Monday, September 14, 2009

iCon KL @ Times Square

BismillahhirrohmannirrohimBermula dengan niat nak teman Afiq amek kazen dia kat KL, jadi satu majlis yang agak besar, siapa sangka? Hanz pun takut mende ni tak jadi tapi aku macam biasa, dah rancang apa nak buat, buat apa yang kita rancang. Alhamdulillah banyak benda yang tak dijangkakan terjadi & pada aku secara peribadi, memang banyak sangat hikmahnya petang sabtu aritu.
Orang yang aku kenal 2-3 tahun tak pernah jumpa, alih2 petang tu dapat jumpa. orang yang selama ni cuma chatting dalam myspace @ YM je, sabtu tu dapat berborak & berbual2 secara berdepan. Best sangat2 la.. Yang ni aku akan cerita kan nanti sebab tu pengalaman peribadi aku. Yang aku nak cerita kat korang ni, event yang simple, iCon KL Berbuka Santai di Times Square yang dihadiri oleh lebih kurang 35 orang. Terima kasih sangat2 aku ucapkan kat korang yang sempat & sudi datang.

Sebenarnya kalau ikutkan list aku, ramai lagi nak join terutama kawan2 artis seperti Naufara, Pija Mentor, Aliff Razali AF6 dan ramai lagi tapi sayangnya meeka dapat jemputan untuk bersama Era dan lain2 event. Yang dapat datang, Muniff Isa, pelakon muda dalam Sutera Maya, terima kasih, Kos Sarani, model antarabangsa merangkap orang kuat Stacy Fan Club, Afiq Muiz, bakat baru & jejaka cun Majalah Mangga Oktober, Lil, bakat baru, Harith, bakat baru dalam banyak drama tempatan & teristimewa sifo aku, Kechik yang datang dah hujung2 acara makan. hehehee
Bukan acara makan besar2 pun, masing2 bayar sendiri tapi yang penting petang tu kami dapat jumpa & kenal satu sama lain. MT iCon KL yang dapat bersama cuma Hanz mewakili yang lain2 kerana masing2 ada komitme dengan keluarga dan hal peribadi. Harith bendahari iCon Kl juga berkejar dari Melaka semata2 untuk bersama dengan kami.
Kami terpaksa ubah plan kerana didapati tiada PARAM sekitar Times Square. Secara cepat, kami memutuskan untuk naik ke tingkat 10 untuk berbuka di foodcourt saje. Nasib baik sampai awal maka 10 meja kami punya semua. hehehe.
So korang ratap la gambar2 yang sempat disnap sepanjang event tu berlangsung.
Secara peribadi aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang hadir & yang tak hadir tapi tak putus2 memberi sokongan walaupun dari jauh. Ada yang datang sekejap menunjukkan komitmen walaupun tak dapat berbuka bersama, ada yang datang sejak tengahari, dan ada yang datang bila kami semua dah bersalaman nak meninggalkan majlis. Itu pun sangat dihargai.Ha, tentang gambar ni, korang mesti agak pelik sebab cuma ada 3 orang wanita je. Hakikatnya ramai tapi disebabkan mereka gian nak bershopping baju raya, ramai yang telah meninggalkan majlis lebih awal. Kalau tak caya & nak tengok lebih banyak gambar, sila la ke myspace aku.

Apa pun, aku sangat berpuas hati & aku rasa happy sangat dengan korang. Lepas ni insyaAllah banner "Kami iCon" akan berada di mana2 setiap kali event iCon berlangsung. Nantikan je ek..Sapa yang belum iCon, sila iConkan dirimu..hehehe

6 comments:

Secret Writer said...

Wah bro, memang best sangat petang tu...ramainya yg datang ya, syabas la. Memang Happy sangat kerana dah bertahun baru dapat jumpa hanya kerana ICON ni

Djebat said...

mekasih..mekasih sbb dtg awal..
kenapa abg call x dapat?

Zaki said...

wahhhh...bestnyerr...hihiih gambar aku jer x clear...xper...lain kali dtg bogel bulat jer..biar famous ckit...hahahahah caya lah bro Jebat..hihihi thanks coz sudi dtg KL.... ^_^

FAFA said...

wahhh...best nye. actually on that day, fa ada kat times square n tau pasal event ni cume tatau na contact sape masa tu. huhu.

pasni ada banner eyh? bestnyeee...

hidup icon! hee ;)

Kasih Alyza said...

bgs2 dpt gak wt xtvt berbuka gan iCon KL... gan iCon PG bole la kita buat xtvt berbuka masa posa 6 nnt ya dear huhuhuhu :p

Herry Qusyairy said...

Cheh!! Buka puasa 6... okay gak tue.. yang puasa 2-3 org je.. yang lain meneman je... silap2 yang puasa 6 tue plak terkorban puasa nya... mana taknya.. dalam dok tunggu mase buka, yang lain dah barah dulu... mane bleh tahan... huhuu!!