..disini,yang anda baca ini adalah pandangan peribadi,adalah medan untuk berkongsi dan apa saja untuk mengenali hati budi..
Thursday, January 28, 2010
Berita Untuk iCon Dance KL
"Pencarian rakan pasukan tarian modern, r&b dance, electro and moonwalk dance. utk info selanjutnye, rujuk M.A.E 0192448370"
Aku punya la happy, terus call adk Karat & borak2 dengan dia almost setengah jam jugak la. So untuk korang yang minat dance tu, ini peluang untuk korang. Bukan iConians JB je bertuah tau, korang pun ada peluang yang lebih besar.
So sapa minat, call adk Karat k. Dia akan tolong korang.
Tuesday, January 26, 2010
45000
Alhamdulillah
Angka 45,000 dicapai pada 26 Januari 2010
jam 3.33 petang.
Terima kasih atas sokongan korang untuk iCon.
Cadangan Piknik Desaru
Picnic time..Ini cadangan. Kalau korang setuju, kita proceed.
Kawan-kawan... baik yang photographer, bukan photographer, model, bukan model, para suami, isteri, kawan-kawan yang dikenali...pendek kata semua iConians..
saya mengajak anda semua bersama-sama untuk berada di pantai Desaru untuk satu perjumpaan santai 1 hari di sana.
Aktiviti bebas bersama kawan-kawan.
Kita berjumpa, kita bermain, kita bergaul, kita makan dan kita minum bersama. Eratkan hubungan baik yang belum kenal atau yang telah sama kenal mengenal.
- sesi ice breaking
- sesi outing pecah otak mencari kelainan, mencuba perbezaan (photo)
- sesi pantai mandi manda + makan2
jika anda interested
xde bayaran dikenakan, iConcept potluck
(potluck=setiap orang bawak makanan & kita tukar2 makan sama2)
hilangkan penat, hilangkan stress, bertemu bersama kawan-kawan.
eratkan hubungan.
Bila nie ?
Cadangnye 13 Februari 2010.
Nak contact sapa kalau nak join ?
Contact saya..0127597151. Tak kisah nak gerak ramai2 ke, sorang2 ke, terpulang pada korang.
p/s: sebenarnya aku copy & paste iklan Cikgu Din, tapi kita cuba wat picnic ni untuk iCon. So apa pandangan korang? Ready to mandi2 time? hehe
Backdrop
N3 sebelum ni:
Alhamdulillah, setelah mendapat keizinan daripada Furin yang mencipta logo iCon seperti yang korang lihat kat blog aku ni, bermula hari ni, segala urusan rasmi iCon akan menggunakan logo2 tersebut. Penggunaan logo tersebut termasuklah dalam penggunaan kad nama, kepala surat, sampul surat, baner, bunting, backdrop dan sebagainya. Hanya mereka yang diberi kebenaran sahaja layak menggunakannya dan jika terdapat penyalahgunaan logo tersebut, pihak iCon akan mengambil segala tindakan yang dirasakan wajar.
Sehubungan dengan itu, aku sangat2 mengalu2kan jika ada iConians yang sudi menaja percetakan backdrop, banner & bunting samada dengan mencetak sendiri atau menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan. Backdrop, banner & bunting yang hendak dicetak sendiri perlu memenuhi spesifikasi berikut:
Inkjet printing
Solution: 1440 dpi
Untuk tujuan penajaan, harga yang ditetapkan untuk 1 unit adalah seperti berikut:
Backdrop 4x4 kaki = RM65/unit
Backdrop 8x8 kaki = RM256/unit
Banner 2x10 kaki = RM80/unit
Bunting 2x6 kaki = RM50/unit
Aku cadangkan, iConians yang nak taja, boleh bagi dalam bentuk duit supaya aku boleh kumpul banyak2 & order sekali, insyaAllah dapat harga lagi murah. Jadi, duit lebihan tajaan tu, aku akan masukkan dalam tabung aktiviti iCon. Now aku serahkan pada korang untuk fikirkan k.
Monday, January 25, 2010
Selamat Pengantin Baru
Along Cham sah menjadi suami Nur Azilah atau dikenali Zila (peserta Akademi Fantasi 4) selepas dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Rujuk Cerai Kawasan Bandar Sri Jempol, Jamhari Samsudin dengan dua kali lafaz nikah.
Kedua-dua mempelai kelihatan menawan bagai pinang dibelah dua apabila menggayakan baju pengantin berwarna hijau rekaan Ezlnnz Collections. Zila menerima RM200 sebagai mas kahwin dan hantaran RM17,119 daripada Along Cham.
Kata Zila, kenduri perkahwinan mereka dibuat secara sederhana dan gotong-royong bersama ahli keluarga serta penduduk kampung. ''Cara ini bukan sahaja menjimatkan belanja malah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kami," katanya.
Suasana majlis berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran saudara-mara serta sahabat-handai terdekat sambil diserikan dengan alunan muzik tradisional. Pada majlis itu, Zila menerima tujuh dulang hantaran antaranya sirih junjung, mas kahwin, cincin dan gelang, jam tangan, minyak wangi dan alat solek, senaskhah al-Quran serta kek dan dibalas dengan sembilan dulang kepada pihak pengantin lelaki.
Antara artis yang hadir memeriahkan majlis itu ialah penyanyi popular, Mawi bersama Ekin, Ain serta Didie Alias bersama suaminya. Along ketika ditemui berkata, dia sangat gembira bergelar suami kepada Zila kerana apa yang dirancang selama ini berjalan lancar.
Majlis persandingan pihak perempuan diadakan di kediaman Zila selepas dinikahkan pada pukul 11 pagi, manakala majlis persandingan pihak lelaki pula akan diadakan di Felda Jaya, Johor pada 14 Februari ini.
Along Cham mula mengukir nama dalam industri dunia hiburan selepas menjadi finalis pertandingan Raja Lawak musim ke-2 anjuran Astro.
Belasungkawa
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Kul 11 pagi aku dapat berita baginda dah nazak. Selepas tu takde apa2 berita tentang baginda sehinggalah kul 5 lebih aku dimaklumkan baginda Sultan telah mangkat. Dengan rasa sayu, aku sampaikan berita sedih itu kepada keluarga & kenalan rapat aku untuk sama2 hadiahkan Fatihah kepada Almarhum baginda.
Tiba2 ketika mengadap Buletin utama TV3, aku dikejutkan dengan kabar baginda sedang gering. Mustahil, kerana yang sampaikan maklumat tentang kemangkatan baginda adalah antara orang yang berada bersama baginda sepanjang masa.
Akhirnya kul 11.25 malam, seluruh rakyat dikhabarkan dengan berita kemangkatan baginda yang dilaporkan mangkat pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri. Esoknya, seluruh negara telah maklum akan kemangkatan baginda.
Aku bercadang untuk turut sama menjunjung ziarah Almarhum baginda Sultan, tapi malangnya hajat tersebut tidak kesampaian. Disinilah Almarhum baginda disemadikan.
Pagi tadi aku berkesempatan untuk menziarahi makam baginda untuk berdoa & menghadiahkan Al Fatihah. Semoga roh baginda dicucuri rahmatNya.
Wednesday, January 20, 2010
Superpac Dinner
Sori, agak lambat aku masukkan gambar2 dinner Superpac yang dianjurkan oleh Enal & the gang. Enal bermurah hati menjadikan event ini projek iCon di mana pada masa akan datang, dikendalikan oleh iCon Event.Event yang berlangsung di Hotel New York tu begitu meriah dengan pelbagai acara yang dirancang termasuklah Superpac Idol, games dan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Ratap la gambar2 yang sempat aku masukkan ni ek.
Enal turut membuat persembahan Midley malam tu dengan lagu2 yang dipertandingkan.
Barisan juri Superpac Idol, Farra, Mas & WanshahKeputusan pertandingan malam tu di audit oleh Noraini & Co.
Pertandingan Extreme Makeover. Kalau ada mana2 syarikat yang nak buat event seperti Majlis Makan Malam dan sebagainya, boleh berhubung dengan iCon untuk mengacarakan majlis korang.
Tuesday, January 19, 2010
Makan
Nak jadi hal, makan pun boleh jadi cerita dalam blog kan. Al kisahnye camni. Ada sekali tu sementara nak tunggu satu event, aku & Bad dengan rasa laparnya pegi la satu gerai yang ada jual sup sebab hajat aku nak makan roti cecah sup. Punye la best time akak tu cakap ada sup & roti, so dia amek la order kitorang sup & roti.
Lama jugak aku tunggu, tiba2 datang pulak sorang pompuan lain, tanya sekali lagi nak makan apa. Emm..biasa la tu kan. Kitorang pun cakap la sup ayam & roti. Sekali dia bagitau, roti xde, dah habis. Ya Allah hampanya rasa. Nak blah, air dah sampai lak. So aku cancel, Bad lak order sup & nasi putih. Memang la hampa.
Sambil2 tu mata aku merayap. Ya Allah, selang satu gerai je dari gerai akak sup ni, ada gerai Kacang Bol. Korang tau kan, kacang bol mesti la ada roti. So aku try tanya kat gerai tu, ada tak roti. Ada! Cis! Cis! Cis!
Kenapa la orang melayu berniaga macam ni ek? Dia sanggup pelanggan dia tak dapat apa yang diminta sedangkan dia tau kat mana boleh penuhi hajat pelanggan dia tu. Busuk punya hati..Adoyai..Aku rasa tak susah pun kalau dia pegi beli roti kat kedai sebelah tu. Tak sampai RM1 pun. Dengan niat nak sakitkan hati akak sup tu, aku order roti kat situ & cecah sup Bad. Padan muka dia..hahaha
Semalam pulak satu cerita lagi. Kat kedai makan Pandan City, korang tau berapa harga Nasi Ayam Bakar? RM7 sepinggan, dengan nasi sejemput & ayam goreng yang dibakar atas dapur gas sampai ayam tu rasa pahit. Bila aku cakap kat makcik tu "Mak ai".. dia slambe je jawab.."baru tau?" cis lagi skali..
Korang rasa, kita ni dok kat Malaysia yang makmur ke..?
Semi Final New Model Search
Tiga orang iConians yang mencuba untuk pergi lebih jauh lagi telah merasakan pengalaman baru. Kalau sebelum ni ada orang yang komplen iCon ni asyik bergambar semata2, terbukti kata2 itu cuma keluar dari mulut orang yang tak sabar. Setelah setahun iCon menjalankan aktiviti fotoshoot dan sebagainya, kali ini model2 iCon melangkah pula di pentas Runway.
Alhamdulillah, Daniel, Shafri & Murni yang mara ke semi final New Model Search membawa nama iCon lebih tinggi bila berjaya pula mara ke pertandingan akhir. Aku yakin, kalau la kesemua iConians yang masuk New Model Search aritu menerima tawaran ke semi final, akan lebih ramai lagi bakat2 model iCon di pertandingan akhir tu.Sekarang ni, selain fokus untuk ujibakat iCon Muzik di Restoran Mak Limah Kg Melayu pada 23hb ni, iCon memberikan tumpuan kepada ketiga2 orang model yang akan bertanding pada 24 Januari 2010 di Giant Plentong.Aku amat berharap supaya iConians dapat datang beramai2 memberi sokongan kerana hanya iCon sahaja yang menghantar model sedangkan peserta lain kebanyakannya adalah merupakan peserta individu yang datang bersama keluarga dan kawan2. Jadi bila lagi kita nak memeriahkan suasana seperti ni. Dan jangan lupa, jom ramai2 ke Ujibakat iCon Muzik. Korang tolong promote kat kawan2 ye.Kepada Murni, Daniel & Shafri, all the best. iConians yang bercadang nak datang beramai2 ke sana nanti, kita pakai baju hitam merah k.
p/s: lebih banyak lagi gambar dalam myspace aku.
2nd iCon Ambush Makeover
Sebenarnya projek ni mempunyai sasaran untuk dijadikan sebuah program TV. Dengan kerjasama beberapa orang yang terlibat, projek iCon Ambush Makeover akan diusulkan kepada beberapa pihak penerbitan yang berminat.
Ini antara hasil kerja Enal yang tak sampai 10 minit mampu mengubah keterampilan seseorang. Untuk mendapatkan khidmat Enal sebagai make-up artis iCon, boleh hubungi aku 0127597151. Untuk makluman korang jugak, pakej pengantin iCon hampir lengkap dengan beberapa khidmat ditawarkan pada kadar berpatutan.
iCon @ Trek Selebriti
Ahad tu, pagi2 lagi Enal dah ready & aku dengar2 Jimmy dah sampai. Memang niat aku nak pastikan Jimmy trek kitorang. Tak dapat lama, sekejap pun jadi la. Promosi percuma, nama iCon disebut dalam Astro.
Orang nak cakap gila glamour? Publisiti murahan? Silakan, sebab kalau tak kita yang usahakan mende2 camni, ada ke orang lain nak buat. Sapa tau, hari ni publisiti murahan, esok2 projek iCon boleh jadi projek Astro. Aku bercita2 tinggi nak meletakkan iCon dalam industri. Setiap iConians kena ada cita2 untuk gerakkan sama2 & inilah permulaannya.
Korang ratap la gambar2 yang sempat aku snap masa Jimmy interview Enal.
Aku secara peribadi ucapkan thanks kat Enal sebab tak sia2 usaha kami buat Ambush Makeover pagi tu. Sebenarnya projek ni dirancang spontan bersama Wanshah, Badrul dan beberapa orang lagi. Projek Ambush Makeover pertama kali dibuat di Angsana Johor Bahru & insyaAllah akan diteruskan lagi. Syabas iConians. Tunggu, kalau ada rezeki kita, Trek Selebriti Ujibakat AF8 di The Zon Johor Bahru, nama iCon akan muncul dikaca TV anda.
