Wednesday, March 24, 2010

Bintang Idola Berita Harian JB

Bismillahhirrohmannirrohim
Bintang Idola Berita Harian yang berlangsung kat Angsana aritu meninggalkan kesan yang amat membanggakan bagi iCon. Satu demi satu iCon menapak ke atas. Dari pentas event kecil2an, sekarang iCon menempah nama ke peringkat yang lebih besar.
Dalam pertandingan tu, ramai iConians yang menyahut cabaran mempertaruhkan bakat mereka antaranya Aiman, Akmal, Shima, Joe D'Rough Mixture, Danial dan lain2.
Danial tak pernah jemu mencuba. Walaupun bintangnya masih belum bersinar, tapi peningkatan Danial dapat dilihat. Dia merupakan contoh iConians yang konsisten dalam perjuangannya & iCon akan terus menyokong.Shima telah mengungguli pertandingan tersebut dengan menjadi juara. Apa yang membanggakan, kejayaan Shima bukanlah kejayaan yang dicapai dengan cara mudah. Shima juga seorang yang tak pernah berputus asa mencuba dan akhirnya dia berjaya.Joe, vokalis D'Rough Mixture bukanlah orang baru dalam seni suara. iConians yang seorang ni jarang menonjol dalam iCon tapi, sekarang adalah masanya untuk beliau menempa nama. Dalam pertandingan tersebut, Joe mendapat tempat ketiga.
Aku harap korang bukak mata. iCon adalah platform untuk korang mengembangkan dan menonjolkan bakat yang korang ada. Usaha korang akan disokong sepenuhnya oleh iCon. So, mana lagi bakat2 dalam iCon? Sila kedepan untuk jadi iCon kepada iConians lain. Hehe..

No comments: