Wednesday, May 5, 2010

Fokus 13-15 Mei 2010

Bismillahhirrohmannirrohim

Sekarang ni persiapan sedang rancak dibuat. Boleh dikatakan setiap malam. Sebaik je aku habis keje kul 5, aku akan terus ke Danga Bay, samada untuk makan, mengatur strategi mahupun mencari bahan bersama Fami.

Bermula dari kul 5 tu sampai la kul 12 tengah malam aku akan berada kat situ untuk bersama2 krew membuat persiapan projek Karnival Proton pada 13-15 Mei nanti. Jadi kalau korang nak cari aku, kat situ la aku berada, atas stage depan Beach Club.

iCon diberi peluang untuk memperkenalkan iCon kepada masyarakat & pengunjung Karnival Proton, jadi segala persiapan rapi perlu dibuat supaya tidak nampak cacat celanya nanti. Walau pun tak ramai iConians yang sedia membantu, tapi untuk setiap tugasan, telah ada person in charge nya.

Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti telah diatur antaranya seperti jualan amal, busking, mini gigs, persembahan artis, fotoshoot, mini studio di booth, pertandingan shuffle, pertandingan pakaian beragam kanak2 dan lain2 lagi. Di gerai juga ada disediakan khidmat express make up, pendaftaran iConians, jualan baju iCon dan sebagainya.

Kay akan menghiburkan korang dengan lagu2 dari singlenya begitu juga persembahan Bandi Amok. So korang jangan lepaskan peluang ni k.

Korang alert ye dengan perkembangan2 terkini Karnival ni nanti. Kalau tak mampu nak tolong dari segi tenaga, aku harap korang boleh tolong iklankan pada kawan2 korang yang lain supaya dapatkan info dalam blog aku ni. Thanks.

No comments: