Friday, November 6, 2009

Seruan Mesyuarat

Bismillahhirrohmannirrohim

Aku cadangkan iCon setiap bahagian bermesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara penting antaranya seperti agenda dibawah ni:

1. Perancangan setiap iCon sepanjang 2010, pemilihan projek2 berkualiti & mendekatkan iCon kepada masyarakat. Beri keutamaan kepada projek pemantapan jati diri iConians.
2. Perancangan melebarkan sayap iCon ke segenap daerah dengan organisasi yang lebih kemas & tersusun.
3. Mengatur strategi menambah bilangan iConians dari masa ke semasa & kenal pasti kecenderungan minat & bakat yang boleh ditonjolkan.
4. Merangka strategi menjalin hubungan dengan badan2 korporat, badan2 kerajaan, IPT2 dan semua pihak berkepentingan.
5. Mencari sumber dana selain dari kutipan yuran & langkah2 memperkasakan tabung Dana iCon untuk menggerakkan iCon.
6. Analisa iCon menggunakan kaedah SMART.

Sebagai tambahan,Nadi juga dicadangkan bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkaitan pendaftaran & perlembagaan bagi memastikan iCon boleh bergerak lebih selesa pada masa akan datang.

Cadangan kepada MT2 Negeri supaya bermesyuarat sebelum 15 November, hantar minit mesyuarat & laporan sebelum 20 November, Nadi dicadangkan bermesyuarat pada 22 November & keluarkan rumusan keseluruhan. Laporan penuh boleh dikemukakan selewat2nya 1 Disember memandangkan 27 November tu Raya Haji.

Jika terlaksana cadangan ni, iCon akan memasuki tahun 2010 dengan lebih sistematik & berkesan, InsyaAllah..

1 comment:

Kasih Alyza said...

insya Allah meeting akan diadakan slps i hbs exam nnt dear..

we will do the follow up ;)