Monday, September 28, 2009

Salam Lebaran 1430H

BismillahhirrohmannirrohimAkhirnya setelah lama bercuti,aku mula kan pagi ni dengan kerja2 rutin aku macam biasa. Kalau orang lain, lepas cuti lama, tak semangat nak mula keje, aku lak tak sabar2 nak update blog ni untuk korang.

Wah, aku cuti, komen pun cuti, chat box pun takde orang masuk ye..hahahaha.. Terima kasih pada korang semua yang hantar sms kat aku. Maaf kalau ada yang tak sempat aku balas tapi aku tetap hargai korang.

Raya ni, aku gunakan cuti aku sepenuhnya untuk berkhidmat kepada mak aku. Masa ni la aku bawak dia berjalan ke rumah saudara mara. Sebagai anak sulong, aku dah 3 tahun ambik tanggungjawab ni jadi, aku tak terkilan pun kalau seminggu orang berhari raya, aku masih belum beraya lagi.

Mula hari ni insyaAllah giliran aku pulak beraya dengan korang & kawan2 aku. Aku dah dapat banyak jemputan untuk ke majlis rumah terbuka. Aku bimbang tak dapat nak penuhi semua jadi awal2 aku mintak maaf. Apa pun, kalau korang nak buat open house & jemput iConians, bagitau la awal2 ye supaya semua dapat dirancang dengan baik.

Kalau tak buat open house pun, iConians JB memang merancang untuk beraya dari rumah ke rumah jadi, tunggu kami dipintu rumah korang k. InsyaAllah kita akan buat jugak iCon Marhaban. iConians KL, Penang & seluruh negara pun boleh buat perkara yang sama. Korang hubungi je pengerusi2 iCon negeri & nikmati kemeriahan Hari Raya.

Aidilfitri 1430H sangat berbeza pada aku kerana aku ada sebuah keluarga besar bernama iCon & adik beradik iConians aku ramai gile. Aku sayang korang owh..

No comments: