Monday, May 3, 2010

Mencari Seorang iCon (siri 2)

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku pernah bersembang dengan Jep. Cerita sorang lelaki yang percaya dihujung kampungnya tertanam harta karun. Walaupun diejek, lelaki tu tetap pergi kehujung kampung dan mula menggali. Galian semakin dalam hingga la mencecah 5 meter dalam.

Ketika itu datang seorang kanak2 dan mengejeknya.
"Apa la abg ni, mana la ada harta karun kat situ."
Keyakinan lelaki tu mula goyah. Penat sangat & peluh mencurah2, tapi belum nampak lagi apa2 tanda di situ terdapat harta karun. 5 meter menggali, ditambah ejekan anak kecil tadi membuatkan lelaki tadi putus asa & kecewa. Dia pun berhenti & balik ke rumah.

Datang lak sorang lelaki yang baru terdengar cerita yang sama, dihujung kampung ada harta karun. Bila sampai di tempat yang dimaksudkan, dia terpandang satu lubang sedalam 5 meter. Dia masuk & mulakan penggalian. Rupa2nya, hanya 1 meter je dia menggali, dia menemui apa yang dicarinya.

Moral yang kitorang simpulkan, berusaha gigih, jangan berhenti sebelum nampak hasilnya. Begitu lah juga iCon. Aku sendiri insyaAllah takkan putus asa & takkan berhenti menggali sebab penggalian aku dah sejauh ini.

Boleh je kalau aku nak berhenti sebab sepanjang aku menggali, ada yang mengejek, ada yang mengutuk, ada yang sabotaj, ada yang memfitnah, ada yang datang & pergi, ada yang ambik kesempatan tapi setakat ni Alhamdulillah aku terus menggali. Lubang yang aku gali tu semakin jauh ke dalam bila ramai yang baru datang turut menggali.

Kalau dulu aku menggali seorang diri, kali ni lebih ramai yang menggali dengan aku. Usaha pencarian iCon semakin jauh. Aku yakin, itu bermakna semakin hampir dengan apa yang kita semua cari. Aku takkan tinggalkan lubang tu, sebab sekarang ni makin ramai yang dah dengar tentang iCon.

Aku tak mahu mereka datang & meneruskan usha sedangkan aku dah mengalah. Aku nak sama2. Aku nak mereka juga rasa hasil titik peluh bersama. Dan aku yakin sekarang, mencari seorang iCon tidaklah semuadah mencari ikan dipasar, atau mencari duit di bank dan tidak semudah mencari penjenayah di dalam penjara.
bersambung..

1 comment:

jepp jojo said...

yes betul tu kand aku...jgn lah kita berhenti di tgh jalan sedangkan kita nampak jalan di hadapan.....teruskan perjuangan yg murni..memang nak buat benda baik byk dugaan dan halangan..kita kena tempuh dgn tabah..kerana hasilnya sgt la terbaik...skrg ni kita dah nampak icon semakin ramai dan tidak lagi masuk dan keluar... :)