Bismillahhirrohmannirrohim.. Tiba2 Kay bagitau aku Kechik nak turun JB sebab nak bincang pasal K.i.S.S. Dia kata lagi dah bagitau minggu lepas. Serius aku tak ingat, maybe aku tak perasan atau aku lupa, maka aku dah janji dengan mak nak balik Kota sebab 7 Mei birthday dia & 10 Mei hari ibu. Kalau aku tak celebrate dua2 dengan mak pun, jadi la dapat celebrate 10 Mei tu. Maka aku bagitau Kay & Kechik, aku kena jumpa mak dulu.
Ditakdirkan Allah kereta aku rosak. Kali ni makan ribu2 juga la kalau nak betulkan. Kerana tu, mak & adik2 aku datang nak tengok keadaan kereta tu. Maka dapat la jugak aku jumpa dorang & aku tak dapat balik Kota. Oleh sebab tu, dapat la jugak aku raikan mak & 2K aku..hahahaSebelum tu kitorang g umah Ila kat Jalan Perubatan 25, Taman Universiti. Ada kenduri katanya. Kami sampi dalam kul 4 lebih, makan2 & lepas bersalam2an kitorang terus gerak ke Legends Golf & Country Resort. Tak plan pun asalnya cuma disebabkan Faiez bersungguh2 ajak maka kitorang pun tak nak la menghampakan..Bukan main serius lagi korang ek..Hahaha.. Yang paling aku nak korang ratap ialah gambar kat bawah ni. Tengok style je korang boleh agak kan mana satu sifu snap, mana satu student dia snap..ahaaha..dah tentu la yang aku takde tu Kechik snap.. Jauh beza, cis..
Antara persetujuan yang dicapai dalam perjumpaan tu ialah tentang perkara2 berkaitan Kem, Yuran pendaftaran menganggotai K.i.S.S sebanyak RM150 seumur hidup, yuran tahunan RM50 sebagai pembaharuan keahlian, terma dan syarat dan beberapa perkara lagi yang perlu kepada pendetailan.
Lebih kurang kul 9 malam kitorang balik. Apa yang pasti Legends Golf & Country Resort 1 tempat yang best, sunyi, cantik dan mendamaikan. Aku rasa, mungkin 1 hari nanti, akan terjalin kerjasama antara K.i.S.S dengan resort ni. Sama2 tunggu ek.
2 comments:
abg bt gath x bg tawu lg.. ish..
ap la..smpi hati..
acc.. sy tgh x sehat nih..
kne msok wad smlm..
bgs, permulaan yg bgs dear :)
Post a Comment