Monday, January 18, 2010
Sekitar Ujibakat AF8
Patutnya semalam aku dah masukkan n3 ni, tapi sebab server yang amat slow, maka aku cuma mampu masukkan gambar2 dalam myspace aku je. Aku cuma masukkan 10 gambar2 masa AF8 aritu kat sini. Kalau korang nak tengok lagi, ada kat myspace aku k.
Kul 7 aku & Bad dah gerak ke The Zon. Kitorang sampai, aku tengok Kechik dari Batu Pahat pun dah sampai, parking depan keta aku. Aku memang dah siapkan awal borang2 ujibakat termasuk la lirik2 lagu wajib. So sapa2 yang takde mende2 tu, datang amek kat aku. Semua ni untuk iCon.
Dorang kata Mawi datang, tapi sebab Mawi pun tak tepati masa seperti yang dijanjikan, aku tak dapat la nak tunggu dia kat Mall. Aku terus ke atas tengok budak2 buat audition.
Hari pertama ujibakat, seramai 452 orang yang datang untuk diujibakat. Kami yang sampai awal pun dah terkebelakang.
Kembar Aiman & Akmal pun awal2 dah sampai. Tapi Aiman je yang masuk. Aku tak kira sebenarnya berapa ramai iConians yang datang, tak kira la turut serta atau pun just datang bagi sokongan. Bagi pihak iCon aku ucapkan jutaan terima kasih kat korang.
Ramai jugak la iConians yang datang sabtu & ahad tu, tapi aku agak terkilan dengan sikap sambil lewa. Ada jugak yang call aku bagitau gambar takde pukul 1 pagi sabtu sebelum ujibakat tu, sedangkan aku dah ingatkan seminggu awal.
Yang lebih parah, ada yang datang tak bawak pun salinan ic & gambar. Jadi, sebab aku dah bagitau awal, aku malas nak bising2, so korang setel la sendiri. Ujibakat hari pertama, sampai kul 1 petang, cuma sorang yang lepas masuk stage 4. Mak ai, punya la ketat ujibakat kali ni.
Antara peristiwa sedih yang berlaku hari sabtu ialah bila motor Elmi hilang. Punya la sakit kepala bila turun ke bawah & tengok2 motor dia dah takde. Kesian sangat aku tengok tapi nasib baik semangat dia kuat.
Memang susah nak masuk AF tapi aku galakkan jugak dorang mencuba sebab ini semua pengalaman. Siapa ada pengalaman tu, dia akan ada satu perasaan yakin diri. Itu tujuan sebenarnya. Bukan aku hantar iConians untuk dapat masuk pun, walau pun keinginan & cita2 tu memang ada. So, sapa yang dah mencuba, aku ucapkan tahniah.
Aku diberitahu, ahad tu cuma 4 orang je yang terpilih lepas sampai stage 4. Aku tak pasti siapa sebab aku terpaksa balik awal untuk New Models Search kat Giant Plentong lak. Apa pun, aku puas hati, hajat & hasrat aku tercapai. iCon telah di trek oleh Jimmy Shanley ketika Ambush Makeover berjalan. Tunggu laporannya.
Friday, January 15, 2010
Design Bunting, Backdrop & Kad Nama Rasmi
Alhamdulillah, setelah mendapat keizinan daripada Furin yang mencipta logo iCon seperti yang korang lihat kat blog aku ni, bermula hari ni, segala urusan rasmi iCon akan menggunakan logo2 tersebut. Penggunaan logo tersebut termasuklah dalam penggunaan kad nama, kepala surat, sampul surat, baner, bunting, backdrop dan sebagainya. Hanya mereka yang diberi kebenaran sahaja layak menggunakannya dan jika terdapat penyalahgunaan logo tersebut, pihak iCon akan mengambil segala tindakan yang dirasakan wajar.
Sehubungan dengan itu, aku sangat2 mengalu2kan jika ada iConians yang sudi menaja percetakan backdrop, banner & bunting samada dengan mencetak sendiri atau menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan. Backdrop, banner & bunting yang hendak dicetak sendiri perlu memenuhi spesifikasi berikut:
Inkjet printing
Solution: 1440 dpi
Untuk tujuan penajaan, harga yang ditetapkan untuk 1 unit adalah seperti berikut:
Backdrop 4x4 kaki = RM65/unit
Backdrop 8x8 kaki = RM256/unit
Banner 2x10 kaki = RM80/unit
Bunting 2x6 kaki = RM50/unit
Aku cadangkan, iConians yang nak taja, boleh bagi dalam bentuk duit supaya aku boleh kumpul banyak2 & order sekali, insyaAllah dapat harga lagi murah. Jadi, duit lebihan tajaan tu, aku akan masukkan dalam tabung aktiviti iCon. Now aku serahkan pada korang untuk fikirkan k.