Friday, September 11, 2009

Berbuka Santai iCon KL

Bismillahhirrohmannirrohim

Kebetulan. Semua berlaku secara kebetulan. Aku ikut Afiq amek kazen dia kat KL. Tiba2 bila aku baca blog iCon KL, dorang nak berbuka sama2 sabtu ni kat Times Square. Sebenarnya tak formal pun. Aku terus ajak dorang jumpa. Dah alang2 datang KL kn, bila lagi. So guys, esok plannye macam ni:

Tempat Berkumpul: Main Entrance Times Square
Masa: 5.30 Petang


iConsep santai. Kita datang berkumpul ramai2, kita kenal2, kita gi bazar ramadhan ramai2, masing2 beli apa yang berkenan dihati, pastu masuk waktu kita berbuka. Ada gak kawan2 artis yang nak join sebab dorang suka aktiviti santai camni. Takde pengerusi majlis, takde tempah2 meja, takde protokol, just santai.

Aku harap dapat jumpa korang kat sana nanti. Siapa ada camera bawak camera, siapa ada bisnes kad, bawak. Ramai tak ramai belakang kira, yang penting kita berbuka santai. Korang dijemput datang beramai2.

p/s: iConians, pakaian sopan ye..hehehe

No comments: