang minat, bengkel pertama Ahad ni kul 2 petang. Hubungi Enal 0177912152 & pastikan korang datang tepat pada masanya k.

Terkini

Bismillahhirrohmannirrohim

Macam memulakan segala2nya semula, macam orang baru yang baru belajar menulis dalam blog. Gila kau, lebih sebulan aku tak 'memblogging', kepala otak aku jadi keras macam kayu. Dalam tempoh sebulan tu macam2 aku lalui. Ada yang susah nak diceritakan, ada yang aku sendiri tak faham, ada yang sangat2 menggembirakan.

Benda yang sebulan aku lalui, kalau aku nak luahkan semua arini, aku terpaksa kembalikan perasaan sepanjang sebulan tu. Kalau tak, aku akan menulis tanpa apa2 perasaan, so nanti mende ni jadi membosankan. Lepas tu, aku lak terseksa bila ingat benda2 yang menyeksakan dan mungkin happy gila bila ingat perkara yang menggembirakan.. So aku putuskan, lebih baik aku terus jalan kedepan, menulis apa yang aku lalui hari2 daripada kenang semula apa yang dah lepas.

Buat pertama kalinya dalam tahun 2010, NADI berjaya menghimpunkan 12 dari 15 NADI & Pengarah iCon untuk bermesyuarat. Beberapa persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat tersebut antaranya:

1. Presiden: Faiz @ Ais (mantan Ketua Kewangan yang berjaya)
2. Faizal & Aishah bertukar portfolio. Aishah sekarang merupakan setiausaha manakala Faizal adalah Ketua Kewangan.
3. Penggunaan nama melayu dalam iCon ditukar antaranya iCon Foto kepada iCon Photo, iCon Niaga kepada iCon Biz, iCon Priharin kepada i-Concern, iCon Muzik kepada iCon Music dan tambahan iCon Riders & iCon ICT.
3. iCon Community akan ditukar nama menjadi Persatuan Belia iCon bagi membolehkan iCon didaftarkan sebagai persatuan belia dan mendapat segala kemudahan dan peruntukan kerajaan serta terlibat dalam semua program & projek yang melibatkan remaja.
4. Laman web rasmi iCon dah hampir siap, dilengkapi dengan sistem pendaftaran on9, chatbox dan lain2.. Jadi sebaik saja laman web iCon dilancarkan, semua blog iCon akan ditutup dan segala berita, aktiviti dan sebagainya akan ditumpukan kepada laman web.

Aku sendiri, sekarang aku lebih banyak menumpukan kepada kerja hakiki aku, tapi tumpuan lebih untuk iConiXer Resources yang belum sebulan didaftarkan. Aku kena keje keras cari job untuk tampung kos sewa kedai & tambah peralatan baru. Azam tahun ni nak bukak studio nampaknya tercapai awal. Alhamdulillah berkat doa korang la ni..

Aku rasa aku makin sibuk sebab setiap minggu ada je yang aku kena buat. Kadang2 aku tak sempat balik Kota Tinggi. Dalam sibuk2 ni, dapat arahan dari HQ untuk keje sampai malam lak. Aduyai.. So bermula 1 Mac aritu, aku jadi penunggu kat pejabat sampai kul 10 malam setiap malam.

Korang, banyak gile dowh event minggu ni. Bertindih2.. So buat masa ni, itu je dulu kot.. Nanti aku tulis lagi k.