Monday, January 25, 2010

Belasungkawa

Bismillahhirrohmannirrohim
Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Jumaat, 23 Januari 2010 menjadi sejarah pilu bagi rakyat Johor dengan kemangkatan Almarhum Baginda Sultan Iskandar, Sultan Johor yang amat dikasihi rakyat.

Kul 11 pagi aku dapat berita baginda dah nazak. Selepas tu takde apa2 berita tentang baginda sehinggalah kul 5 lebih aku dimaklumkan baginda Sultan telah mangkat. Dengan rasa sayu, aku sampaikan berita sedih itu kepada keluarga & kenalan rapat aku untuk sama2 hadiahkan Fatihah kepada Almarhum baginda.

Tiba2 ketika mengadap Buletin utama TV3, aku dikejutkan dengan kabar baginda sedang gering. Mustahil, kerana yang sampaikan maklumat tentang kemangkatan baginda adalah antara orang yang berada bersama baginda sepanjang masa.

Akhirnya kul 11.25 malam, seluruh rakyat dikhabarkan dengan berita kemangkatan baginda yang dilaporkan mangkat pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri. Esoknya, seluruh negara telah maklum akan kemangkatan baginda.
Aku bercadang untuk turut sama menjunjung ziarah Almarhum baginda Sultan, tapi malangnya hajat tersebut tidak kesampaian. Disinilah Almarhum baginda disemadikan.
Pagi tadi aku berkesempatan untuk menziarahi makam baginda untuk berdoa & menghadiahkan Al Fatihah. Semoga roh baginda dicucuri rahmatNya.
Al Fatihah

p/s: sehubungan dengan itu, segala aktiviti hiburan & permainan dibatalkan & ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan. Ujibakat iCon Muzik ditunda ke 6 Februari 2010 & Final New Model Search akan dimaklumkan kemudian. Harap Maklum.

1 comment:

daniel said...

hmmmm..bang sye pun turut berduka cita atas kepergian baginda...sye dimaklumkan oleh salah seorang cucunda sultan...tengku faizal yang mana kawan barap sye..parent sye pergi juga...sebab dapat pangilan dari pejabat SUK bukit timbalan,tapi ada baiknya abg djebat x pg...parent sye pergi mereka g sekali dengan kerabat2 sultan selangor..tapi...jalan ya allah punya lah jam...tapi akhirnya sampai juga..hmmm....alhamdulilah...dn ayah sye disini turut menurunkan bendera malaysia separuh tiang kat hadapan ofis kami...tanda kami berkabung untuk almarhum DYMM..salam takziah..alfatihah...abg djebat masuk lah sye pun ada tulis about kemangkatan baginda...comment2 lah sikit..hehehe