Thursday, May 20, 2010

Event Besar iCon 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Sebab telah diumumkan, disini aku senaraikan projek besar iCon pada tahun ni. Samada projek ni berjaya atau tidak, bergantung kepada komitmen iConians.

iConcert ILHAM
Tarikh: 11 Disember 2010 (Sabtu)
Tempat: Stadium Tertutup MBJB
Artis: Rahmat Mega, Mus May, Bandi Amok, Rahim Maarof & Kristal
Status: Tawaran terbuka kepada SEMUA iConians yang nak menyumbangkan tenaga & masa untuk projek ni.
Nota: Projek iConcert ILHAM ini dijalankan serentak dengan sambutan ulangtahun ke2 iCon, jadi iConians seluruh negara dialu2kan untuk terlibat sama.

iCon Bio-Halal Expo
Tarikh: Belum diputuskan
Tempat: Lapangan Letak Kereta Sebelah Menara HASIL
iConcept: seperti expo MAHA di serdang
Status: Tawaran terbuka kepada SEMUA iConians yang nak menyumbangkan tenaga & masa untuk projek ni.
Nota: Projek ini dijangka akan menjadi projek tahunan.

Setakat ni, dua saja projek mega yang boleh aku war2kan kerana projek2 ni perlukan ramai AJK. Kalau korang rasa berminat untuk terlibat, aku tawarkan kepada korang. Kalau tak, dalam tempoh sebulan, aku akan buka pada penyertaan luar.

Macam yang kita semua tahu, 2010 merupakan tahun untuk kita bergerak aktif. Ini semua untuk korang, iConians. Dalam masa sama juga, projek2 seperti fotoshoot, grooming, outing, iCon Merdeka, iCon Raya, majlis berbuka puasa, iConcern dan lain2 akan dijalankan seperti biasa.

No comments: