Thursday, May 6, 2010

Jualan Amal Lukisan Alam

Bismillahhirrohmannirrohim

Pada Fiesta Belia 2010 (aku pun tak tau nama betul fiesta ni, kejap Karnival Proton, kejap Fiesta Belia 2010, kejap lagi kang Fiesta Proton / Belia Baik 2010.. tapi ianya merujuk kepada 1 projek yang sama) iConcern akan melancarkan Jualan Amal Lukisan Alam. Kenapa dinamakan jualan amal?

Lukisan ini merupakan hasil seni seorang pelukis yang menjalani hidup yang semakin suram. Korang pun tau betapa pentingnya MATA kepada seorang pelukis. Ditakdirkan Allah, mata pelukis ini semakin kabur & dijangka terus buta sekiranya tidak dibedah dengan segera.

Sehubungan dengan itulah, iConcern berbesar hati untuk membantu beliau menjual lukisan2 yang telah dihasilkannya bagi tujuan mencari dana pembedahan mata beliau. Aku menyeru kepada korang yang prihatin, samada korang beli atau korang tolong jual, paling tidak pun tolong panjang2kan cerita ni. Aku sangat2 menghargai usaha korang.

Kalau korang nak menyumbangkan tenaga dalam projek pertama iConcern, Jualan Amal Lukisan Alam ni, sila hubungi Syafiq 0177096927 atau 0136421186.

p/s: iConcern dulu dikenali sebagai iCon Prihatin

No comments: